Vale tidak bergerak, tetap duduk santai di sofa, namun matanya tidak lepas dari Bella. Dia tahu bahawa Bella pasti akan marah, tetapi dia tak peduli. "i tak buat apa-apa yang salah, Bella. Semua ini terjadi kerana Bilal sendiri. Dia yang tak tahu menjaga nama baik mummy." Vale berkata dengan nada yang tenang dan penuh keyakinan.
Bella menggertakkan giginya, merasa tidak percaya dengan kata-kata Vale. "I tahu betul apa yang you lakukan! you yang menyebarkan berita palsu itu, kan? you yang memanipulasi semuanya supaya Bilal menjadi pesalah di mata Datin Lee. You buat semua ini hanya untuk kepentingan you sendiri!" kata Bella dengan suara semakin meninggi".
Vale tersenyum tipis, seolah-olah tidak terganggu dengan kemarahan Bella. "I hanya nak semuanya berjalan seperti yang i inginkan. Bilal tak layak untuk mendapatkan kasih sayang dari mummy. Dan you, Bella... You juga tak layak berada di sisinya." Vale berkata dengan nada yang lebih dingin, menatap Bella dengan pandangan tajam.
"You memang tak akan faham, Vale!" Bella hampir menangis kerana kemarahan yang membuak-buak di dalam dadanya. "You dah buat Bilal menderita. You buat Datin Lee benci dia, dan you fikir you boleh terlepas macamtu je?!" Bella menambah, dan suaranya semakin berat dengan rasa kesal.
Vale tidak berkata apa-apa, tetapi senyumannya semakin lebar. "Hidup dia tak akan berubah, Bella. Semua yang berlaku ini adalah untuk kebaikan dia".
Bella terdiam seketika, matanya membulat besar kerana terkejut dengan kata-kata Vale. "You... You tak boleh teruskan , Vale. Apa yang you buat sekarang akan menghancurkan keluarga you sendiri. You tak akan dapat apa yang you inginkan dengan cara kotor ni". Ujar Bella dengan hati yang membara.
Dengan kemarahan yang semakin membara, Bella berpaling untuk meninggalkan rumah rahsia itu. Namun, sebelum melangkah pergi, dia berhenti dan menoleh ke belakang, matanya penuh dengan amaran. "You akan menyesal dengan apa yang you buat, Vale. You tak akan menang dalam rancangan jahat you tu".
Vale hanya tersenyum sinis. "Kita tengok je nanti, Bella."
Setelah bertemu dengan Vale dan mendengar kata-katanya yang penuh dengan rancangan jahat, Bella merasa sudah cukup. Dia tak boleh lagi berdiam diri. Bilal telah difitnah, dan hubungan antara Bilal dan Datin Lee semakin hancur kerana tipu daya Vale. Bella tahu bahawa satu-satunya cara untuk membetulkan keadaan adalah dengan bertemu Datin Lee dan memberitahu kebenaran.
Dengan langkah yang penuh tekad, Bella menuju ke rumah Datin Lee. Hatinya berdebar-debar, tetapi dia tahu dia harus melakukannya. Setelah beberapa minit, dia akhirnya sampai di depan pintu rumah Datin Lee dan mengetuk dengan perlahan. Pintu dibuka oleh seorang pelayan yang mengenali Bella, dan pelayan itu membimbingnya masuk.
"Datin Lee ada kat dalam?".Tanya Bella dengan suara yang tenang, namun penuh dengan ketegasan.
Pelayan itu mengangguk dan mempersilakan Bella masuk ke dalam dan menghampiri. Datin Lee . Yang sedang duduk di sofa, matanya jauh menatap ke luar tingkap, menunjukkan betapa beratnya perasaan yang ada dalam dirinya. Wajahnya kelihatan berbelah bagi dan muram. Bella dapat merasakan itu.
"Datin Lee,"Bella memulakan perbualan, suaranya lembut tetapi penuh keyakinan. "I tahu Datin sedang marah dan kecewa . I faham perasaan Datin. Tapi i datang ke sini untuk memberitahu kebenaran yang sebenarnya".
Datin Lee menoleh perlahan. Wajahnya penuh dengan ketegasan, dan matanya menatap dengan datar. "Kebenaran? Kebenaran apa yang kamu nak bagi tahu saya, Bella?".
"I nak bagi tahu Datin yang sebenarnya Vale yang melakukan semua ini. Bukan Bilal."
Datin Lee terkejut mendengar kata-kata Bella. Dia bangun dari sofa,dan matanya tajam memandang Bella. "Apa maksud kamu?".Tanya Datin Lee, masih tak percaya.
YOU ARE READING
Terluka Cinta (Complete)
Teen FictionMengisahkan seorang gadis yang berasal dari kampung bernama Dewi Amara yang bernikah dengan seorang Ceo terkaya dan , sombong bernama Valentino Bilal , perkahwinan nya tidak didasari oleh cinta seperti pasangan yang lain tetapi yang ada cumalah...