Awan bundar yang meniti di atas keping-keping kondisasi langit kita
Dengan si Columbidae yang terbang dengan sayap-sayap ampuh
Cukup untuk kita tahu bahawa hidup itu cuma wayang terindah
Yang bilamana kita ini dilantik menjadi boneka bercarta
Bahkan terlalu nekad dan terus-terusan membaca
Lalu bermimpi bersama angan-angan
Yang mungkin bukan untuk kita taruhkan dalam bioskop seantara dunia.
Memang, nasib kita dalam bernafas kadang-kala cukup bangsat
Mungkin, dalam pada kita menuntun langkah dan bertemu orang-orang naif
Juga membangsatkan kita dalam memberi harap tanpa tulang kata yang utuh
Lalu yang merasa perih dan jatuhnya itu adalah mereka
Yang secara terang menagih ruang untuk hidup dan berkongsi senyum tawa.
Tuhan,
Sejauh mana , sedalam apa pun yang Kau atur buat aku
Hingga hujung nyawa akan aku pulang semula
Mungkin juga akan ku lari sekitar dunia hanya untuk pulang
Hanya untuk memberitahu bahawa segala yang ada
Di luar atau pun di dalam setiap inci tubuh gedang ini cuma rekayasa yang gagal.
Tuhan,
Sehingga akhir nafas
Aku cuma mahu menjadi perempuan baik
Yang biar terjadinya itu kurang sempurna
Tapi aku berjanji aku akan balit semula
Menjadi lebih elok dari yang sebelumnya.
YOU ARE READING
QALB
Poetry" Berbekalkan kasihan dari Tuhan dan papan kekunci buat mereka bahasa basi. "