Bab Enam

81 2 0
                                    

Aku kena meronda pasar hari ini. Suatu kerja yang paling aku kurang suka tapi aku kena lakukan juga sebab ini perintah Presiden. Apalah agaknya yang mereka sedang bincang tanpa aku? Walhal sepatutnya pegawai seperti aku yang telah membawa kemenangan kepada Jaring pada setiap penaklukan harus berada di istana Mon untuk merencanakan penaklukan seterusnya, atau dalam bilik beradu bersama perempuan-perempuan cantik tanpa seurat benang. Heh.

Razlan tersenyum liar sendirian.

Semakin hari semakin banyak orang berdagang di pasar besar Jaring ini. Aku fikir tak lama lagi pasti Presiden akan ikut cadangan aku untuk menyusun atur pasar yang semakin pesat ini agar lebih tersergam dan sistematik. Adalah amat patut sekali jika pelaksanaan cukai terhadap para pedagang dilakukan buat masa sekarang agar Jaring dapat membina tapak pasar besar yang baru, membesarkannya dan membuat untung melalui sewaan. Tetapi, setiap kali cadangan ini diajukan, pasti pegawai-pegawai bodoh lain yang itu tak bersetuju. Kasihanlah. Belum tiba masanya lah. Pedagang terdiri dari orang susah lah. Bebal apa mereka ini? Para pedagang ini sudah banyak mengaut untung dari kemakmuran Jaring dan jajahannya. Aku pernah dengar ada pedagang yang sudah untung beribu Rubi sehari melalui dagangan yang pesat di sini. Itu yang mereka kata susah?

Riak wajah Razlah dari tersenyum berubah kepada kerutan tidak berpuas hati.

Ah, baik aku cari minuman anggur peram untuk mabuk malam nanti lagi bagus! Tapi, mana nak cari? Ahaa, aku hanya perlu pasang telinga untuk dengar jeritan-jeritan pedagang-pedagang ini menjual barangan. Mudah!

"Cendawan hutan! Cendawan hutan! 6 Rubi sebakul!"

Cendawan? Bukan.

"Sutera rusa! Terbaik dari hutan Roug!"

Ah, kediaman aku sudah terlalu banyak sutera.

"Anggur peram Jaring! 20 Rubi sebotol!"

Yaa, ini. Tapi aku sudah jemu dengan anggur peram Jaring. Aku teringin anggur peram dari Fajar. Seenak gadis-gadis cantik di sana! Heh.

"Ikan Bario! Ikan Bario! 90 rubi seekor!"

Ah bukan juga!

"Daging bakas! Murah daging bakas 6 rubi sahaja!"

Mabuk dengan bakas pun sedap juga. Eh sebentar.

Ikan bario? Bario? Ikan jenis apa?

"Ikan bario saudara. Sedap untuk santapan malam." kata lelaki berjanggut putih tersenyum.

"Ikan bario ini datang dari mana? Tak pernah aku mendengarnya." Kata Razlan yang terus datang ke tapak dagang lelaki berjanggut putih dan anak kecilnya yang sedang menyorok ke belakang lelaki berjanggut putih. Seperti anak kecil itu dalam keadaan takut kerana pertama kali berjumpa 4 lelaki berkuda dengan berpakaian besi iaini pakaian perang. Razlan memerhati tajam anak lelaki berjanggut putih.

"Oh maafkan saya saudara, anak saya tidak biasa dengan keadaan orang-orang di sini. Ikan Bario ini saya bawa bawa jauh dari Fajar, ia ikan jarang-jarang boleh kita dapat, dan hanya boleh diperolehi dari penduduk Samarahan." Jawab lelaki berjanggut putih.

"Samarahan?" balas Razlan.

"Ya, Samarahan." Jawab lelaki berjanggut putih lagi.

Aku tak pernah dengar yang Samarahan sudah ada penduduk. Mereka datang dari mana? Bukankah tempat itu sudah musnah seperti yang tercatat dalam sejarah lama? Jika Samarahan sudah ada penduduk, pasti tempat mereka sudah ada kerajaan atau ketua. Mengapa aku tidak tahu hal ini sewaktu aku datang ke Fajar dulu? Ikan bario ini mahal harganya. Pasti Samarahan sedang mengaut keuntungan dengan ikan mahal seperti ini.

Razlan berfikir sebentar dan tersenyum sinis.

"Tahan lelaki ini, dan anaknya! Bawa mereka ke ruang penghakiman di istana! Bawa ikan bario itu sekali!" arah Razlan kepada 2 orang bawahannya secara tiba-tiba.

"Tidakk! Mengapa?! Mengapa kami ditangkap?!!" tanya lelaki berjanggut putih berasa hairan dan takut apabila kedua lelaki berbaju besi datang menahan dia dan anaknya. Dia merasa pelik dan bertambah risau apabila anaknya mula meraung menangis.

"Jangan, jangan buat begini!? Apa salah kami??" jerit lelaki berjanggut putih lagi sambil diperhatikan oleh orang-orang di sekeliling.

"Kamu telah menjual barang dagangan yang dilarang!!" balas Razlan dengan kuat dan serta merta satu pasar besar Jaring menjadi senyap. Semua membisu tidak berkata apa-apa. Semua hanya melihat lelaki berjanggut putih, anaknya dan barang dagangan dibawa pergi.

Lelaki berjanggut putih tahu ada sesuatu yang tidak kena. Ini bukan kerana ikan bario!

***

"Hahaha. Setiausaha Razlan. Di mana berita baik itu?" kata Presiden Meng yang baru tiba ke ruang penghakiman.

Kelihatan lelaki berjanggut putih berlutut sambil Razlan sedang berdiri di sebelahnya. Razlan tersenyum menantikan Presiden Meng. Ruang penghakiman ini amat besar. Ia sebuah dewan dengan dihiasi patung-patung dan ukiran cantik yang diperbuat dari batu. Ruang penghakiman ini simbol keadilan kota Jaring.

"Hey! Sekarang kau ceritakan kepada Presiden apa yang kau tahu tentang Samarahan seperti yang kau beritahu tadi. Cepat!" jerkah Razlan kepada lelaki berjanggut putih. Lelaki itu dengan rasa gentar menceritakan semula kepada Presiden Meng.

Semua orang di dalam ruang penghakiman khusyuk mendengar tentang keunikkan Samarahan dari mulut lelaki berjanggut putih.

***

Bilik perbincangan kembali kecoh. Kesemua pegawai tertinggi Jaring termasuk Razlan dan Presiden Meng sedang berbincang selepas berita yang diceritakan dari soal siasat terhadap lelaki berjanggut putih. Mereka semuanya seakan tidak percaya yang Kota Samarahan itu wujud kembali.

"105 tahun Samarahan hidup tanpa berkerajaan? Mustahil. Tetapi itulah kebenarannya tuan-tuan sekalian!" kata Razlan menerangkannya.

"Kita patut lakukan penjelajahan ke Samarahan untuk menakluk tempat itu!" kata Razlan lagi seperti sedang memujuk Presiden Meng dan pegawai-pegawai tertinggi.

"Tetapi tempat itu amat jauh! Lebih jauh dari Fajar! Harga yang tinggi untuk menampung penjelajahan." Balas seorang pegawai tertinggi.

"Bertenang. Di sana banyak harta bernilai yang kita tidak tahu. Tetapi, ada perkara yang lebih aku khuatir dari itu tentang Samarahan." Kata Presiden Meng menenangkan keadaan.

"Apa dia Tuan Presiden?" tanya seorang pegawai tertinggi.

"Jika mereka boleh berdiri 105 tahun tanpa kerajaan. Bermakna mereka boleh mempengaruhi kota-kota lain untuk keluar dari taklukan dan pengaruh empayar kita!" jawab Presiden Meng. Razlan tersenyum. Dia tahu ini adalah peluang untuk meluaskan pengaruhnya.

"Tetapi kota itu hakikatnya tiada apa-apa, kotor dan berdebu, Presiden." Celah seorang pegawai tertinggi. Bilik perincangan kembali berbincang dengan pelbagai cadangan dan bangkangan. Masing-masing ingin menjadikan cadangan mereka jadi pilihan Presiden. Razlan dengan santai menutup telinganya dengan kedua-dua jari telunjuk.

"Sudah! Walaupun mereka tiada apa, kotor dan berdebu, aku tetap mahukan Samarahan. Mereka perlu bayar cukai kepada aku! Mereka perlu beri semua sumber mereka kepada aku! Dunia ini aku yang punya!" bentak Presiden Meng.

Seluruh bilik perbincangan sepi dengan bentak Presiden Meng. Diam membisu. Mereka tahu ini arahan dan kehendak Presiden. Mereka hanya perlu akur, jika tidak pasti ada hukuman untuk yang menentang. Razlan terus senyum sinis memerhatikan pegawai-pegawai tertinggi.

"Setiausaha." Kata Presiden Meng.

"Ya, Tuan Presiden." Jawab Razlan.

"Persiapkan pasukan penjelajahan. Kamu akan mengetuai penjelajahan ini. Pujuk rakyat Samarahan untuk mendirikan kerajaan di bawah kerajaan kita. Jika pujukan tidak berhasil, kau tahu apa yang perlu dibuat!"arah Presiden Meng dengan tegas.

"Menurut perintah tuanPresiden!" Razlan menjawab dengan senyuman.

OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAANWhere stories live. Discover now