BAB 10

304 37 0
                                    

"Kenapa ni?Wooshin,cakaplah.Maybe I can help you." Kata Jinhoo sambil mengusap bahu Wooshin.Wooshin masih lagi tidak dapat menahan tangisan.Jarang dilihat namja menangis kerana cinta...Mungkin cinta Wooshin terhadap Sayoon sangat mendalam.Jinhoo hanya mengeluh lalu dipeluknya tubuh Wooshin erat-erat.Dibiarkan sahaja Wooshin menangis dalam dakapannya.

Kini Wooshin tidak dapat menahan lahi rasa sedih dalam diri.Walaupun hanya kerana Sayoon sudah berpunya,sampai begitu sekali keadaan Wooshin.Sudahlah sebelum ini rasa sedih kerana kehilangan Seolhyun,ditambah pula dengan perasaan kecewa dalam diri.Dia mula merasakan dunia ini betul-betul tidak adil!

《《《SKIP》》》
Pada waktu senja,semua sudah bangun dari bayangan mimpi masing-masing.Tetapi Wooshin pula yang masih tidur di dalam biliknya keseorangan.Mungkin sudah terlalu penat memikirkan keadaannya sekarang.Secara tidak sedar,Wooshin sudah terlelap dalam pelukan Jinhoo sebentar tadi.

Bagi Wooshin,Jinhoo ialah seorang abang yang sentiasa faham dengan perasaannya.Setia bersamanya walau dimana-mana.Tetapi keadaan hari ini masih belum diketahui Jinhoo.Hatinya amat pedih sekali.Hanya mendengar beberapa potongan ayat daripada mulut Xiao,sudah cukup membuatnya terasa sedih.

Pada masa yang sama,tujuh beradik sedang menonton televisyen bersama-sama.Manakala lagi dua beradik di dapur iaitu Kogyeol dan Hwanhee yang sedang menyiapkan makan malam.Memang itu tugas mereka berdua setiap hari,menyediakan segala makan minum adik-beradik.Mereka berdua telah diajar oleh omma mereka sejak kecil lagi.Tidak mustahillah jika air tangan mereka sama juga dengan omma mereka.

Tepat pukul lapan malam,Wooshin terjaga dari tidurnya.Digosoknya mata lentik itu puas-puas.Matanya masih lagi kelihatan kesan bengkak dan merah.Pasti banyak air yang bertakung semasa tidur.Wooshin mengorak langkahnya ke bilik air lalu membasuh muka.Selepas membasuh muka,dia memandang cermin yang berbentukkan segi empat tepat iu.

Wooshin memandang dirinya di dalam cermin agak lama.Tiba-tiba air matanya mula bertakung semula.Rasa sedih masih belum hilang dan tidak dapat ditinggalkan.Matanya dipejam rapat-rapat untuk mengelakkan air matanya mengalir ke pipi.Setelah air matanya mula berhenti bertakung,mata itu dibuka dan dibasuh dengan air.

Wooshin keluar dari bilik air lalu mencapai tuala di sebelah pintu bilik air itu.Dilapnya muka yang basah sehingga kering.Setelah memastikan seluruh mukanya bersih,barulah dia turun ke bawah menyertai adik-beradiknya menonton televisyen.

"Lambat hyung bangun."Tegur Xiao sebaik sahaja menyedari Wooshin yang sedang menuruni anak tangga.Wooshin tidak membalas.Berjalan dengan perlahan menuruni anak tangga.Tidak berani melihat wajah Xiao,takut-takut air matanya mula bergenang.Wooshin mengambil tempat di sebelah Jinhoo,abang kesayangannya.Jinhoo memandang Wooshin dengan lama."Wooshin,mata kamu merah dan bengkak."Kata Jinhoo.

Wooshin meraba-raba sedikit matanya.Teruk sangatkah dia menangis sehingga matanya bengkak sebegitu rupa?Wooshin sendiri tidak terfikir begitu.Hanya menonton televisyen lebih baik daripada disedari oleh adik-beradiknya.Jinhoo amat risau dengan keadaan Wooshin.Xiao juga tidak menyedari perubahan Wooshin,malah seperti tidak tahu apa yang terjadi pada Wooshin.

Tiba-tiba,rumah itu dikejutkan denga panggilan Kogyeol."Makan malam sudah siap!"Kogyeol kembali ke sapur untuk membuka apron yang dipakai.Mereka mula mengorak langkah ke meja makan.Paling lambat ialah Wooshin,berjalan dengan langkah-longlai.Lalu diambilnya temapt di sebelah Jinhoo.Pasti Jinhoo orangnya!

"Hyung,saya tiada selera makan.Boleh tak jika saya keluar sekejap untuk ambil angin?" Akhirnya Wooshin membuka mulutnya setelah lama berdiam diri."Nanti kamu lapar.Betul kamu tidak mahu makan?" Tanya Jinhoo.Dia amat risau dengan keadaan Wooshin yang sebegitu...

My Secret Feeling (Malay FF)Where stories live. Discover now