TENANG SAYANG TENANG

29 1 0
                                    

Aku bermimpi melihat awan 

Yang dari arah utaranya gelap dan yang meniti di atas dahi terang


Aku juga bermimpi melihat burung-burung

Yang melalui aku mungkin sejengkal

Mungkin juga cuma mata aku yang tersimpul pandang

Lalu menganggap ia burung yang terbang aras mata aku saja


Istirehat lah nyawa

Apa yang aku lihat hari ini

Mungkin akan jadi apa yang aku pengen kamu lihat

Bahkan bau-bauan hamis air laut

Dari atas puncak Coromandel ini

Mungkin adalah pandangan kedua 

Lepas ekor mata kamu meniti aku

Yang tersenyum kerana ada kamu 

Selalu bukan sahaja pada lirikan fizikal

Malah kamu itu sebenarnya wujud

Dalam definisi sempurna aku yang melaut. 

QALBWhere stories live. Discover now