BAB 8

307 37 0
                                    

Wooshin dan Sayoon duduk di sebuah meja di ruang tengah perpustakaan."Tapi Wooshin,adik-beradik awak memang comel-comel kan semuanya? Memang sejak kecil lagi?"Tanya Sayoon sebaik sahaja duduk berhadapan dengan Wooshin.Wooshin berasa terkejut bercampur teruja.Sampai begitu sekali fikir Sayoon."Maybe.Awak rasa siapa yang paling comel?"Tanya Wooshin.Ingin mengetahui pendapat Sayoon.

"Perlukah awak tanya?"Sayoon menyelak satu per satu muka surat yang ada di dalam buku yang diambilnya sebentar tadi."Perlu.Saya mahu tahu siapa yang paling comel di antara kami."Kata Wooshin sambil menurut langkah Sayoon,membuka buku."Adalah."Sayoon tersenyum sumbing.Mungkin merahsiakan sesuatu.

"Sayoon!Beritahulah saya." Wooshin memuncungkan bibirnya sedikit seperti anak yang tidak dapat aiskrim daripada ibunya.Sayoon berasa geram melihat wajah Wooshinyang seperti kebudak-budakan."Nanti awak tahulah siapa.Jangan risau,awak akan tahu."Balas Sayoon.

Wooshin mengangguk dan mereka mula membaca buku yang diambil dari rak.Walaubagaimanapun, Wooshin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Sayoon. Ini kali pertama dia berdua sahaja dengan Sayoon tanpa dilihat oleh adik-beradiknya.

Setelah loceng tamat waktu rehat berdering dengan kuat,Wooshin dan Sayoon bangun dari kerusi dan memasukkan kerusi ke bawah meja.Diletakkan buku yang dibaca tadi ke tempat asalnya semula.Kemudian mereka mula membuka langkah masuk ke kelas.Setelah sampai di kelas,Sayoon duduk di tempatnya,begitu juga Wooshin.

Tempat duduk Xiao masih lagi kosong.Maka Sayoon hanya duduk berdiam diri dan memerhatikan keadaan sekeliling.Mungkin memikirkan sesuatu,mungkin juga tentang apa yang ditanyakan oleh Wooshin ketika di perpustakaan tadi.Jawapan masih tidak diberikan kerana takut rahsianya terbongkar.....

《《《SKIP》》》
Pada waktu pulang,Xiao berjumpa dengan abang-abangnya yang sedang menunggu di pintu kelas."Hyung baliklah dulu.Saya temankan Sayoon balik."Kata Xiao kepada Jinhoo."Nae.Tapi selepas hantar Sayoon balik,terus balik ke rumah.Jangan nak melencong mana-mana."Balas Jinhoo.Jinhoo sememangnya amat percayakan adiknya itu sejak kecil lagi."Nae,hyung."Xiao meninggalkan abang-abangnya dan menghampiri Sayoon.

Sembilan beradik itu mula membuka langkah meninggalkan kelas dan pulang ke rumah.Apabila tiba di depan pintu pagar sekolah,Wooshin yang sedang berjalan disebelah Jinhoo terlihat Xiao dan Sayoon.Xiao dan Sayoon yang sedang sambil berpegangan tangan dan dihayunkan.Mereka begitu gembira sekali.

Wooshin mula berasa cemburu.'Kenapa mereka berpegangan tangan?Ada sesuatu yang telah berlaku?'Kata hatinya.Daripada terus memandang,lebih baik menyambung perjalanan dan membuang pandangan ke arah Xiao dan Sayoon.Wooshin tetap mengikut Jinhoo kemana sahaja.

Di rumah,sembilan beradik itu hanya berdiam diri di dalam bilik.Mungkin kerana terlalu penat dan terus sahaja merebahkan diri serta melelapkan mata.Keadaan rumah menjadi sunyi sepi setelah siap makan tengahari.Hanya Wooshin yang masih berjaga.Jinhoo juga sudah mengurung diri dalam selimut.

"Agak-agak Xiao dah tidur ke belum?"Wooshin tertanya-tanya.Wooshin melihat ke arah Jinhoo. Setelah memastikan keadaan abangnya tidak terjaga,Wooshin bangun dari katilnya dan menuju ke pintu lalu memulas timbol pintu.Wooshin berjalan dengan perlahan-lahan meninggalkan abangnya.

Wooshin menutup semula pintu biliknya dan menuju ke bilik Xiao dan Hwanhee.Dibukanya sedikit pintu bilik itu dan menjenguk.Kelihatan Hwanhee juga berada di dalam selimut tetapi Xiao sedang bermain dengan telefonnya."Xiao." Wooshin memanggil Xiao dengan perlahan,takut panggilannya itu akan mengejutkan Hwanhee.

My Secret Feeling (Malay FF)Where stories live. Discover now