Prologue

40 0 0
                                    

Aku cuba buka mataku perlahan-lahan. Cubaan pertamaku gagal. Terasa kelopak mataku begitu sakit. Amat sakit. Kucuba lagi. Kali ini dengan lebih perlahan. Berjaya.

Namun jayaku hanya seketika. Suasana begitu gelap. Gelita. Aku tidak boleh nampak apa-apa.

'Dimanakah ini? ERGH...', keluhku. Aku cuba pula bangun tetapi kakiku seolah-olah digam ditanah. Tanganku juga seperti diikat sesuatu. Kuat dan sejuk.

Rupanya aku duduk diatas kerusi kayu yang mempunyai gari di bahagia kaki dan tangan. Soalan pertamaku terjawab.

"SIAL!! WEI! Siapa yang ikat aku ni! CIBAI BETULLAH!!" Aku mendengus. Perasaan marah, takut dan ingin tahu berbaur ketika ini.

Aku mahu menjerit lagi tetapi kedengaran suara dari sebelah. Terbatal niatku. Tidak berapa jauh suara itu dengan diriku. Anggarku. Suara perempuan yang seperti merintih.

Aku beranikan diri, "Siapa tu?"

Sunyi. Tiada sebarang tindak balas. Huh... sombong tetapi kejap... kalau manusia takpela. Kalau bukan... haih siallah!

Otakku mula berfikirkan yang bukan. Suasana yang gelap ini langsung tidak membantuku.

Peluh dingin mula menjajahi dahiku. Mataku meliar ke sana sini. Mencari punca cahaya walaupun sedikit. Hampa. Gelap gelita menyelimuti pandanganku.

Agak lama jugalah aku di dalam keadaan sebegitu apabila sebuah lampu spotlight menyerang tepat ke anak mataku. Aku terkaku sebentar sebelum menyesuaikan diri.

Rupanya rintihan tadi adalah daripada seorang gadis yang berpakaian sekolah. Tetapi pakaian sekolahnya agak aneh. Seperti sekolah elit. Sekolah orang-orang kaya.

Soalan keduaku juga kini terjawab. Namun terdapat puluhan soalan di benakku. Antaranya kenapa aku berada di sini dan apakah semua ini.

Aku perhatikan sekeliling. Terima kasih kepada spotlight itu pandangan aku sudah tidak terbatas. Terdapat sedozen... bukan berpuluhan orang yang sama sepertiku. Terikat di kerusi hukuman. Menakutkan.

Susunan kerusi itu seperti mengikuti susunan kerusi di sekolah. Kemas dan teratur.

Kulihat orang-orang yang senasib denganku itu. Ada yang sudah sedar dan ada juga yang masih 'tidur'.

"Sayang..."

Sial! Terkejut aku... suara itu sangat kuat seperti bercakap di microphone. Aku lihat sekeliling. Manusia yang bercakap itu gagal dikesan olehku.

"SAYANGKU semua... sila bangun!"

Nafasku turun naik dengan cepat...

"WAKEY, wakey, my darlings..."
Kedengaran ketawa gedik bercampuran sinis dihujungnya.

Babi sey... tak kelakar do... kat mana aku ni!?

The RedWhere stories live. Discover now