NAFAS DALAM WISMA

39 1 0
                                    

Pagi-pagi lagi aku gagahkan langkah 

Berjalan-jalan di tepi-tepi benteng seinci 

Gerabak-gerabak gergasi yang lalu menyapa

Dengan asap-asap kelat yang menterjah mata

Pandangan kelam dan kabut di pagi hari 

Begini ringkas tiap lembaran sebagai aku

Dalam mengisi masa-masa yang kekang 

Tanpa ada satu pilihan pun mahu berbuat apa 


Setiap hari aku bawakan diri sendiri 

Sekeping hati,sekeping percaya,sekeping tegar

Tak terkecuali sekeping kuat,sekeping sabar dan sekeping ikhlas

Sekeping hati yang aku bawa

Aku simpan kemas-kemas dalam dada

Sekeping percaya yang aku genggam 

Aku letak ketat-ketat atas yang pertama 

Bahkan yang seterusnya juga begitu

Di atas setiap lapis-lapis 

Yang aku tidak tahu rapuh dan tebal nya bagaimana

Aku lepaskan biar ia saling menampung dan menuntun


Sekeping kuat yang aku punya 

Aku titipkan bersama sekeping sabar 

Kerana aku tahu yang aku cuma biasa-biasa

Yang bisa jatuh bahkan mungkin kalau ingin bangun juga

Entah aku bisa berdiri, atau terus berbaring atau masih lagi bergelandangan

Jadi manusia itu bukan perkara yang mudah 

Jadi haiwan juga sama 

Tak apa, susah atau senangnya kita meniti jambatan retak


Kita masih hidup.






QALBWhere stories live. Discover now