| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" Ti amo, Tengku Sara Irdina."
Sibuk Sara bergerak ke kanan dan ke kiri. Sesekali matanya mengerling ke arah jam dinding yang berada di dapur. Ayam masak merah di dalam kuali di gaul dahulu sebelum di senduk ke dalam mangkuk kaca bersaiz sederhana." Okey, Ayam masak merah dah siap, Nasi pun dah masak. Sekarang ni nak buat Acar nenas pulak."
Peti ais di buka. Bahan-bahan untuk membuat acar nenas di keluarkan. Mujur bahan-bahan yang dia perlukan sudah ada di dalam peti ais.
Sara menoleh. Figura Harris yang sedang bersandar santai pada pintu gerbang ke dapur, membuatkan dirinya terkejut. Suaminya sedang berpeluk tubuh, Sambil memerhati dirinya. Harris tersengih janggal. Alamak kantoi lah pula. Dia berdehem perlahan untuk menutup malu.
Sara menggeleng kepala sebelum menyambung kerja membuat acar nenasnya.
" Masak apa tu?" Kaki Harris mula melangkah mendekati Si isteri, yang sedang sibuk memotong buah nenas.
" Nasi Tomato, Ayam masak merah and Acar nenas." Terang Sara. Wajah Harris tidak dipandang. " Dah siap kemas Ruang tamu ke belum?"
" Dah." Kedua tanganya diletak kan di kiri dan kanan Isterinya. Kedua belah tangan Harris mengunci Sara yang berada di tengah. Kepalanya di letak kan di bahu Sara.
Terkaku Sara apabila terasa hembusan nafas hangat Harris pada lehernya. " K-kau dah kenapa?"
" Penat." Harris membenamkan wajahnya ke leher Sara.
Dadanya sudah berombak kencang. Tangannya yang sedikit mengigil mula menghiris cili merah. Tenang Sara... Tenang.
Dia hanya mendiamkan diri. Pelik. Perangai Harris mula berubah selepas mereka berkahwin. Macam tak percaya je lelaki di hadapan nya adalah mamat buta yang Sara langgar pada Hari pertama dia bersekolah. Eh! Harris yang langgar dia dulu.
" Harris, alihkan tangan kau. Aku nak sambung masak." Sara mula bersuara, lama mereka mendiamkan diri. Apabila tiada sahutan, dia menepuk perlahan tangan Harris yang mengunci pergerakkan nya.
Harris merengus geram. Tangannya yang sebentar tadi diletak kan di atas meja, mula memeluk pinggang Sara dari belakang. Kepalanya setia di bahu si isteri.
Astaghfirullahazim... Mengucap panjang Sara dalam hati. " Harris."
" Shuhhh, Aku penat." Dah lah kena kemas rumah. Rasa menyesal pula beli rumah besar-besar. Huargg penatnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
The Bad Boy's Wife | OG
Teen FictionTengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool. Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...