Bab 28 (Epilog)

10 3 0
                                    


Malam pun tiba, hujan turun dengan lebatnya. Bilal memandu keretanya dengan laju, hatinya dipenuhi kebimbangan. Dewi, wanita yang sangat dia cintai, kini dalam bahaya. Vale, adiknya sanggup ingin menghancurkan hidupnya , lalu dia  menculik Dewi  dan membawanya ke tempat sebuah gudang .Bilal tidak dapat membiarkan itu berlaku. Dia akan membawa Dewi pulang dengan apa jua yang terjadi.

Setibanya di sebuah gudang usang di pinggir bandar, Bilal segera keluar dari kereta dan berlari menuju ke arah pintu belakang gudang yang sedikit terbuka. Gudang itu kelihatan sunyi, tapi Bilal dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdebar-debar. Tanpa membuang masa, dia melangkah masuk ke dalam gudang yang gelap itu.

Di dalamnya, Vale berdiri di tengah-tengah ruangan, dengan Dewi yang terikat pada tiang. Dewi kelihatan lemah, wajahnya pucat dan matanya tertutup rapat. Vale berdiri di hadapan Dewi, dengan senyuman sinis di wajahnya. Dia menikmati permainan  ini.

Vale  berkata dengan nada sinis, melihat Bilal  yang berjalan masuk ke dalam.

"Ah, akhirnya you datang, Bilal. Tapi you  terlambat. Dewi akan menjadi milik i dan you tak boleh halang i".

Bilal dengan suara penuh amarah, melangkah maju.

"Lepaskan dia, Vale!  Lepaskan Dewi sekarang juga!" Jerit Bilal penuh amarah.

Vale tertawa kecil, dan tidak peduli dengan kata- kata abangnya.

"You fikir i  peduli dengan kata kata you? Dewi dah tak  ada harapan lagi. I akan pastikan dia menjadi pengorbanan terakhir i  untuk mendapatkan apa yang i mahukan". Ucapnya  sambil tersenyum jahat.

Bilal dengan penuh tekad, bergerak lebih dekat.

"Kau salah, Vale. Aku tak akan biarkan kau hancurkan hidup aku, atau hidup Dewi. Aku akan pastikan kau bayar kesalahan  atas apa yang kau buat."

Dengan cepat, Vale menarik pisau dari tali pinggangnya dan mengarahkannya ke arah Dewi.

Bilal tidak sempat berfikir panjang. Dalam sekelip mata, dia melompat ke arah Vale, dia merampas pisau itu dan menolak Vale ke lantai . Vale terjatuh, dan Bilal segera memutuskan tali yang mengikat Dewi.

Bilal dengan nafas terengah-engah, memegang wajah Dewi.

"Dewi... bangunlah, . Kau selamat sekarang. Jangan tinggalkan aku.". Ujar Bilal sendu .

Dewi membuka matanya perlahan-lahan. Wajahnya kelihatan tersenyum tipis dan tubuhnya lemah. Dia cuba membuka mulut, tetapi suaranya tersekat.

Dewi dengan suara yang lemah bersuara.

"Awak... Saya... Saya takut..." Tuturnya dengan nada tersekat- sekat.

"Aku ada kat sini, Dewi. Jangan takut. Kau selamat. Aku akan bawa kau keluar dari sini".

Namun, tiba-tiba, Dewi terjatuh kembali ke dalam pelukan Bilal. Tubuhnya yang lemah tidak mampu bertahan lebih lama. Bilal  terkejut dan segera menggoncang tubuh Dewi, tapi Dewi tak bergerak. Bilal mula panik. Dengan cepat, dia menghubungi doktor peribadinya .

"Doktor, kau datang rumah aku sekarang!!, Dewi pengsan. Dia perlukan rawatan segera!!". Ucap Bilal dengan cemas.

"Baik, Tuan saya segera ke rumah Tuan". Jawab Doktor itu .

Doktor peribadinya langsung memeriksa keadaan Dewi.

"Dia okay ke doktor?". Tanya Bilal cemas .

Doktor tersenyum dan berkata "dia okay Tuan tiada apa yang serius cuma dia perlukan rehat secukupnya ". Ujar Doktor .

Bilal  duduk di sisi Dewi, dan memegang tangan wanita yang sangat dia cintai. Tubuh Dewi  masih lemah selepas diculik oleh Vale, namun kini Dewi sudah selamat berada di rumahnya. Hati Bilal masih tidak karuan, tapi dia berusaha untuk tetap tenang. Dewi yang dulunya hilang ingatan akibat kejadian itu, kini perlahan-lahan semakin pulih. Namun, masih ada satu perkara yang mengganggu fikirannya apakah Dewi akan mengingati dirinya kembali?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terluka Cinta (Complete)Where stories live. Discover now