Bab Tujuh

62 1 0
                                    

"Erwan! Nanti kau cuba tengokkan rumah makcik boleh? Selalu saja masuk air bila hujan. Entah lah. Nanti makcik bagilah sebuah dua biji buah gudran ni. Tengok kan ya?" Kata seorang wanita tua yang memimpin sebakul buah-buahan yang ditukar beli dari pasar.

"Baik baik. Makcik Tiara. Lepas saya naikkan sikit bata ni, saya boleh tengokkan rumah makcik pulak. Kena cepat yang ni. Ketua Diego nak siapkan dewan ni kalau boleh sebelum mulanya musim kemarau nanti."

Erwan ialah seorang lelaki kegemaran ramai di Samarahan Baru. Bukan sahaja gadis-gadis, malah pakcik-pakcik dan makcik-makcik juga senang dengan Erwan. Mukanya sedang-sedang. Tidaklah hodoh. Tidak pula terlalu segak. Namun sifatnya yang tidak henti menolong orang itu yang dia menjadi pemuda kegemaran Samarahan. Dia adalah di antara pemuda yang dipertanggung jawabkan untuk membangunkan semula Samarahan selepas separuh dari pekan itu ditenggelami bah besar beberapa tahun sebelumnya.

Sedang Erwan sedang khusyuk membetulkan batu di tapak pembinaan dewan itu, matanya terhenti pada satu kelibat, Olivia.

Memang benar, Erwan ialah seorang lelaki pujaan ramai gadis Samarahan. Tidak seperti lelaki lain, dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan kepada mana-mana gadis di Samarahan melainkan Olivia.

Olivia dan Erwan adalah dua orang rakan karib sejak kecil. Sahabat sepermainan. Kemana sahaja mereka akan bersama.

Tahun demi tahun, hari demi hari, mereka tidak lagi serapat dahulu. Olivia semakin taksub dengan kajiannya bersama Kris. Erwan pula sibuk dengan aktiviti pembinaan di sekitar Semarahan. Tiada siapa pun tahu hati yang tersimpan sekian lama itu.

"Wan!" Jerit seorang sahabat karib Erwan, Bodi menyentak Erwan dari lamunannya. "Tukul! Aku panggil kau dari tadi Wan." Erwan lalu menghulurkan sebatang tukul kayu kepada Bodi.

"Sudah lah Wan. Olivia tu cerita lama. Tak payah nak angau sangat. Kau dengan dia tu tak ubah seperti adik-beradik. Kau kisahkan dia bukan sebab kau suka sebenarnya. Kan?"

"Aku pun tak tahu lah Bodi." Balas Erwan pendek sambil membetulkan bata pada dinding.

"Ramai lagi gadis Samarahan Wan. Sarimah? Widya? Seri? Semua tu gilaan pemuda Samarahan Wan. Tapi diorang semua syok dekat kau Wan." Kata Bodi sambil mengetuk-ngetuk kayu.

"Bukan rupa yang aku cari. Aku dengan Olivia tu macam Bulan dan Matahari Bodi. Saling memerlukan."

"Kau tu tak faham ke Wan. Kau matahari. Dia Bulan. Dia kisah apa kau bagi cahaya? Dia masih membatu macam tu. Kau beri cahaya tak henti-henti. Dia bukan peduli. Bagi atau tak bagi, dia tak peduli. Tak faham ke Wan? Ingat Kris tu. Diorang dah rapat lama."

Erwan mendiam. Bodi kembali mengetuk-ngetuk kayu. Ada juga dia menjeling ke arah Erwan yang masih temenung melihat Olivia di hujung belah sana sedang sibuk menukar beli barang-barang.

Erwan kemudiannya menggelongsorkan badannya unuk turun dari atas dewan yang belum siap itu.

"Wan! Kau jangan cari pasal. Kau yang kecewa nanti. Dah naik balik. Kita siapkan dewan ni." Jerit Bodi.

"Kau cakap apa Bodi? Aku nak pergi tengok rumah Cik Tiara lah. Rumah dia bocor. Jiwang lah kau. Nak bekerja ke nak bercerita hal cinta? Sudah lah Bodi. Aku mana mungkin bercinta. Aku ni Erwan lah! Lelaki harapan dunia! Lelaki harapan Samarahan! Aku ingin menjadi seperti 6 pemuda terbaik Samarahan Lama!" Jerit Erwan pada Bodi. Jeritannya itu disambut dengan sorakan rakan-rakan mereka yang turut sama membina dewan itu.

"Bodoh! Aku cuba nak tenangkan kau. Aku kenal kau sangat Erwan. Kau suka sam.."

"Dah semua! Mari bekerja! Yuga, mari ikut aku ke rumah Cik Tiara. Kita bantu apa patut." Erwan memotong kata-kata Bodi lalu menggalas beg perkakasnya. Erwan meninggalkan tapak pembinaan itu dengan pantas. Yuga terkejar-kejar di belakang. Apabila sudah agak jauh dari kawasan itu, dia kembali memandang ke arah tapak pasar tadi.

Olivia sudah tidak berada di situ.

"Nak ke mana ni?"

Erwan terus tersentak mendengar suara yang amat dikenalinya itu. Dia lantas memandang ke arah hadapan. Olivia.

"Kau ada barang apa? Nak ditukar dengan tembikar ayah aku?" Tanya Olivia sambil menghulurkan sebuah tembikar tanah hasil buatan ayahnya.

Erwan bagaikan buntu.

"Alamak Oli. Aku tak ada apa nak ditukarkan. Aku sedang bekerja ni. Yang ada paku, tukul dan sedikit simen."

"Hmm, tukul mungkin dapat membantu. Aku agak perlukannya." Kata Olivia.

"Erwan, kau jangan cari pasal, kita ada satu tukul tu sahaja. Nak pergi rumah Cik Tiara ni." Bisik Yuga kepada Erwan.

"Tembikar dengan tukul. Boleh?" Tanya Erwan. Muka Yuga terus berubah.

"Boleh!"

Olivia memberi tembikar itu dan mengambil sebatang tukul dari tangan Erwan.

"Terima kasih Wan!" Kata Olivia senyum lalu meninggalkan mereka di situ.

Yuga memandang tepat ke muka Erwan. Erwan masih tersenyum.

"Jadi sekarang? Macam mana ni? Tak bercinta? Mana pemuda terbaik Samarahan? Nak pergi rumah cik Tiara ni tahu? Macam mana?"

Erwan masih mengelamun memandang ke arah Olivia yang berjalan ke arah kawasan rumahnya.

"Kau pergilah pinjam dengan Bodi tukul dia. Aku tunggu sini." Kata Erwan sambil tersenyum.

"Arghh! Mudahnya! Macam tu ja Wan? Macam tu?" JeritYuga menghentakkan kaki lalu berpaling semua berjalan ke arah tapak pembinaandewan dengan langkah yang laju. Mulutnya tak henti-henti terkumat-kamitmengeluarkan kata-kata tentang apa yang dilakukan Erwan.

OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAANWhere stories live. Discover now