Bab 27

6 1 0
                                    

Bilal berdiri di hadapan Datin Lee sekali lagi untuk menjelaskan segalanya.Hatinya penuh dengan kerisauan, kerana dia tahu ini adalah saat yang paling penting dalam hidupnya. Datin Lee, yang selama ini sangat mempercayainya, kini kelihatan sangat kecewa dan marah. Berita palsu yang tersebar telah mencemarkan nama baik Datin Lee, dan Bilal tahu jika dia gagal menjelaskan keadaan sebenar, hubungan mereka mungkin akan berakhir.

Setelah beberapa saat yang penuh dengan ketegangan, akhirnya Datin Lee bersuara, suaranya lebih tenang tetapi masih penuh dengan kebingungan.

Datin Lee berkata dengan nada yang serius.

"Bilal, mummy dah  dengar banyak cerita. Semua orang di sekitar kita percaya bahawa  berita yang tersebar tu. Mereka berkata  kamu terlibat sekali. Mummy berikan kamu peluang untuk menjelaskan. Mummy nak tahu apa yang sebenarnya berlaku."

Bilal menghela nafas panjang. Dia tahu inilah peluang terakhirnya untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Walaupun hatinya berdebar, dia cuba untuk menenangkan diri dan berkata dengan yakin.

Bilal dengan suara yang tenang namun penuh kesungguhan.

"Mummy, i sangat faham kalau Mummy marah dan kecewa. Tapi percayalah, i tak tahu apa-apa tentang berita palsu tu. I tak  terlibat langsung. Semua yang disebarkan tu adalah fitnah. I tak tahu siapa yang sengaja menyebarkan, tetapi i janji, i akan cari siapa orangnya".

Datin Lee dengan nada serius dan tegas  mengatakan hal sebenarnya pada Bilal.

"Bilal, mummy  dah tahu siapa yang bertanggungjawab atas semua ini." Ucap Datin Lee tegas.

Bilal terkejut mendengar kata-kata Datin Lee Wajahnya yang cemas berubah sedikit lega, tetapi dirinya ingin tahu siapakah yang memfitnah dirinya.

" siapa yang sebarkan berita palsu itu?" Tanya Bilal.

Datin Lee  menjawab dengan nada yang lebih tegas.

"Vale. Vale yang menyebarkan semua berita palsu tu". Jawab Datin Lee.

Bilal terdiam seketika. Jadinya Vale yang selama ini  memfitnah dirinya. Bilal tak dapat mempercayai apa yang didengarnya.

Bilal dengan suara yang penuh kekeliruan.

"Vale? Mummy.I  tak sangka dia akan lakukan semua ni dan memfitnah i ".

Datin Lee dengan ekspresi kecewa, tetapi penuh keyakinan.

"Mummy pun tak sangka, Bilal.  Tapi setelah mummy dengar hal yang sebenar , mummy tahu bahawa dia yang merancang semua ini. Dia yang menyebarkan berita palsu dan cuba menghancurkan mummy dan hubungan kita."

Bilal memegang kepalanya, dan cuba untuk mencerna apa yang baru didengarnya. Semua ini terlalu mengejutkan baginya.Rupanya  Vale memiliki niat jahat yang disembunyikan selama ini.

Bilal dengan suara yang perlahan,dan  penuh kesedihan.

"Tapi... kenapa dia lakukan semua ini? Apa motif dia? I tak pernah buat apa-apa yang buruk pada dia." Soal Bilal.

Datin Lee  berkata dengan nada yang tegas dan penuh penyesalan.

"Dia cemburu, Bilal. Cemburu dengan kejayaan kamu, dan hubungan baik yang kamu bina bersama Dewi. Dia tidak suka melihat kamu bahagia, dan dia nak ambil alih apa yang kamu miliki. Tapi yang pasti, dia tak nak kamu berjaya. Dia nak  tengok kamu jatuh." Jelas Datin Lee.

"I tak faham, Mummy. I tak pernah buat apa-apa yang buruk pada dia . Kenapa dia nak buat i menderita? Kenapa dia nak  menghancurkan segalanya yang i miliki?" Bilal kebingungan dengan semua ini.

Terluka Cinta (Complete)Where stories live. Discover now