Setelah selesai membeli uniform yang dikehendaki,mereka semua pergi ke restoran yang terdekat untuk makan tengahari.Jinhoo mengarahkan adik-adiknya duduk di meja yang besar sementara dia,Kuhn dan Kogyeol membeli makanan.
"Siapa yang bayar semua ni?"Tanya Gyujin sebaik sahaja duduk di kerusi. "Tidak ada orang lain selain hyung kita itu." Kata Hwanhee sambil menuding jari ke arah Kuhn.Sebab itulah Kuhn sangat gemar keluar daripada tinggal di dalam rumah.Tiada masalah baginya kerana dia ada duit sendiri yang boleh menampung perbelanjaan adik-beradik.
Wooshin pula ralit memikirkan sesuatu.Ketika itu,Jinhoo duduk di sebelahnya.Jinhoo yang menyedari wajah Wooshin yang hanya muram sahaja.Lantas Jinhoo memegang erat tangan Wooshin."Wooshin,hyung tahu kamu masih rasa sedih sebab kehilangannya.Tapi kamu perlu kuat semangat.Mungkin lepas ini kamu akan jumpa yeoja yang sama sepertinya."Kata Jinhoo dengan nada suara yang perlahan supaya tidak didengari oleh adik-adiknya yang lain.
"Nae,hyung.Saya masih sayangkan dia sepenuh hati." Kata Wooshin sambil mengeluh dan menundukkan kepalanya ke bawah.Tangannya dibiarkan digenggam oleh Jinhoo,hyung kesayangannya itu.Jinhoo menepuk bahu Wooshin tanda meminta Wooshin bersabar dengan ujian yang dihadapinya. Pasti Wooshin sungguh perit melalui semua ini.
Kuhn dan Kogyeol datang membawa empat dulang makanan tengahari.Ketika itu,Jinhoo sempat membisikkan sesuatu ke telinga Wooshin."Bersabar.Kita makan dulu ya?" Wooshin kembali mengangkat kepalanya memandang makanan yang diletakkan oleh Kuhn dan Kogyeol.Kata-kata Jinhoo memberi semangat kepadanya untuk terus bersabar dengan kehilangan Kim Seol Hyun.
Mereka semua makan dengan berselera.Ada yang dengan gelojoh,ada yang sopan,ada yang mengikut adat appa dan omma mereka iaitu dengan cara makan secara sopan,tidak bercakap dan minum selepas makan sahaja. Begitulah kehidupan adik-beradik UP10TION.
《《《SKIP》》》
Pada malam itu,mereka semua berkemas untuk hari esoknya dimana mereka akan memulakan persekolahan di Seoul Art Highschool.Tiada seorang pun yang berada di hadapan televisyen.Mereka semua berada di dalam bilik masing-masing.Bunyi riuh rendah menguasai segenap ruang rumah.Dan selepas itu,mereka tidur dengan nyenyak.Rumah kembali senyap-sunyi.Pintu dan pagar sudah dikunci.Semua tingkap sudah ditutup.Semua lampu dimatikan kecuali lampu di bahagian tangga.Mereka perlu tidur secukup-cukupnya untuk tidak menjadikan hari esok adalah hari yang memenatkan...
Keesokan harinya...
Gerangan yang paling awal bangun ialah Wooshin.Dia bangun dari katil dan memaksa matanya supaya dibuka seluas-luasnya.Jika tidak,mungkin dia akan jadi orang yang terakhir untuk bangun.Wooshin mengambil tualanya yang disangkut pada ampaian mini yang berada di sebelah pintu bilik air.
Jinhoo masih lagi tertidur nyenyak.Mungkin penat kerana menguruskan segala jadual yang perlu dilakukan malam semalam.Wooshin masuk ke dalam bilik air lalu menutup pintu.Selang beberapa saat,Jinhoo pula terjaga dari tidurnya kerana terdengar bunyi pintu dihempas dengan kuat oleh Wooshin.Jinhoo pula memaksa matanya supaya tidak berasa mengantuk lagi.
Sepuluh minit kemudian,Wooshin keluar dari bilik air dan melihat Jinhoo tidur dalam keadaan duduk di atas katil empuknya itu.Wooshin cepat-cepat meluru ke arah Jinhoo dan mengejutkannya."Hyung.Bangun."Wooshin cuba menggoncang bahu Jinhoo. Jinhoo tersedar dari tidurnya."Hmm?Aigoo~tertidur pula..."
Jinhoo lantas bangun dari katil dan mengambil tualanya pula lalu masuk ke dalam bilik air.Wooshin hanya tersenyum melihat telatah hyungnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Secret Feeling (Malay FF)
FanfictionCast: Kim Woo Seok as Wooshin OC as Lee Sa Yoon Lee Dong Yeol as Xiao UP10TION as Wooshin's siblings Sinopsis: Wooshin seorang namja yang baik tetapi sejak kehilangan teman wanitanya,hidupnya jadi tidak terurus.Sehinggalah suatu hari,ketika pertama...