BAB 12

279 39 5
                                    

"Hyung tahu!"Kata Jinhoo sambil menepuk tangannya sekali kemudian menunjuk ke arah Wooshin.Wooshin yang jalan ceritanya terhenti seketika mulai hairan dengan perlakuannya itu."Apa yang hyung tahu?" Wooshin cuba bertanya,takut-takut kalau abangnya itu dapat mengetahui dahulu tentang apa yang ingin dikatakan.

"Cakap pasal Sayoon?Kamu sebenarnya nak cakap yang kamu sukakan Sayoon ,kan?" Pertanyaan Jinhoo membuatkan Wooshin mengukir senyumannya. Jika abangnya sudah tahu,tidak perlulah terangkan dengan panjang lebar lagi.Wooshin hanya mengangguk."Geuraeseo,hanya sebab itu kamu menangis? Nampaknya perasaan kamu itu sangat mendalam."

Jinhoo mula mengusik Wooshin,sedangkan Wooshin masih lagi serius menghadap Jinhoo.Tidak apalah,sekurang-kurangnya Jinhoo membuat hatinya tenang semula.Tiba-tiba Jinhoo terhenti daripada gelak tawanya."Chakaman,apa kena mangena dengan Xiao?"Baru sekarang Jinhoo tersedar.Mengapa Wooshin berjumpa dengan Xiao dan melibatkan Sayoon?

"Itulah.Saya belum habis terangkan lagi.Petang tadi,Xiao beritahu saya yang dia sudah menjalinkan hubungan dengan Sayoon."Wajah Wooshin yang tadinya gembira sedikit mula masam mencuka.Jinhoo pula serta-merta berubah riak wajahnya.Rupanya kisah itu tidak terhenti di situ.Ada lagi yang ingin diperkatakan."Ohh,patutlah kamu menangis ketika pulang ke bilik tadi.Mianhae,hyung tidak tahu."Jinhoo mula berasa bersalah.Sudahlah Wooshin serius,dia pula yang tiba-tiba menukar suasana.

"Kwencana,hyung.Saya dah mula rasa tenang sedikit."Kata Wooshin.Akhirnya tidak perlulah dipeluk lagi Wooshin sehingga membuatkan dia berhenti menangis."Bagaimana pula dengan Seolhyun?"Tanya Jinhoo sambil mengambil bantal dan meletakkan ke atas ribanya. "Seolhyun?Saya tetap tidak akan lupakannya.Saya dah berjanji tidak akan lupakan dia.Sayoon pula saya anggap sebagai pengganti Seolhyun."

Jinhoo menganggukkan kepalanya.Faham tentang perjanjian yang dilakukan oleh Wooshin dan Seolhyun.Dia boleh merasa walaupun tidak pernah bercinta dengan mana-mana yeoja.Hikmahnya,dapat juga dia membantu orang yang sedang mempunyai perasaan ini.Kebetulan pula adik kesayangannya.

"Baiklah,hyung faham.Tapi janganlah sampai tidak makan.Kamu tidak lapar?" Wooshin hanya menggelengkan kepalanya sebanyak tiga kali.Jinhoo faham dengan Wooshin.Dia juga tidak boleh dipaksa."Araseo.Kalau dipaksa,habis barang dalam bilik ini habis hancur.Okaylah,hyung nak turun dulu."Jinhoo mula bangun dari duduknya lalu menuju ke pintu.Wooshin kembali merenung ke luar tingkap.

Jinhoo sudah hilang dari pandangan.Wooshin pula hanya merenung ke luar dengan lama.Puas rasanya meluahkan segalanya pada Jinhoo.Tidak perlulah rasa kecewa lagi.Apabila difikirkan semula,bagaimana mahu ke sekolah pada esok hari?Bagaimana kalau dia terserempak dengan Sayoon? Harus mengelakkan diri?Atau hanya layan sahaja?Bagaimana kalau Xiao mula menuduhnya macam-macam?Fikiran Wooshin kembali buntu!

Pada keesokan harinya,seperti biasa Wooshin yang pertama bangun daripada tidur dan sudah duduk di meja makan bersama adik-beradiknya yang lain.Kali ini dia makan dengan banyak kerana malam semalam tidak makan apatah lagi disentuh.Hari ini,empat keping roti sudah dimakan.Air pula sehingga tiga kali ditambah.Tiada siapa yang menyedari perbuatan Wooshin,hanya Jinhoo yang memerhati.

"Kenyangnya..."Kata Wooshin dengan perlahan sambil mengusap perutnya.Jinhoo yang terdengar lantas memandang Wooshin."Siapa suruh tidak makan malam tadi?"Jinhoo kembali mengusik.Geram Wooshin mendengarnya.Kalau dia makan malam tadi,mungkin makanan itu hanya jadi tatapan sahaja.Dibiarkan tidak tersentuh.Rasa seperti mahu mencekik leher Jinhoo di hadapan adik-beradiknya.Lebih baik dibiarkan sahaja.

Apabila tiba di sekolah,Wooshin kurang memandang Sayoon dan Xiao di hadapannya.Jika terus dipandang mungkin Xiao dipanggil lagi dan menimbulkan perbalahan antara adik-beradik...

My Secret Feeling (Malay FF)Where stories live. Discover now