Bab Dua

101 0 0
                                    

Cahaya putih yang suram menerangi ruang itu. Kelihatan seorang perempuan dewasa yang sedikit berumur sedang memaling kepalanya ke belakang dan tersenyum. Perempuan itu datang dekat dan menghulurkan kedua belah tangannya kepada aku.

"Teruskan membaca sayang." kata perempuan itu kepadaku.

Kemudian wanita itu berundur ke belakang dan melepaskan tangannya dari tangan aku dan seraya itu cahaya suram putih bertukar gelap dan wanita itu hilang dari pandangan sedikit demi sedikit.

"Ibuuu!!"

Gadis itu membuka mata dengan perasaan takut jelas terpampar pada wajahnya. Dia memejamkan mata kembali dan memegang kepalanya. Terasa peluh di dahi lantas dia mengesat peluhnya dengan lengan baju.

"Mimpi.." kata gadis itu perlahan

Gadis itu membangunkan badannya dan menekup muka. Kemudian dia menoleh pada lukisan di atas meja bersebelahan katilnya yang diperbuat dari kayu. Dia menitiskan matanya apabila melihat lukisan itu kerana perempuan dewasa dalam mimpinya tadi ialah perempuan yang sama dalam lukisan itu. Ibunya.

Melihat jendela yang cerah, dia tahu hari sudah pagi. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik gadis itu diketuk. Gadis itu hanya memalingkan muka ke arah pintu dan mengesat air matanya di pipi. Kemudian, pintu terbuka dan mucul seorang lelaki dewasa yang sedikit berumur.

"Olivia.." kata lelaki dewasa itu.

Olivia hanya diam.

"Kamu mimpi lagi?"

Olivia mengangukkan kepala.

Lantas, lelaki itu terus datang kepada Olivia dan Olivia terus memeluk lelaki itu.

"Abahh, Olivia rindukan ibuuu.." rayu Olivia kepada abahnya.

"Bersabarlah sayang. Kita semua rindukan ibu." Balas lelaki itu yang merupakan bapa kepada Olivia. Dia hanya membiarkan Olivia menangis teresak-esak kerana merindukan isterinya. Ikatan yang kuat Olivia dan ibunya sudah tentu sama seperti ikatan antara dia dan isterinya. Tetapi, dia tidak menangis kerana mungkin dia perlu menjadi kuat di depan anaknya itu bagi meneruskan kehidupan.

"Hari sudah siang. Sayang kemaskanlah diri. Kita bersarapan bersama. Oskar sudah siapkan telur dan roti." sambungnya lagi.

Olivia mengangguk dan mereka berdua melepaskan

****

Sejak kematian ibunya, Puan Wirda—Olivia telah menggantikan tempat ibunya menguruskan hal keluarga. Olivia yang menyediakan sarapan, makan malam, kebersihan dan membantu abahnya mencari keperluan untuk dimakan.

"Olivia! Mari tolong abah! Kita sudah nak ke pasar!" Pekik Oskar, adik Olivia.

Lalu, Olivia yang telah siap mandi dan mengemaskan diri melangkah keluar dari rumahnya menuju ke pasar dengan membawa beg yang disangkutkan pada bahunya. Dia memakai baju labuh berwarna tanah yang diperbuat dari jahitan benang pisang, sepatunya yang berwarna putih kemerahan pula diperbuat dari anyaman benang tebu yang tebal. Jarak rumah dan pasarnya tidak jauh, hanya sebatu berjalan kaki. Suku batu sebelum sampai ke pasar, sudah kedengaran suara ramai orang. Hiruk-pikuk di pasar dengan kedengaran tawar-menawar sesama mereka bertukar barangan.

Olivia mendekati sebuah gerai. Kelihatan seorang lelaki tua sedang berdiri dan di gerainya terdapat beberapa buku roti dan buah-buahan. Di sebelah kanan gerai lelaki itu terdapat gerai sayur-sayuran dan di sebelah kiri adalah gerai yang menjual beras dan tepung. Dia berdiri sebentar berhadapan ketiga-tiga gerai itu untuk berfikir sebentar. Lalu, dia melangkahkan kaki ke gerai lelaki tu di tengah-tengah itu.

"Olivia, aku pergi ke gerai depan sana. Aku dengar Pak Mail dah tumbangkan beberapa ekor lembu. Boleh aku tukarkan dengan bekas minuman yang aku buat ni." Kata Oskar.

Oskar dan Pak Petak memang seperti kasut kiri dan kasut kanan. Sama serba serbi. Kedua-dua mereka mempunyai tangan yang lembut dan berseni dalam mereka cipta pelbagai jenis bekas yang diperbuat daripada tanah.

"Okay." Jawab Olivia. "Jumpa di rumah nanti. Boleh aku masak menu lain sikit untuk makan malam."

Olivia kemudian terus menuju ke arah sebuah gerai.

"Apa yang kau bawa hari ini Olivia?" kata lelaki tua.

"Aku bawa ini, Pakcik Trafa" Olivia mengeluarkan barangan itu dan menyerahkan kepada Trafa.

"Pelampung! Haa, sudah lama aku inginkan benda ini untuk ajar anak aku berenang. Bagus Olivia, kau hasilkannya?" Tanya Trafa.

Olivia hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

"Baiklah, kau boleh ambil 3 buku roti dan sebakul buah-buahan seperti biasa. Hahaha. Terima kasih, Olivia.Terima kasih." Trafa berkata dengan girang.Berasa gembira dengan pelampung pada tangannya. Olivia turut ketawa melihat Trafa dan dia terus mengambil 2 buku roti serta buah-buahan yang dipilih Olivia iaitu strawberi, tomato dan anggur dimasukkan ke dalam bakul.

"Sampaikan salam aku pada Pak Petak." Kata Pakcik Trafa.

"Baiklah Pakcik Trafa. Tolong cubitkan anak pakcik yang comel itu untuk saya." Ujar Olivia tersenyum sambil beredar dari gerai Pakcik Trafa.

****

Kota Samarahan Baru merupakan kota yang mengamalkan sistem penukaran barangan. Di sini tiada sistem kuno iaitu menggunakan duit berupa besi bulat dan kertas. Penduduk kota ini hanya perlu menukarkan barangan sesama mereka untuk mendapatkan barangan keperluan makanan, barangan kegunaan harian dan barang-barang kehendak. Semua penukaran berdasarkan nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak. Daging ditukar dengan pinggan-pinggan. Ayam ditukar dengan beras. Pensel ditukar dengan sepatu. Dan pelbagai barang-barangan lagi ditukar sesama mereka. Kebanyakkan barangan yang diperoleh adalah hasil buatan sendiri. Seperti Olivia yang tahu membuat pelampung, maka Olivia menghasilkan pelampung dengan membakar getah pokok ke dalam acuan dan mengeringkannya untuk dijadikan pelampung getah. Pakcik Trafa misalnya memasak gandum dan menghasilkan roti. Dia juga menanam buah-buahan di kebun rumahnya. Kemudian, Olivia dan Pakcik Trafa bertukar barangan di pasar.

Kadang-kala urusan penukaran barangan ini boleh dijalankan antara rumah ke rumah jika perlu. Cuma dengan mewujudkan pasar penukaran barangan, ia menjadi kelebihan untuk pengunjung memilih pelbagai barangan.

Inilah Kota Samarahan Baru yang maju berkembang tanpa menggunakan duit.

OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAANWhere stories live. Discover now