Bab Empat

78 3 0
                                    

"Apa yang kau bawak balik harini Oskar?" Tanya Olivia kepada adiknya yang baru sahaja pulang. Pada belakang Oskar terdapat sebuah beg guni. 

"Aku rasa nak masak lain sikit. Jangan hampakan aku." Tambah Olivia.

Oskar meletakkan beg guninya ke bawah dan membuka tali beg guni itu. 

"Abah mana?" Tanya Oskar. 

"Dia perlu saksikan pertunjukan Oskar ni!" katanya lagi.

"Apa yang kamu bisingkan ni Oskar." Tegur Pak Petak yang baru sahaja tiba. Tangannya penuh dengan tanah. Baru selesai menyiapkan beberapa bekas untuk ditukar beli beberapa hari lagi.

"Abah, abah duduk dulu. Tengok apa Oskar dapat harini." Kata Oskar bermuka riang. Ada sesuatu yang hendak dia tunjukkan kepada abah dan kakaknya.

"Okay, kau cuba teka Olivia. Apa aku bawa balik?"

"Errr..daging lembu? Pak Mail?"

"Vfff! Salah! Kau didenda mengemas bilik tidur aku esok. Haha."

"Hoi! Tak adil! Kau tak cakap apa-apa pasal mengemas bilik tadi."

"Salah tetap salah Olivia kakak kesayanganku. Hehe. Okay abah pulak."

"Beras?" Jawab Pak Petak.

"Beras? Hahaha. Itu benda biasa abah. Salah jugak!"

"Haa denda lah abah sekali!" Kata Olivia menyampuk.

"Eh. Suka hati aku lah nak denda siapa. Aku tuan punya teka-teki ni."

"Ni tak adil!"

"Hahaha! Tunggu! Tunggu! Aku keluarkan." Oskar meraba-raba benda di dalam beg guninya itu. 

"Oskar mempersembahkan, ikan bario! Ikan sungai yang paling manis bila dibakar. Dan aku dapat 2 ekor!"

Terkejut besar Olivia dan Pak Petak melihat Oskar mengeluarkan 2 ekor ikan bario dari dalam begnya.

Ikan Bario sangat sukar untuk didapati di sekitar sungai Samarahan. Dari segi nilai, 4 ekor ikan bario nilainya sama dengan bertukang sebuah rumah. Rasanya manis. Tulang tidak banyak. Seekor sudah memadai untuk makan seramai 3 orang. Mengikut cakap-cakap penduduk Samarahan, ikan bario banyak berada di Gunung Ilora, sebuah gunung yang berhampiran dengan laut. Di satu ada sebuah tasik yang tercantumnya dua air, air masin dan air tawar. Di situlah tempat banyaknya ikan bario.

Namun bukan mudah untuk ke sana. Hanya jika bernasib baik sahaja penduduk Samarahan Baru boleh merasa ikan bario. Dalam masa sebulan, penduduk Samarahan hanya boleh memperoleh kurang lebih sepuluh ekor sahaja ikan bario yang terlepas menyusuri Sungai Samarahan dari Gunung Ilora.

"Wahhh! Bijak kau berniaga Oskar. Dari mana kau dapatkannya? Kau tak buat benda bukan-bukan kan?" Tanya Pak Petak ragu-ragu. Ini ikan untuk orang-orang yang banyak berjasa untuk Samarahan Baru.

"Ini Oskar, anak lelaki Petak. Tak mungkin aku buat benda bukan-bukan bah. Ceritanya macam ni. Sedang aku sibuk berbincang hal niaga dengan Pak Mail tadi, aku terdengar suara budak kecil menangis di sebelah sana. Jadi aku memberhentikan sebentar urusan niaga dengan Pak Mail dengan lembunya." Cerita Oskar sambil menghulurkan dua ekor ikan itu kepada Olivia. Olivia lantas bangun dan membawa ikan itu ke dapur.

"Rupanya cucu Tok Bong. Anaknya Vort, menawarkan dua ekor ikan bario buat sesiapa sahaja yang dapat memberhentikan dari budak itu menangis. Sudah 2 hari dia menangis tanpa makan." Sambung Oskar.

OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAANWhere stories live. Discover now