Bab 16

50 11 8
                                    


"apa yang korang buat sampai Dewi ambil keputusan untuk pergi dari rumah ni !!!!!". Amuk Datin Lee kepada Bilal dan Makcik Kiah.

Datin Lee menatap tajam Bilal dan Makcik Kiah .

Bilal ,berasa gentar dengan amukan mummy nya  dan, Makcik Kiah  pula menatap Datin Lee dengan tatapan tidak suka nya .

"Jawab!!!!" jangan korang berdiam diri !!!!". Soal Datin Lee dengan emosi .

"i .. tak tahu  mummy ... tiba tiba , Dewi packing semua barang dia dan keluar dari rumah ni" . Jawab Bilal dengan suara yang tersekat sekat.

Datin Lee tersenyum sinis dengan jawapan anak lelakinya lalu  beliau  membidasnya dengan kata kata  yang menohok .

"Pasti , kamu ada buat sesuatu pada isteri kamu sampai dia keluar dari rumah ni?!". Datin Lee menatap tajam ke arah Bilal .

"Mummy bagi kamu masa 2 hari untuk pujuk dia tinggal kembali dalam rumah ni!!".

"Kalau Dewi tak kembali dalam masa 2 hari jangan kamu harap untuk   naik pangkat  dan , jadi Ceo di Valentino Internasional Company". Datin Lee memperingatkannya dengan tegas .

Bilal menelan air liur nya kelat  dengan ucapan mummy nya .

Datin Lee memalingkan wajahnya dan segera beredar dari situ meninggalkan Bilal yang  wajahnya sudah  pucat lesi dengan ucapannya tadi .

"Tuan okay ke ?". Soal Makcik Kiah .

"Aku nak cari isteri aku". Bilal mengambil kunci kereta lalu berjalan keluar dari perkarangan rumahnya.

Pov:

"kita tinggal kat sini ke Dewi". Tanya Mak Bedah.

Dewi tersenyum mendengar ucapan ibunya .

"Ya kita tinggal kat sini sekarang , Mak Abah suka tak?" . Dewi melayangkan kembali soalan kepada orang tuanya ".

Mak Bedah dan Pak Leman menganggukkan kepalanya serentak .

"Tapi Dewi mana kamu dapat duit untuk beli rumah semewah ini?". Soal Pak Leman pula apabila  mereka telah sampai di hadapan rumah yang bakal mereka huni .

"Dewi dapat dari mummy , mummy selalu kirimkan Dewi duit untuk keperluan seharian". Jawabnya jujur .

Pak Leman mengerutkan dahinya dan kembali bertanya kerana dirinya diselimuti rasa ingin tahu .

"Kenapa pula Datin Lee yang kirimkan Dewi duit , Bilal tak bagi duit nafkah ke?". Pak Leman melontarkan rasa ingin tahunya .

"Eh.. tak bah , abang selalu bagi duit nafkah pada Dewi". Tipunya padahal semenjak mereka bernikah belum pernah Bilal memberikan duit nafkah kepadanya .

"Jom kita masuk dalam". Dewi segera menukar topik dan mengajak orang tuanya masuk ke dalam rumah baru mereka .

mereka berjalan masuk ke dalam rumah mewah  itu dan melihat  ke arah sekeliling.

"Wahh mewahnya rumah ni tak sangka kita dapat tinggal kat rumah semewah ini " . Ujar Mak Bedah terharu .

"Insyaallah selagi Dewi masih bernafas , Dewi akan membahagiakan Mak dan Abah dengan usaha Dewi sendiri". Jawab Dewi mengusap tangan mak nya .

Mak Bedah tersenyum dengan ucapan anak perempuan nya  lalu  dirinya melabuhkan punggung di salah satu sofa di ruang tamu rumahnya diikuti oleh Pak Leman yang melabuhkan punggung di sebelah nya .

Dewi membalas senyuman ibunya.

Mak Bedah kembali  bersuara "Dewi mak nak tanya  kamu kenapa tiba-tiba je ajak pindah?".

Dewi langsung memudarkan senyumannya apabila mendengarkan pertanyaan dari ibunya .

Dewi menarik nafas nya dalam dalam  lalu dirinya menceritakan segala nya kepada Mak Bedah dan Pak Leman.

Flashback on >>>>

kau tau kenapa aku suruh kau buat semua ni?". Soal Bilal kepada Makcik Kiah.

"saya tak tahu tuan " .Jawab Makcik Kiah.

"aku nak kau tolong aku untuk buat dewi menderita , aku nak dia menderita dan minta cerai pada aku " . Ujar Bilal .

Baik tuan saya sedia menolong tuan " . Jawab Makcik Kiah lagi .

"langkah pertama apa yang perlu saya lakukan?". Tanya Makcik Kiah.

"aku nak kau buat mak abah dewi jatuh sakit ". Katanya .

"bila mak abah dia dah jatuh sakit , Dewi pasti akan cari duit perubatan untuk mak  abahnya , betul tak ??" .Bilal mengukir senyuman jahatnya .

Makcik Kiah mengangguk kepalanya.

"waktu itulah aku boleh tundukkan dia , aku pasti dia akan patuh segala apa yang aku perintahkan kepada dia  dan dia akan lakukannya  supaya mak abahnya sehat seperti dulu". Bilal berangan angan .

"Jadi apa yang akan Tuan  akan perintahkan pada Dewi nanti". Makcik Kiah melayangkan soalan kepada Bilal .

"Ya aku akan suruh dia merayu pada mummy untuk segera naikkan pangkat aku menjadi Ceo di Valentino Internasional Company. Jelasnya .

"Bukannya Tuan dah ada beberapa buah syarikat yang lain atas hasil usaha Tuan sendiri?" Makcik Kiah mengangkat keningnya.

"yess aku ada beberapa buah syarikat atas hasil usaha aku sendiri but aku rasa aku nak  sangat menaungi Valentino Internasional Company. Bilal menunjukkan ciri ciri serakah nya.

Dibalik itu semua ternyata Dewi mendengarkan apa yang dibicarakan oleh Bilal dan Makcik Kiah.

Dewi menitiskan air mata nya dan berasa sangat kecewa dengan kata kata suaminya , rupa rupanya suaminya bersikap baik kepadanya dan orang tuanya kerana ada sesuatu yang  ia inginkan bukan kerana suami nya sudah menerima mereka sekeluarga.

Flashback off >>>>

Pak Leman mengusap kepala anaknya setelah mengetahui itu semua  manakala Dewi  menitiskan air mata  kerana  dirinya tidak dapat menahan kekecewaan di hati akibat perbuatan suaminya yang ingin mempergunakan dirinya demi kepentingan sendiri .

"Sabar Dewi ni semua dugaan , kamu harus menghadapinya". Ucap Pak Leman menasihati anaknya .

Dewi mengangguk kepalanya.

Disini terlihat Bilal dengan fikiran yang berkecamuk mencari isterinya.

"Dewi  kat mana kau sekarang , kau ingat kau bole pergi jauh dari aku ke !!". Ujarnya sambil memukul stereng kereta .

"Aku akan pastikan kau kembali semula  ke dalam rumah aku ". Ujarnya penuh penekanan.

To be continue...

Jgn lupa follow and vote tau !! ✨

Terluka Cinta (Complete)Where stories live. Discover now