Setelah selesai makan tengahari bersama suaminya, Dewi meminta izin untuk menjenguk ibu bapanya dirumah.
"Abang, boleh ke saya pergi menjenguk mak abah?.Tanya Dewi kepada suaminya.Bilal berasa tidak sedap hati , lalu dirinya mengabaikan itu dan memberi izin kepada Dewi.
" Tapi hati-hati di jalan ya. Jangan lama-lama sangat, aku risaukan kau". Jawab Bilal dgn riak wajah risau.
Dewi tersenyum lembut, cuba menenangkan Bilal
"Jangan risau, Abang. Saya janji sekejap je. Saya akan balik sebelum malam". Jawabnya.
Bilal dengan nada cemas, dan memandang ke arah Dewi . Hatinya berat untuk melepaskan isterinya untuk keluar berjumpa mertuanya. Selalunya Bilal tidak begitu. Entah kenapa hari ini ,dirinya berasa akan ada sesuatu yang akan menimpa Dewi .
"Hati-hati, Dewi. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call aku". Pesannya.
Dewi menganggukkan kepalanya, kemudian mencium pipi Bilal dengan penuh kasih sayang.
"Terima kasih, abang. Saya akan balik cepat."Kalau ada sesuatu yang terjadi kepada saya, abang kena berusaha mencari cara untuk mendapatkan apa yang abang nak.Pesannya sambil tersenyum manis kepada Bilal
Bilal membalas senyuman dan menganggukkan kepalanya.
Dewi berjalan keluar dari rumah suaminya dan berjalan kaki ke rumahnya untuk bertemu ibu dan bapa kandungnya.
Perjalanan dari rumah Bilal ,ke rumahnya tidaklah jauh, hanya memakan masa lebih kurang 15 minit, berjalan kaki. Namun, ketika Dewi hampir sampai ke separuh jalan, tiba-tiba, dari arah belakang, sebuah kereta hitam yang dipandu dengan laju muncul dengan tiba-tiba. Dewi tidak sempat mengelak. Kereta itu meluncur dengan kecepatan yang sangat tinggi, dan dalam sekelip mata, ia melanggar Dewi. Tubuh Dewi terhumban ke arah jalan, dan kepalanya terhantuk kuat ke arah batu yang berada di tepi jalan itu .
Terdengar Dewi mengerang kesakitan, tubuhnya terhantuk kuat
"Abang....Dewi memanggil nama Bilal.
Darah segera mengalir dengan deras dari kepala Dewi yang terhantuk keras. Kepalanya terasa sangat sakit, dan pandangannya semakin kabur. Dia berusaha untuk bangun, tetapi rasa sakit yang luar biasa membuatkan tubuhnya tidak mampu bergerak. Dunia di sekelilingnya semakin gelap, dan Dewi terbaring di jalanan, tidak sedarkan diri.
Kereta yang melanggarnya berhenti di sisi jalan, dan pemandunya keluar dengan panik. Namun, Dewi sudah tidak mampu bergerak. Hanya darah yang mengalir keluar, menambahkan kesakitan di tubuhnya. Beberapa orang yang berada di sekitar kawasan itu segera berlari ke arahnya untuk membantu, tetapi mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sementara itu, Bilal yang sedang berada di rumah, cuba untuk menenangkan fikirannya yang kacau akibat masalah dengan mummynya. Namun, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
Bilal mengangkat telefon dan bersuara
"Hallo?". Jawab Bilal.
Hallo,Kami dari pihak hospital ingin memberitahu
"Tuan Bilal, isteri tuan, Dewi, baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kami ingin tuan untuk datang segera ke hospital."Bilal terkejut dan panik, suara terketar-ketar
"Apa? Dewi?!!.".
"Kami sedang merawatnya di bahagian kecemasan. Keadaannya sangat kritikal. Kami perlukan tuan di sini secepat mungkin." Ujar pihak hospital dengan nada serius.
YOU ARE READING
Terluka Cinta (Complete)
Teen FictionMengisahkan seorang gadis yang berasal dari kampung bernama Dewi Amara yang bernikah dengan seorang Ceo terkaya dan , sombong bernama Valentino Bilal , perkahwinan nya tidak didasari oleh cinta seperti pasangan yang lain tetapi yang ada cumalah...