Selepas penat mengajar Jang Mi menunggang basikal,Jung Kook masuk ke dalam rumah untuk berehat.Kelihatan isterinya sedang sibuk memasak didapur.
Dia tidak mahu mengganggu isterinya.Dia terus menuju ke bilik bacaan peribadi dia.
Kreek
Berkeriuk apabila pintu itu ditolak menandakan engselnya perlu diletak minyak.Niatnya ingin menyambung kerjanya yang tergantung seketika tadi namun sebaik sahaja dia lalu dihadapan rak buku nya,satu tiupan menerpa dirinya.
Lembut,halus dan penuh kerinduan...
Jung Kook memejamkan matanya lalu bibirnya menguntumkan senyuman.Dia menapak di hadapan rak buku itu.Matanya tertacap pada satu buku yang terletak di rak atas sekali.
Dia mencapai buku itu.Sudah berhabuk dan lusuh kulitnya.Hatinya diselubungi rasa rindu.
Ya...rasa rindu pada seseorang.Dia duduk di kerusi rehatnya.Buku lusuh itu dibuka,tulisannya masih boleh dibaca.
Dia mula membaca dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.Dia dapat merasakan yang... Dia sedang menemaninya membaca buku itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/50997053-288-k734343.jpg)
YOU ARE READING
Tears
FanfictionCerita mengenai seorang watak cerita dalam buku komik terkeluar ke dunia nyata atas suatu insiden.Jeon Jung Kook,remaja lelaki berumur 18 tahun anak kepada VIP dipulaukan disekolahnya hanya disebabkan dia seorang cucu kepada seorang Shaman.Lebih ter...