"Maaflah bang , kami bertiga datang kesini membawa hajat" . ujar Dato' Irwan .
"Hajat apa tu Dato". tanya Pak Leman .
"Hajat kami datang kesini ingin melamar anak gadis abang untuk menjadi isteri kepada anak lelaki kami Bilal". Jawab Dato' Irwan.
"Melamar anak perempuan saya? betul ke ni atau Dato hanya bergurau?". Soalnya Pak Leman sambil mengerutkan dahi .
"Betul bang kami tiada niat untuk mempermainkan kalian , niat kami hanya satu ingin melamar dewi menjadi menantu kami".Jawab Dato' Irwan dengan jujur .
"Baiklah kalau begitu ".Jawab Pak Leman singkat .
Pak Leman berasa kurang senang dengan perjodohan ini .
"Macam mana bang , abang terima tak lamaran kami ". Tanya Dato' Irwan .
"Sekejap saya panggilkan anak perempuan saya". Pak Leman memanggil anaknya .
"Dewi , sini nak ada hal penting yang abah nak cakap dengan kamu ni" . panggil abahnya.
"Yer bah kejap , sahut dewi lalu mendatangi abahnya lalu bertanya ada apa bah? " sambil mengangkat keningnya.
"Duduk sini suruh Pak Leman " . Dewi mengikuti arahan abahnya .
"Dato' Irwan Dan Datin Lee nak melamar kamu jadi menantu mereka kamu setuju? ". Tanya Pak Leman kepada Dewi .
"Menantu?? " Dewi mengerutkan dahinya seolah olah tidak mengerti apa yang diucapkan oleh abahnya .
"yer sayang , aunty nak Dewi jadi menantu Aunty". Jawab Datin Lee tersenyum.
Dewi terdiam seketika dgn ucapan yang dilontarkan Datin Lee .
Bilal memandang Dewi dengan tatapan suka kepadanya tetapi dia tidak ingin menunjukkan reaksi tersebut kerana bagaimana pun dirinya dan Dewi tidak sedarjat dan dirinya tidak sukakan itu.
"segala keputusan Dewi , Aunty hargai kalau Dewi tak terima lamaran ini pun takpe Aunty faham". Ujarnya lagi .
Dewi merasa tidak nyaman jika dirinya tidak menerima lamaran ini lalu dirinya pun bersuara setelah lama berdiam diri dan berfikir .
"Dewi terima lamaran ni ". Jawabnya perlahan
"Serius ke dewi ?". Tanya Pak Leman dgn ragu kepada anak perempuan nya .
"Serius bah , takpe Dewi terima" . Pak Leman hanya mengangguk dan tersenyum tipis kepada anaknya .
"Alhamdulillah jadinya lamaran ni diterima lah ya
kalau boleh kami nak secepat mungkin majlis ni dilangsungkan ". Kata Datin Lee dengan tidak sabar ."Kalau macamtu pernikahan mereka berdua kita laksanakan pada Sabtu ni , kita buat yang wajib dulu ". Ucap Pak Leman selaku bapa kepada Dewi.
Dato' Irwan dan Datin Lee pun menyetujuinya .
To be continue.
Jgn lupa follow and vote ✨
YOU ARE READING
Terluka Cinta (Complete)
Teen FictionMengisahkan seorang gadis yang berasal dari kampung bernama Dewi Amara yang bernikah dengan seorang Ceo terkaya dan , sombong bernama Valentino Bilal , perkahwinan nya tidak didasari oleh cinta seperti pasangan yang lain tetapi yang ada cumalah...