Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina
Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool.
Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."
" Abang, bangun lah! " selimut tebal yang menutupi badan Harris di tarik kasar.
Hana merengus geram apabila tiada sebarang pergerakan yang berlaku. Besar kecil, besar kecil sahaja dia melihat perangai mengada-ngada abangnya yang seorang ini.
" Baik abang bangun sebelum Hana call kakak." ugut Tengku Hanania. Selimut tebal itu di tarik kuat.
Orang suruh makan ubat je pun. Bukan suruh makan benda merapu. Itu pun nak takut. Dasar badboy penakut.
Keluhan lemah terkeluar dari bibir merah milik Hana. Badan Harris yang masih berselubung dengan selimut itu di pandangnya geram.
" Okay, fine! Abang tak nak makan ubat kan? Jadi Hana takkan benarkan Kak Sara dekat dengan abang." tanpa membuang masa, laju sahaja kaki gadis itu mengatur langkah mahu keluar dari bilik tidur abangnya.
Baru sahaja tombol pintu mahu dipulas, pergerakan Hana terhenti akibat jeritan suara milik Harris.
" Don't you dare! "
Dah mula dah.
Hana gulingkan mata ke atas. Badan di pusingkan memandang abangnya. Terbutang mata Hana buat seketika. Bibir di keman menahan tawa apabila melihat keadaan Harris.
Abang aku ke ni?
" Suka hati Hana je nak jauhkan Kak Sara dari abang! Abang ni dah macam orang gila rindu dekat isteri dia! Tapi hana? Sibuk je nak jauhkan kak Sara dari abang. Eee nasib aku tengah sakit kalau tak dah lama abang sekeh kepala kau! "
Bukan takut malah gadis itu tertawa suka.
Harris merengus geram. Lidahnya menolak isi pipi. Bantal yang dipeluk sebentar tadi di baling kasar ke arah adik perempuannya.
" Ahahah sorry-sorry." ucap Hana dengan sisa tawanya.
Kelakar kau tahu. Rambut Harris di ikat toncang kelapa. Dahi jejaka itu elok tertampal cool fever. Hidung jejaka itu pula di sumbat dengan tisu. Menahan hingus dari keluar agaknya. Kalau tengok dari jauh, macam mayat pun ada.
" Dah lah malas abang layan kau. Tolong keluar." halau harris. Selimut di tarik menyelubungi badan yang berbahang panas. Dia nak Sara yang jaga bukan adiknya yang perangai macam lahan--