Dania mengibas-ngibas tangan dia. Habuk yang berada disekitarnya sungguh membuat dia tidak selesa. Manakala Darien sibuk mencari sesuatu. Setelah selesai jumpa. Darien menghampiri Dania sebelum Darien menghulur album kepada Dania. Dania mengambil. Berkerut kening Dania menahan beratnya album.
"Apa ni abang Ien, beratnya!"
Dania duduk di atas lantai sambil bersila.
Darien menyalakan lilin. Lilin tersebut diletakkan dihadapan Dania. Kemudian, Darien menghampiri pintu sebelum menutup rapat pintu tersebut. Dania hanya melihat tingkah Darien.
Darien duduk bersila dihadapan Dania.
Dania mula membuka album.
Foto pertama yang dilihat adalah foto ibunda serta ayahndanya.
Mereka, sedang menerima tahta?
Dania membuka halaman seterusnya. Sehingga satu halaman membuat Dania berhenti menyelak. Dahi Dania sedikit berkerut. Dania mendekatkan sedikit album tersebut pada api lilin supaya foto tersebut dilihat jelas.
"Ini, siapa?" jari Dania menunjuk kearah satu pelayan. Setiap foto, ada sahaja gambar pelayan itu.
"Pelayan peribadi ibunda. Dan juga, orang paling dipercayai istana."
"Baby nak dengar cerita?" wajah Darien secara tiba-tiba bertukar serius.
"Ratu permaisuri! Ratu permaisuri kerajaan bakal mendapat bayi wanita!!" riuh suara tabib berteriak.
Raja Karlos yang mendengar menekup mukanya menahan sebak. Dia bagaikan tidak percaya apa yang dia dengar saat ini. Dengan itu, Kakinya pantas sahaja melangkah memasuki bilik mendapatkan isteri tercintanya. Manakala pembantu dan pelayan ikut sama bersorak.
Farah pembantu permaisuri kerajaan Dahlia yang mendengar dari luar bilik sudah tidak senang duduk.
"Bayi wanita?"
Farah mengetap kuat giginya sehingga terdengar geselan antara gigi.
"Tak, tak mungkin! kenapa bayi wanita? sudah aku beri minum ratu permaisuri kerajaan air jamu itu!"
"Adakah telinga aku tersalah mendengar?" Pembantu wanita itu menarik kuat telinganya. Pipi runcing turut ditampar supaya dia tidak salah dengar dari tabib.
"Tidak! Tidak mungkin bayi wanita!"
"Farah, ratu permaisuri kerajaan memanggil engkau memasuki biliknya." satu suara cukup mengejutkan membuat Farah berhenti serta merta bercakap seorang diri.
Farah mengangguk.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk," lembut suara ratu permaisuri kerajaan Dahlia berkata.
"Apa yang membuat ratu permaisuri kerajan Dahlia memanggil saya memasuki bilik ratu permaisuri?
Ratu permaisuri kerajaan Dahlia senyum lebar.
"Pada hari esok, Beta akan ada kan majlis besar-besaran di kota Celcevion. Beri tahu penduduk kota untuk menghadiri perjamuan di istana."
"Walaupun penduduk itu miskin, Permaisuri kerajaan?"
Ratu permaisuri kerajaan senyum tipis.
"Mereka tetap penduduk beta."
Berita kehamilan permaisuri kerajaan gempar diseluruh kota. Termasuk kota disebelah barat. Berbondong-bondong keluarga kerajaan ingin mendatangi kota Celcevion bagi mengucap tahniah kepada Permaisuri kerajaan atas kehamilannya.