BAB 32

1.7K 90 12
                                        


| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."


" Aaminn..." Tangan di sapukan ke muka apabila bacaan doa daripada Harris telah habis di baca.

Mereka berdua baru sahaja selesai menunaikan solat fardu subuh.

Sara mengangkat kepala apabila sepasang tangan berurat milik suaminya di hulur padanya untuk bersalaman.

Diraih tangan berurat milik Harris lalu di cium lembut. Dapat di rasakan tangan suaminya berbahang panas.

Harris senyum nipis. Dahi licin milik Sara di kucup sebelum kepala di jatuhkan ke riba si isteri yang masih bertelekung.

" Pening." gumam Harris perlahan. Mata di pejam rapat berharap dapat mengurangkan pening di kepala.

Dahi bersih milik Harris di urut perlahan. Kesian dia melihat keadaan suaminya. " Hari ni tak payah pergi sekolah, okay? "

Harris mengangguk kecil. Matanya terlalu pedih untuk di buka. Usapan lembut dan zikir yang di baca oleh Sara membuatkan Harris terlena di riba isteri tersayang.

Jam di dinding bilik di kerling sekilas. Bantal di atas katil di ambil menggunakan sebelah tangan lalu di letak kan di hadapannya.

Kepala Harris di angkat penuh berhati-hati berharap jejaka itu tidak terjaga dari lena. Kepala suaminya di letak kan di atas bantal.

Telekung di buka lalu di sangkutkan ke dalam almari. Sejadah yang di gunakan olehnya dan Harris sebentar tadi di lipat kemas.

Baru sahaja kaki mahu melangkah keluar dari bilik, Iphone yang berdering meminta di angkat menarik perhatian Sara.

Kaki menapak mendekati meja kecil yang berada di tepi katil. Berkerut kening gadis itu apabila melihat nama si pemanggil.

Hana.

Tidak menunggu lama, butang berwarna hijau di tekan lalu Iphone miliknya di tekapkan(?) ke telinga.

" Assalamualaikum akak."

" Waalaikummusalam. Kenapa Hana call akak pagi-pagi buta ni? " soal Sara hairan. Bukan tidak suka tapi dia pelik.

" Sorry ganggu. Tadi mummy bagitahu Hana yang abang sakit. Betul ke? " jelas kedengaran suara risau Tengku Hanania di corong telefon.

The Bad Boy's Wife | OGCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang