KAU DENGAN EGOIS YANG TERLALU

38 1 0
                                    

Hidup aku bukan cuma lukisan 

Yang  terlakar hanya bila ilham itu mendambakan

Terceliknya aku juga bukan semata untuk hidup

Atas satu dasar atau  satu garis 

Semata untuk mencintai dan dicintai.


Setiap saat mata aku telus memandang langit

Aku terfikir bahkan bertanya kan Tuhan 

Gimana akan nanti warna-warna hidup aku 

Apa mungkin warna nya penuh kelam 

Tercalit setiap keping dosa yang bilangnya itu 

Lebih dari keringat seharian kita sebagai manusia

Atau apa mungkin warnanya sombre

Kerana kasih Tuhan dan dijadikan dia 

Dari hidup terpuruk jauh dalam gelap 

Lalu disuluhkan cahaya yang lama-lama menghilang.


Persetankan saja egomu manusia hina

Hidup yang teratur bukan cuma melalu kasih

Bukan cuma melalui hal-hal sial yang lalu

Tapi kerana kita ini terlalu sombong

Untuk menulis dan menitip setiap ingin , ampun yang ampuh

Ke atas dahi langit.


Kerana terlalu ego

Untuk menjadi sebahagian imperfeksi manusia.


QALBWhere stories live. Discover now