Kedengaran bunyi basikal yang dibawa oleh seseorang di hadapan rumah yang disewa khas untuk adik-beradik yang diberi nama UP10TION.Jinhoo keluar dari rumah untuk melihat apa yang berada di luar rumahnya.
Ternyata ianya ialah seorang penghantar surat.Dia memberhentikan basikalnya di hadapan pagar rumah Jinhoo."Jinhoo-ssi,ini surat daripada appa kamu."Katanya sambil mengeluarkan satu sampul surat dari bakul basikalnya.Lalu diberikan kepada Jinhoo.
"Oh,nae.Kamsahamnida."Kata Jinhoo sebelum menyambut surat itu dari tangan penghantar surat itu."Saya pergi dulu." Katanya sambil bersedia dengan basikalnya yang akan dipecut sebentar sahaja lagi."Nae.Baik-baik jalan."Kata Jinhoo.Penghantar surat itu tersenyum lalu menunggang basikalnya untuk pulang.
Jinhoo masuk ke dalam rumahnya selepas mengunci pintu pagar.Jinhoo duduk di atas kusyen manakala adik-beradiknya yang lain hanya menonton televisyen dengan gembira.Ada yang bergelak ketawa.Ada yang menonton drngan serius.Begitulah karenah adik-beradik yang dinamakan sebagai UP10TION.
Jinhoo mengoyakkan hujung sampul surat itu.Lalu dikeluarkan sehelai kertas yang dilipat kemas.Jinhoo membaca dengan teliti.
"Daripada:Appa
Kepada:Jinhoo dan adik-beradikAnnyeong,Jinhoo-ssi.Apa khabar kamu di sana?Bagaimana dengan adik-adik kamu?Appa harap kamu semua baik-baik saja.Appa ingin kamu semua supaya tidak lagi menuntut di Gyeongju Highschool.Appa dan omma rasa kamu tak sepatutnya belajar di situ.Jadi appa dah daftarkan kamu semua di sekolah yang berprestasi tinggi iaitu di Seoul Art Highschool.Appa harap kamu dapat belajar di sana lebih selesa dari Gyeongju Highschool."
Jinhoo mula tertanya-tanya mengapa appa dan ommanya mendaftarkan mereka di Seoul Art Highschool.Setahunya,mereka semua tidak pernah buat masalah di sana.Jinhoo mula mendapatkan pendapat adik-adiknya yang sedang leka menonton televisyen.
"Saeng."
Adik-adiknya seerentak memandang ke arah Jinhoo.Ada yang terkelip mata,ada yang memandang dengan jelas.Jinhoo memulakan perbincangan selepas memberikan surat itu kepada adik pertamanya,Kuhn."Appa mahu kita semua bertukar ke Seoul Art Highschool.Jadi bagaimana?"Adik-adiknya memandang ke arah Jinhoo tidak berkelip.
"Saya ikut sahaja.Jika itu keputusan appa kita tidak boleh membantah."Kata anak ketiga,Kogyeol.Kogyeol sememangnya anak yang mendengar kata sejak kecil lagi.Jadi tidak mustahillah dia tidak akan membantah setiap keputusan appa dan ommanya."Betul.Kita tidak boleh membantah.Kita perlu ikut sahaja."Kata Kuhn selepas habis membaca segala isi kandungan surat itu.
Namja yang berada di sebelah Kogyeol,Wei iaitu anak keempat membuka perbicaraan."Jadi besok kita kena membeli segala keperluan yang diperlukan. Uniform,kasut,buku dan lain-lain."Kata Wei.Semua mengangguk menandakan mereka mengiakan kata-kata Wei.
Tiba-tiba sahaja Kuhn memberikan surat itu kepada Kogyeol dengan cepat dan membuka depa tangannya."Ahh~ Besok kita akan keluar sepuas-puasnya!!!"Katanya.Kogyeol memandang pelik ke arah teman sebiliknya itu.Ternyata perangai Kuhn memang begitu sejak kecil.Bak kata orang putih,happy go lucky.
Kogyeol mengalihkan perhatian adik-beradiknya."Semua sambung menonton.Tidak perlu melayan hyung kita ni."Sebaik mendengar kata-kata Kogyeol,semua menyambung menonton televisyen.
《《《SKIP》》》
Pada malam itu,di bilik Jinhoo dan Wooshin,Wooshin sedang merebahkan diri di atas katil empuknya.Bukan niat untuk tidur sebaliknya menatap gambar yang berada di dalam telefon pintarnya.Skrin telefon pintar itu diusap-usap.Mungkin kerana terlalu rindu kepada gerangan yang berada di dalam gambar itu.
"Bogoshipeo..."
YOU ARE READING
My Secret Feeling (Malay FF)
FanfictionCast: Kim Woo Seok as Wooshin OC as Lee Sa Yoon Lee Dong Yeol as Xiao UP10TION as Wooshin's siblings Sinopsis: Wooshin seorang namja yang baik tetapi sejak kehilangan teman wanitanya,hidupnya jadi tidak terurus.Sehinggalah suatu hari,ketika pertama...