Bab 25

18 3 0
                                    

Happy 1k viewers ❤️thankyou so much for support me I appreciate that 🎉💞

Teringat akan Mak Bedah dan Pak Leman, orang tua kandung yang sangat dekat dan sayang dengan Dewi, Bilal segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi mereka. Dia tahu, mereka adalah satu-satunya orang yang dapat memberikan sokongan moral yang sangat diperlukan pada saat-saat seperti ini.

Bilal  dengan suara cemas, menelefon mertuanya.

"Mak , abah... Dewi terlibat dalam kemalangan. Saya kat hospital sekarang, tolong datang.  Dewi sangat perlukan kalian."

Mak Bedah  yang dari hujung talian, bersuara dengan sangat terkejut dan cemas memikirkan anak perempuannya.

"Astaghfirullahalazim! Bilal, Kami akan segera ke sana! . Jawab Mak Bedah.

Bilal menutup telefon dengan perasaan yang sedikit lega, walaupun rasa takut masih menguasai dirinya. Mak Bedah dan Pak Leman adalah orang yang paling dia percayai selain keluarganya sendiri. Kehadiran mereka di hospital akan sedikit memberikan ketenangan dalam keadaan yang penuh kecemasan ini.

Beberapa minit kemudian, Mak Bedah dan Pak Leman tiba di hospital dengan wajah yang penuh kerisauan. Mereka segera menghampiri Bilal.

"Bilal, macam mana dengan keadaan Dewi sekarang? Dia dah sedar kan?". Tanya Mak Bedah panik.

Bilal dengan wajah yang penuh keletihan, dan mencuba  untuk tersenyum.

"Ya, Mak. Dewi dah sedar, tapi... dia masih tidak ingat siapa dirinya. Dia hilang ingatan" Jawab Bilal tersenyum tipis.

Mak Bedah dan Pak Leman  terkejut,dan terdiam seketika, tetapi kemudian mereka menenangkan dirinya.

"Ya Allah... hilang ingatan? Macam mana dia boleh jadi macamtu?. Soal Pak Leman

Bilal  dengan suara yang penuh harapan, tetapi juga penuh kesedihan .

"Dia kemalangan dan tercedera di bahagian kepala dan sekarang dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan peribadi". Jelasnya pada mertuanya.

"Ya Allah... Anak kita bang... Ucap Mak Bedah memegang dadanya.

Pak Leman dengan suara yang tenang namun, terlihat wajahnya penuh dengan kekhawatiran bersuara.

"Bilal, kamu sabar yer. Ini ujian dari Allah. Jangan biarkan kesedihan menguasai kamu. Dewi perlukan kamu sekarang. Kita semua kat sini ada untuk dia".  Ucap Pak Leman menyemangatkan Bilal.

Mak Bedah dengan air mata yang menitik, memegang tangan Bilal.

"Kita semua sayangkan Dewi, Bilal. Kita perlu berdoa supaya dia cepat pulih. Yang penting sekarang, kamu ada di sisinya. Dewi perlukan kamu."

Bilal  menjawab dengan suara yang bergetar, tetapi cuba untuk tetap kuat .

"Saya tak akan tinggalkan Dewi, Mak. Saya akan tetap berada kat sini, walaupun dia tak ingat siapa saya." Ujar Bilal.

"Bilal, mari kita masuk bersama-sama.  Biar Dewi tahu bahawa kita semua ada di sini untuk dia". Ajak Mak Mertuanya.

Bilal menundukkan kepalanya, dengan suara yang penuh keletihan .

"Saya dah jenguk dia tadi, Mak. Dewi tak ingat saya siapa. Saya takut dia takkan ingat saya lagi."

Pak Leman dengan suara yang penuh nasihat

"Bilal, kami faham  perasaan kamu. Tapi Dewi perlukan kamu sekarang. Dia perlukan kasih sayang dan sokongan. Jangan biarkan dia berasa terasing." Nasihat Bapa mertuanya.

Terluka Cinta (Complete)Where stories live. Discover now