Cuaca pagi itu sangat baik. Mataharinya tidak terlampau terik. Udaranya tidak terlampau sejuk. Olivia dan Oska bersiap-siap untuk ekspedisi kedua ke Kota Samarahan Lama selepas kali terakhir Olivia ke sana ialah dua belas tahun lepas.
"Kau pasti tak perlu cakap pada abah?" Tanya Oska sambil memasukkan beberapa alatan ke dalam begnya.
"Tak perlu. Sepatutnya kau pun aku tak perlu bagitahu." Jawab Olivia sambil meniliti kertas-kertas kajiannya. Kali ini dia begitu yakin dengan apa yang dia akan lakukan.
"Aik? Kenapa terlampau berahsia? Ini keluarga kita Oli. Kau tak takut ke nak ke Kota Samarahan Lama?"
"Kalau kau takut, kau tak payah pergi."
"Aku tanya je. Mana lah tahu kau takut. Tak ada orang kita yang dah ke sana."
"Eh, ni kerambit ni untuk apa?" Tanya Olivia sambil memegang sebilah kerambit di pinggang Oska.
"Untuk selamatkan kau jika berlaku apa-apa." Jawab Oska lantas menepis tangan kakaknya itu. Dia terus menggalas beg dan ke dapur. "Kau tunggu sini. Aku nak bagitahu abah yang kau perlukan aku di dapur kau. Pastikan sebelum gelap kita kena balik." Tambah Oska.
Olivia hanya memerhatikan gerak geri adiknya itu. Tanpa dia sedari sebuah senyuman terukir di wajahnya. Senyuman yang benar-benar ikhlas dia lontarkan kepada Oska.
"Sudah besar adik ku. Bertanggungjawab." Katanya sendiri.
"Berapa jauh lagi ni Olivia? Jangan-jangan kau nak bunuh aku dalam hutan ni tak? Bawa aku jauh-jauh. Ya lah. Kau kan benci aku." Tanya Oska.
"Kau boleh sabar sikit? Depan sikit nanti adalah si Kris tu." Jawab Olivia tegas.
"Kau sayang aku tak?"
"Perlu ke tanya sekarang?"
"Aku dah agak kau tak sayang aku. Ya lah. Aku ni adik yang menyusahkan."
Kris dan Olivia berjanji untuk bertemu di satu titik mula agak jauh dari dapur kajian mereka. Ini adalah untuk memastikan tiada yang menghidu gerak geri mereka untuk ke Kota Samarahan Lama.
Langkahan Olivia terhenti seketika apabila terlihat apa yang ada di depannya.
"Hah? Ni kenapa berhenti? Mana Kris? Mana teman hati kau tu?" Gurau Oska.
"Ni kenapa dia ada kat sini jugak ni."
"Siapa Oli?"
"Erwan."
"Bang Erwan?"
Olivia cuba untuk memberi isyarat kepada Kris yang ada di hujung sana untuk menanyakan apa yang berlaku, kenapa Erwan boleh ada di situ.
Melihat isyarat dari Olivia, Kris terus mengajak Erwan untuk ke tempat Olivia berdiri. Riak wajah Olivia terus berubah gelisah. Takut-takut plan mereka hari itu terpaksa di batalkan.
"Eh! Kris! Macam mana kau boleh ada dekat sini? Aku dengan Oska nak mencari bahan untuk buat uji kaji terbaru kita tu." Kata Olivia cuba untuk mengalih cerita agar tidak bocor rahsia mereka. Oska mengangguk dengan apa yang Olivia katakan.
"Sudah lah Olivia. Tak perlu untuk berselindung. Bahaya ni. Tak siapa tahu, siapa yang menghuni Kota Samarahan Lama sekarang." Balas Erwan yang
"KRISSS!! Kenapa ni? Kenapa kau beritahu dia ni?!!" Tegas Olivia. "Kau nak semua orang tahu ke hal ni?!" Tambahnya dengan nada lebih garang.
"Dengar sini Olivia. Kris terpaksa beritahu saya. Saya yang paksa. Pagi tadi saya ke Rumah Kajian Tabie Alam untuk menukar beli alatan pembinaan. Awak tak ada." Balas Erwan.

YOU ARE READING
OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAAN
PertualanganKisah pengembaraan Olivia selepas kemusnahan dunia.