Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina
Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool.
Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" TiAmo, Tengku Sara Irdina."
Bilik Muzik atau studio yang disediakan khas oleh Straw Highschool untuk kumpulan Unix bergema dengan suara teriakkan para jejaka yang leka bermain permainan video.
Cahaya dari skrin televisyen yang tersedia di dalam studio kecil itu memantulkan warna-warna terang ke wajah Harris dan rakan-rakannya.
Namun, dikala Iqbal, Danish dan Aqil yang leka menekan alat kawalan PS5, ada Harris yang masih hanyut dalam lamunannya. Alat kawalan masih tergenggam di tangan tanpa sebarang pergerakkan.
Fikiran jejaka itu masih terperangkap dalam kejadian di bilik rawatan tadi.
Bagaimana Sara begitu cemas bila gadis itu tanpa sengaja menekan luka di bibirnya. Bagaimana wajah cantik yang sentiasa serius tiba-tiba dipenuhi rasa bersalah dan panik. Dan yang paling tidak dapat Harris lupakan...
Bagaimana Sara meniup lukanya tanpa gadis itu sedar.
Helaan nafas dilepaskan. Wajahnya yang sedikit memerah itu diraup Harris perlahan. Kepalanya disandarkan di sofa dan dengan secara refleks, tangannya naik menyentuh bibirnya sendiri, seolah-olah masih merasakan hembusan lembut itu di kulitnya lagi.
Entah buat kesekian kalinya, jantung jejaka itu berdegup kencang dengan hanya mengingati kejadian itu.
"Oi, oi, belakang tu! Cover aku, cover aku!"
Harris tersentak apabila suara Danish memenuhi deria pendengarannya. Dengan pantas, tangannya diturunkan dari bibir, cuba berlagak seperti biasa.
"WOI! HARRIS APA KAU BUAT?!"
Tiba-tiba suara Tengku Iman Danish bergema, membuatkan pemilik mata kelabu itu lantas mengangkat kepala. Matanya terbeliak seketika apabila dia sedar wataknya di dalam permainan sedang berdiri kaku, ditembak bertubi-tubi oleh musuh.
"Harris, kau termenung apa?! Fokus lah!" jerit Tengku Iqbal Aieman. Wajah jejaka itu penuh panik melihat Harris langsung tidak memberikan apa-apa respon.
Tengku Aqil Nazwan di sisi jejaka itu sudah tergelak. Bahu Harris ditepuk dengan kuat. "Kau kenapa ni? Selalu clutch, tiba-tiba jadi bot?" soal jejaka itu. Jari-jarinya lincah menekan segala butang yang ada di atas alat kawalan, dengan pantas membunuh musuh-musuh dikeliling watak permainan Harris.