Bab Sembilan

77 1 0
                                    

"Tuan. Lagi lima rantai kita akan sampai ke Kota Fajar. Di sana khabarnya kita akan berjumpa dengan penjaga pintu utama di sana." Kata seorang askar berbaju perisai dengan lambang Kerajaan Jaring pada dada bajunya.

"Baiklah. Perlahankan enjin kepada sepuluh knot. Siapa yang mampu menghalang ketibaan kenderaan Maudivius berkuasa tiga ribu cas karen ini? Aku tahulah nak berunding dengan orang mereka. Mereka yang mahukan apa yang kita ada. Kita beri. Kita hanya mahukan sedikit sahaja dari apa mereka ada. Atau banyak. Hahaha." Kata Razlan sambil gelak besar. Razlan ialah Setiausaha Kerajaan Jaring merangkap ketua Operasi Dunia, satu operasi membesarkan wilayah Kerajaan Jaring.

Empat puluh biji kenderaan Maudivius memberhentikan kenderaan mereka di hadapan gerbang utama Kota Fajar. Maudivius ialah sebuah kenderaan dua alam yang digerakkan dengan enjin elektrik berkuasa tiga ribu cas karen yang mampu menujah sehingga kelajuan lapan puluh knot di atas tanah mahupun di atas air.

Tiba sahaja di hadapan gerbang Kota Fajar, Tuan Komander Razlan ialah orang pertama yang turun dari Maudivius. Dua orang penjaga gerbang Kota Fajar terus menghampiri Komander Razlan dengan memegang lembing.

"Wakil dari Kerajaan Jaring. Kami memang menunggu ketibaan tuan-tuan semua. Sejak 3 malam lalu." Kata seorang penjaga gerbang.

"Baiklah. Bawa aku jumpa dengan Gabenor Julien." Kata Razlan.

"Hmm. Begini. Beritahu ketua tuan, malam ini kami ada pesta. Sekarang ini Gabenor Julien sedang sibuk mengatur urusan pesta itu. Dia sudah tunggu pihak tuan tiba sejak tiga hari lepas. Tapi wakil tuan tidak tiba. Saya harap tuan boleh beritahu ketua tuan, yang pihak tuan hanya boleh masuk esok pagi." Terang penjaga gerbang panjang lebar. Dia genggam erat lembingnya. Peluh menitis ke muka dek kepanasan matahari.

"Aku nak bagitahu siapa?" Tanya Razlan. "Presiden Meng? Haha. Jauh lah. Kami sudah berjalan jauh. dua ribu rantai jauhnya. Tak boleh beri masuk? Penat tahu penat?" Tambahnya.

"Errr, tuan boleh beritahu ketua wakil yang ke sini. Esok pagi. Saya hanya ikut arahan ketua saya."

"Kalau aku cakap aku ketua operasi ke Fajar ni? Aku nak bagitahu diri sendiri?" Balas Komander Razlan tersenyum sinis.

"Komander Razlan? Tuan-tuan! Maaf tuan! Maaf! Tapi saya tak boleh beri pihak tuan masuk. Itu araha.."

ZAAAPPPP!

Lembing yang dipegang penjaga gerbang itu tadi kini mata tajamnya berada tepat pada lehernya sendiri. Badan lelaki itu dirapat penuh dan dikunci pada badan Komander Razlan.

"Bawa aku jumpa Gabenor Julien. Berikan kami masuk. Berikan Maudivius kami masuk. Segala-galanya akan okay."

"Tapi wang tiada nilainya di sini." Kata Gabenor Julien. Gabenor Julien ialah seorang Gabenor yang agak gempal. Rutinnya hanya mahu bergembira. Rakyat bekerja untuk kerajaan Fajar. Kononnya setiap hasil pertanian Fajar yang diberikan kepada Istana akan diberikan sebahagian kepada pekerja-pekerja untuk membina infrastruktur di Kota Fajar. Walhal kebanyakan hasil itu diambil oleh pihak Istana Kota Fajar untuk menjayakan pesta-pesta.

Rakyat Fajar tahu hal itu. Namun kebanyakan dari mereka juga seronok menurut setiap kehendak Gabenor Julien kerana mereka juga mahu bergembira dengan setiap pesta-pesta dan tarian sajian Gabenor Julien.

"Jadi berikan ia nilai. Nilai untuk menyala dan memeriahkan malam-malam pesta kau Julien. Api? Buat apa api? Letih nak mencucuh satu persatu. Ini magis! Cuba kau bayangkan. Cuba bayangkan." Balas Razlan.

Gabenor Julien terdiam. Badan besarnya tidak melambangkan besar otaknya. Dia hanya termenung memerhati peta Kota Fajar di atas mejanya.

OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAANWhere stories live. Discover now