BAB 11

2.7K 136 9
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


" Congrats bro! " Ujar mereka bertiga sambil membuat brother Hand Shakes dengan Harris.

Kepala diangguk kecil seraya bibirnya mengukir senyum.

" Mana Sara? " tanya Iqbal. Sesekali matanya melirik sekeliling dewan, hanya tinggal beberapa tetamu dan ahli-ahli Keluarga Harris dan Sara sahaja.

Bahunya dijongketkan sedikit. " Dengan kawan-kawan dia kut."

Mereka bertiga mengganguk faham.

" By the way, Thank you sebab korang sudi datang Majlis aku yang tak seberapa ni." tambah Harris lagi.

Mereka bertiga melorek senyum menampakkan susunan gigi yang teratur cantik.

" Takde hal la." bahu Harris dipeluk Danish dari tepi.

Baru sahaja Harris ingin membalas, panggilan suara seorang perempuan menyapa dari belakang.

" Abang..."

Spontan mereka berempat menoleh kebelakang. Wajah Tengku Hananiah memenuhi ruang mata.

" Daddy panggil nak ambil gambar. Ajak kawan-kawan abang sekali." Ujar Hana sebelum berlalu pergi. Sempat juga dia menjeling ke arah Danish yang berada disebelah Harris. Menyampah!

" Apa jeling-jeling?! Aku cungkik biji mata kelabu kau tu kejap lagi baru tahu! " Matanya dijulingkan keatas. Hek elek, Tahulah Jealous sebab aku lagi cantik dari dia. Eh?

Ghisau kadang-kadang.

Hana menjelirkan lidah. Ada nampak saya ada masa untuk kisah? Kalau ikutkan hati mahu saja dia menarik rambut hitam milik lelaki itu. Panas je bila berjumpa dengan rakan baik abangnya yang satu ini. Karang tak pasal-pasal dia bertukar menjadi Akak baju kuning baru tahu.

Tangganya digempal geram. " Eeee, benci pula aku dengan adik Harris ni. Kalau dia bukan adik kawan aku dah lama aku campak dia pergi Segitiga Bermuda. Huh! " bisik Danish tetapi didengari oleh mereka bertiga.

Harris, Iqbal dan Aqil hanya menggelengkan kepala. Masak dengan perangai mereka berdua. Bila jumpa mesti akan bergaduh.

" Mula-mula benci lepastu suka! Cliche gila." pantas Aqil dan Iqbal berlalu menuju ke pelamin sebelum mereka berdua dapat penumbuk percuma dari Danish.

The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang