Damai. Itu yang kita boleh gambarkan apabila melihat sekumpulan kanak-kanak bermain riang di sebuah tempat terpencil dan dikelilingi hutan tebal yang menyamankan. Tempat yang menjadi tanah tumpah darah kanak-kanak itu seharusnya memanjatkan rasa ingin tahu bagi mereka untuk lebih mendalami isi yang terkandung di kota ini.
Tempat ini laksana kota kecil dalam hutan. Jika salah jalan, kemungkinan tersesat itu amat besar. Bagi sekumpulan kanak-kanak ini, suatu ekspidisi perlu dibuat untuk lebih mengenal tempat kelahiran. Perasaan takut untuk tersesat adalah sekadar mainan.
"Apa kata kita bermain permainan yang baru?" Kata seorang budak lelaki yang paling tua di dalam kumpulan itu. Persis ketua.
"Mahu tak?"
"Apa yang kita nak main? Takut nanti ibu ayah aku marah. Jangan buat bukan-bukan."Jawab salah seorang lagi daripada mereka.
"Permainan ni aku gelarkan 'Ekspidisi Nomad Gila'." Terkejut yang lain mendengar perkataan itu selepas 70 tahun kejadian gelap itu berlaku pada Kota Samarahan Lama.
"Jangan risau kawan-kawan. Mudah saja permainannya. Kita pergi ke sana dan cari apa sahaja yang kita rasa bernilai. Balik bila Tok Bong pukul gendang. Siapa barang yang paling bernilai, dia yang menang."Hurai budak lelaki tadi.
"Siapa nak?"
"Bahaya ni. Mak ayah kita pun dah tak ke sana.."
"Aku nak!" Belum sempat seorang lagi budak lelaki memberi pandangan, seorang budak perempuan mengangkat tangan.
"Teringin sangat nak pergi sana. Nak! Nak!"
"Kau? Boleh ke? Hmmph. Okay baik.Tapi, jangan pergi terlalu dalam. Risau-risau ada benda terjadi pula. Masing-masing kena hati-hati. Faham?"
Lalu bersegeralah mereka berenam menuju ke Kota Samarahan Lama yang terletaknya 2 batu dari Samarahan Baru. Yang paling tua umurnya 12 tahun dunia. Yang perempuan hanya seorang, kurang 2 tahun dunia dari yang tua.
Bukit mereka panjat, pokok mereka redah. Lalu tibalah mereka ke pintu utama yang tiga kali lebih besar dari tubuh mereka.
Yang tua menyinsing lengan baju tinggi-tinggi.
"Baiklah. Jangan pergi terlalu dalam." Katanya.
"Ingat, bunyi sahaja gendang, kita mesti bergegas balik."
"Aku dengan kau." Kata seorang budak lelaki kepada seorang budak perempuan itu.
"Cari benda masing-masing. Kau tak boleh ikut aku. Nanti kau curi benda aku jumpa." Balas budak perempuan kecil itu.
Budak perempuan itu memerhati keadaan sekeliling. Dia membayangkan suasana 70 tahun yang lalu pada setiap bucu bangunan di Kota Samarahan Lama. Bagaimana mereka bergembira dengan muzik-muzik. Mereka minum makan tanpa ada kerisauan. Bangunan batu besar-besar.
Dia kemudiannya berhenti pada sebuah mesin yang agak besar. Di sapu-sapu habuk pada papan tanda itu.
Itulah Kotak Jenerator yang diceritakan oleh orang ramai di Samarahan Baru. Kotak Magis yang mampu menghidupkan malam yang kelam. Sudah terlampau usang mesin itu. Tiada kepakaran yang ada tinggal di Samarahan Baru. Melainkan mereka pergi sendiri ke pusat pentadbiran kerajaan baru yang menggantikan Kerajaan Hadis.
Budak perempuan itu teruskan perjalanan. Dia masuk rumah ke rumah. Tiada apa yang menarik perhatiannya.
Sehingga matanya kemudian terhenti pada satu sudut. Terdapat sebuah buku yang terletaknya di atas sebuah almari usang. Budak itu lalu menyusun kerusi. Gagal juga untuk mendapatkannya.
"Kau buat apa ni?" Tanya seorang budak lelaki yang kebetulan juga lalu di kawasan itu.
"Adalah. Kau tak payah sibuk!"Jawab budak perempuan itu.
"Kau nak ambil apa tu? Cepat. Hari dah nak kelam. Kejap lagi gendang akan berbunyi."
"Kau tak payah sibuk. Nanti kau nak benda yang aku nak. Aku jumpa dulu ni. Aku jumpa dulu!"
Sedang budak perempuan itu meraba-raba almari itu, kakinya tergelincir menyebabkan kerusi itu teralih dari kedudukannya. Badan budak itu kemudiannya terhentak pada almari itu.
"Arghhh!"Jeritnya.
Akibatnya almari itu juga tersembam ke bumi. Benda-benda di sekeliling juga terjatuh. Bangunan itu bergegar. Ada batu-bata yang runtuh meranapkan sebahagian almari itu.
"Woi! Kau okay tak?! Kejap! Kejap!" Budak lelaki itu berlari-lari sambil menolak ke tepi batu-batu yang jatuh. Akibatnya, seraya budak lain juga mendengar kejadian itu lalu berlarilah mereka ke arah bunyi itu datang.
Sedang mereka berlari ke arah itu, gendang juga berbunyi. Keadaan semakin gelap. Mereka melihat ke arah satu sama lain. Ingin pulang atau mencari lagi 2 orang kawan mereka. Hari semakin kelam.
"Kawan kita tu.."
Mereka lalu terjerit-jerit memanggil nama 2 orang kawan mereka itu. Bergemalah jeritan mereka di celah-celah banggunan. Selepas beberapa ketika, ada yang menyahut panggilan mereka.
Terlihat budak perempuan itu jalan terhencut-hencut sambil membawa sebuah buku dalam dakapannya. Ada seorang budak lelaki memapahnya.
"Sudah. Tak ada apa. Cuma terseliuh sedikit. Mari balik. Kejap lagi gelap terus lagi susah. Mak ayah kita cari nanti." Kata budak lelaki yang memapah itu kepada yang lain.
"Apa yang beriya sangat sampai terseliuh. Sini, aku tengok.Buku? Hahaha. Sebuah buku?" Tanya seorang lagi budak lelaki.
"Sibuklah!" nada budak perempuan itu dalam keadaan geram tetapi menahan sakit.
"Sah-sah lah dia kalah. Aku bawa balik keronsong peluru kot. Sejak 0409 TD ni! Dia pula pinggan lama. Ni semua berharga. Buku? Apa guna buku pada zaman ini? Haha." Kata yang seorang lagi mengusik.
Lalu berjalan kaki lah mereka pulang di dalam kegelapan. Berjalan rapat-rapat agar tidak ada yang tertinggal. Berpegang tangan berjalan menuju cahaya perkampungan Samarahan Baru.
Tiba sahaja di pintu hadapan pintu utama Samarahan Baru, terlihat berapi-api obor sedang mencerahi sebuah tempat. Ramai orang sedang menunggu mereka. Muka kerisauan. Muka ketakutan. Waktu yang sepatutnya mereka sudah berada di dalam rumah, menikmati makan malam dan tidur.Tapi hari ini mereka terpaksa keluar dari rumah mencari anak-anak mereka yang hilang dari penglihatan.
"Kemana kamu semua pergi?!" Kata Deigo, cicit kepada Atlonto, ketua Samarahan Baru. Deigo adalah ketua paling muda dalam masyarakat Samarahan selepas kematian ayahnya awal tahun itu.Umurnya 31 tahun. Tangannya mencekak pinggang.
Semuanya tertunduk apabila Diego bertanyakan tentang hal itu. Mereka tahu kesalahan mereka. Tidak langsung mengangkat kepala ke atas.
"Kalau orang-orang Jaring datang ambil kamu semua macam mana?! Atau orang Nomad kerat kepala kamu seorang-seorang?! Ini yang terakhir. Aku tak mahu lagi benda macam ni berlaku. Semua perhatikan anak masing-masing. Sudah! Semua bersurai! Aku tak mahu ada seorang pun di luar!"
Budak perempuan itu dengan perlahan-lahan menyimpan buku yang dijumpainya itu ke dalam baju labuh yang dipakainya.
"Ayah kau mana? Pak Petak? Aku hantar kau balik je lah. Sudah gelap ni. Boleh kan pa?"Kata budak lelaki tadi kepada ayahnya.

YOU ARE READING
OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAAN
AdventureKisah pengembaraan Olivia selepas kemusnahan dunia.