Jinhoo hanya memerhatikan Wooshin yang asyik memerhati kelakuan Xiao dan Sayoon.Sekali Wooshin terfikir apa yang dilihatnya,Xiao dan Sayoon tidaklah terlalu mesra seperti pasangan bercinta.Apa yang dilihatnya hanya bercakap tentang subjek matapelajaran.Sedikit pun tidak kena mengena dengan topik 'cinta'.Wooshin mula berfikir sejenak.
'Aku tidak rasa yang mereka bercinta.Baik aku tanya Sayoon nanti.'Kata hatinya.Tertanam hajatnya untuk mendapatkan penjelasan daripada Sayoon,jika mereka tidak menjalinkan hubungan maka Wooshin akan meluahkan segala isi hatinya.Mungkin Xiao mempermainkannya? Jika difikirkan semula,logik juga kerana Xiao seorang yang sangat nakal sejak kecil lagi.
《《《SKIP》》》
Pada waktu rehat,Sayoon tiba-tiba meminta Wooshin menemankannya ke perpustakaan sekolah.Xiao pula masih lagi ada hal yang tidak diketahui tujuannya.Ini peluang keemasan bagi Wooshin untuk mendapatkan penjelasan daripada Sayoon."Hyung,saya pergi dulu." Wooshin meminta diri kepada Jinhoo.Semasa Wooshin beredar,Jinhoo tersenyum sumbing ke arah Wooshin.Pasti Wooshin sangat gembira apabila Sayoon memintanya meneman ke perpustakaan.Jinhoo hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Di perpustakaan,seperti biasa Sayoon akan membelek buku di rak-rak yang berada di ruang tengah perpustakaan.Sayoon jarang rehat di kantin.Lihat pada potongan badannya,langsing sahaja.Pasti kurang makan makanan berat.Wooshin juga membelek buku tetapi dalam kepala mula merangka ayat yang mahu dikeluarkan sebentar lagi. Setelah Sayoon mula mengambil buku yang hendak dibaca,Wooshin juga turut mengikuti langkah Sayoon.
Mereka berdua duduk di meja yang mempunyai empat buah kerusi.Mereka duduk berhadapan antara satu sama lain.Wooshin mula membuka bicara."Sayoon-ssi,saya nak tanya something boleh?" Tanyanya.Sayoon yang baru sahaja membuka buku terus menutup semula bukunya dan memandang ke arah Wooshin. "Wae?" Wooshin menarik nafasnya dan dihembuskan dengan perlahan.
"Awak dan Xiao bercinta?" Tanya Wooshin.Akhirnya dilepaskan juga apa yang ingin ditanya.Sayoon memandang Wooshin dengan hairan dan pelik.Wooshin mula takut dengan pandangan Sayoon.Adakah dia tersalah cakap?Tiba-tiba Sayoon ketawa kecil.Suaranya begitu merdu sekali.
"Apa awak merepek?Saya dengan Xiao hanya chingu biasa!Tidak lebih dari itu." Balas Sayoon sebelum ketawa kecil lagi.Wooshin terpaku.Memang betul Xiao permainkannya! Wooshin mula geram dengan pandangan bengisnya,tangannya pula digenggam kuat-kuat bagi melepaskan geram.Perasaannya itu disembunyikan dahulu,masalah akan diselesaikan di rumah bersama Xiao nanti.
"Ohh...Saya ingatkan betul.Xiao yang cakap."Kata-kata Wooshin hanya dibalas dengan derai ketawa Sayoon sebelum membuka buku yang diambil tadi."Awak percaya sangatlah Xiao tu."Wooshin menggenggam sekali lagi tangannya.Berani Xiao permainkannya dengan perasaan.Air mata yang tumpah sebelum ini hanya sia-sia sahaja.
"Petang ni awak ada masa?" Tanya Wooshin.Dia ingin berjumpa dengan Sayoon untuk meluahkan perasaannya pula. "Ada.Kenapa?" "Saya nak jumpa awak petang ni boleh?" Sayoon mula berfikir sedalam-dalamnya untuk membuat keputusan. Omma dan appanya pula tiada kerana urusan luar."Boleh. Petang ni di taman,pukul 4 petang?"Sayoon sendiri menetapkan tempat dan masa tanpa diminta."Okay,set!"
《《《SKIP》》》
Di rumah,setelah makan tengahari,Wooshin terus memanggil Xiao tanpa disedari oleh adik-beradiknya yang lain. "Xiao,kamu mainkan hyung,kan?" Tanya Wooshin dengan muka marahnya. "Mainkan hyung?Apa dia?" Xiao hanya pura-pura tidak tahu.Sedangkan dia sudah membuatkan Wooshin menderita seharian."Kamu kata kamu bercinta dengan Sayoon?Tapi hyung tanya dia,dia kata tidak!"Kemarahan Wooshin mula meletus.

YOU ARE READING
My Secret Feeling (Malay FF)
FanfictionCast: Kim Woo Seok as Wooshin OC as Lee Sa Yoon Lee Dong Yeol as Xiao UP10TION as Wooshin's siblings Sinopsis: Wooshin seorang namja yang baik tetapi sejak kehilangan teman wanitanya,hidupnya jadi tidak terurus.Sehinggalah suatu hari,ketika pertama...