BAB 39

66 5 0
                                    

| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo , Tengku Sara Irdina."

Farra melangkah masuk ke rumah dengan langkah perlahan. Badannya terasa berat, kepalanya masih berdenyut sejak kejadian di sekolah tadi. Beg sandangnya terasa lebih berat dari biasa, seolah-olah membawa beban yang lebih berat daripada sekadar buku teks.

Dia berharap dapat berehat sebentar. Baring seketika, memejamkan mata atau sekurang-kurangnya menarik nafas tanpa merasakan tekanan menusuk dadanya.

Tapi harapannya musnah sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu.

Tengku Azzam sudah duduk di sofa, membaca akhbar di tangan. Tanpa menoleh kearahnya, lelaki berumur itu bersuara. Nadanya tenang tapi penuh dengan tuntutan.

"Dah balik?"

Farra gigit isi pipi di dalam mulut apabila suara itu menjengah di deria pendengarannya. Dengan perlahan, wajah Tengku Azzam dipandang walaupun sang pemilik mata hitam itu tidak sudi memandang kearahnya. "Dah, daddy.."

'Letaklah beg dulu.'

'Minumlah air dulu.'

'Dekat sekolah macam mana?'

Tapi Farra tahu itu semuanya hanyalah angan-angan sahaja. Angan-angan yang tak akan pernah wujud. Dia sudah lama berhenti mengharapkan kata-kata itu keluar dari bibir sang ayah.

"Ujian dah nak dekat," Tengku Azzam menyambung, membuatkan pemilik mata coklat memandang lemah ke arahnya. Lelaki berumur itu melipat akhbar, dan akhirnya menatap wajah lelah anak bongsunya. "Pergi naik atas and get ready. Daddy dah panggilkan tutor terbaik untuk ajar kamu."

Genggaman di tali beg semakin kuat. Bibirnya di gigit, sudah menjangka ayat itu yang akan keluar dari lelaki berumur itu. "Tapi Farra penat.."

Tengku Azzam mengangkat kening, seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata itu. "Penat?" dia mengulang, suaranya kini berubah sedikit nada. "Kamu balik dari sekolah bukannya kerja macam abang kakak kamu. Tak payah nak mengada sangat."

Kata-kata Tengku Azzam menusuk bak belati yang tajam. Matanya terasa panas, tetapi dia tidak menangis. Dia sudah terbiasa, terlalu biasa dengan rasa ini.

Apa gunanya menangis kalau air mata tidak mengubah apa-apa?

Jadi dia memilih untuk diam. Menelan rasa sakit itu bulat-bulat, membiarkan ia menyerap jauh ke dalam dirinya, menjadi sebahagian daripada dirinya.

"Jangan bagi banyak alasan, Farra. Naik atas, pergi belajar. Jangan memalukan keluarga aku." 

Dada Farra terasa dihimpit sesuatu yang berat. Seolah-olah ada tangan yang mencengkam jantungnya, memerahnya perlahan-lahan sehingga hampir hancur. Gadis itu menggenggam tali beg sekolahnya, menahan rasa yang terkumpul di dada.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: 2 days ago ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang