Kris melipat kain alas tempat dia bersujud selepas mengabdikan diri pada Tuhan di Daour Kajian Tabie Alam miliknya dan Olivia.
Kris menggantungkan kain itu pada satu tali. Dia tepuk-tepuk kain itu untuk keluarkan habuk.
Pagi itu cuaca amat nyaman sekali. Angin selaan meniup-niup sejuknya embun pagi. Burung-burung terbang menyulam ranting-ranting pokok. Cahaya terik pagi mentari terus memancar ke arah muka Kris. Dia pejamkan matanya dan tarik nafas dalam-dalam.
"Kalau dunia ini sementara, kenapa Tuhan perlu wujudkannya? Ada sebab atas semua ini. Mesti ada sebab." Kris bermonolog sendiri.
Dapur itu sememangnya tempat kegemaran Kris. Dia sudah tidak ada siapa-siapa melainkan dapur itu dan Olivia sekeluarganya. Kris adalah salah seorang rakan kepada Olivia dan Erwan sejak kecil. Namun dahulu, dia bukanlah seorang yang banyak kehadapan. Berbicara tentang itu dan ini. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan mendiamkan diri. Berfikir. Dan banyak setuju dari bantah.
Ibu bapanya maut di dalam bencana banjir besar di Samarahan Baru beberapa tahun lepas ketika umurnya 17 tahun. Bapanya hilang ketika sedang sibuk memancing ikan untuk ditukar beli. Banjir besar itu telah menghanyutkan sampan yang dinaiki bapa Kris. Ibunya pula tidak dapat menerima berita buruk itu membuat keputusan mencari sendiri jasad suaminya itu. Di dalam cuaca buruk dan banjir besar itu, ibunya seorang diri menaiki sampan mencari suaminya.
Sesudah banjir semakin surut, warga pekan Samarahan akhirnya menjumpai dua jasad itu berhampiran sungai Benut.
Kris langsung tidak menunjukkan tanda sedih ke atas pemergian mereka. "Ini semua takdir Tuhan. Aku juga akan mati." Katanya.
Oleh kerana bapa Kris dan Pak Petak, bapa kepada Olivia, adalah kawan rapat, Pak Petak mengambil tanggung jawab menjaga Kris sejak dari hari itu. Kris dan Olivia mempunyai minat yang sama. Mereka jadikan rumah keluarga Kris itu sebagai dapur kajian bersama.
Sedang Kris sibuk termenung ke arah luar, matanya tiba-tiba tertumpu pada satu kelibat yang sedang berlari-lari anak menuju pusat kajiannya.
"Oh Olivia. Kenapa kelam kabut betul tu?"
Olivia tiba di pintu Pusat Kajian mereka dengan nafas yang laju. Peluh menitis-nitis. Kris membuka pintu dan menghulur sebuah cawan yang berisi air.
"Bawak berehat dulu Olivia. Kenapa dalam keadaan riuh ni?" Tanya Kris.
Olivia menyambut cawan itu dan meminum habis air dengan hanya sekali teguk. "Formula tu. Formula tu." Kata Olivia.
"Sabar dahulu. Rehat dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Dah tenang baru cerita." Kris mengambil semula cawan itu dan dia bawa ke dalam. Olivia masuk dan terus duduk di atas kerusi di hadapan pintu.
"Formula tu Kris. Bahan yang kita pakai selama ni tak betul! Tak tepat! Tanah tu. Bukan susunan litar atau apa sahaja!" Olivia bercerita juga di dalam keadaan yang kelam kabut.
"Maksud kau?"
"Kau tengok muka surat ni, baca apa dia kata dalam kitab ni. Di dalam nota ni."
'Tuhan itu Esa. Tuhan itu Satu.
Tuhan itu kuasa. Selamanya berkuasa.
Miliknya dunia ini hanya dia.
Dengan nama Mu.
Hari ini kami temukan dengan satu cerita jaya. Selepas bertahun mengkaji dan ingin membuktikan kebenaran. Minyak lautan itu kekalnya tidak seperti Maha Esa. Ketamakan itu akan hapus sekelip mata. Sumber bukan sebarang sumber. Aliran cas bukan sebarangan. Tidak semua bahan mampu mengangkut cas-cas. Harus cari lagi!'
YOU ARE READING
OLIVIA: KOTA TANPA KERAJAAN
AdventureKisah pengembaraan Olivia selepas kemusnahan dunia.