BAB 9

267 31 0
                                        

Xiao memusingkan badannya ke belakang untuk melihat siapakah yang memanggilnya.Ternyata ianya abangnya,Wooshin."Nae?"Xiao mencabut earphone dari telinganya.Memberikan perhatian terhadap Wooshin lebih baik daripada terus memasang objek itu di telinga.Wooshin membuat isyarat tangan menandakan yang Xiao perlu keluar dari bilik itu.

Xiao hanya menurut lalu berlalu meninggalkan Hwanhee yang sedang nyenyak tidur.Xiao meenutup pintu dan menurut langkah Wooshin turun ke bawah.Mereka berdua duduk di sebuah meja kayu yang berada di halaman rumah.Tidak duduk di dalam rumah kerana takut mengganggu adik-beradik yang lain.

"Waeyo,hyung?"Tanya Xiao sebaik sahaja duduk di atas kerusi kayu itu.Tidak pernah Wooshin memanggilnya pada waktu-waktu begini.Mesti ini apa yang ingin dikatakan oleh Wooshin sangat penting,fikir Xiao.Wooshin membetulkan posisinya menghadap Xiao yang menunggunya lalu dibuka perbincangan."Hyung cuma mahu tahu sesuatu."Pada riak wajahnya,kelihatan Wooshin seperti teragak-agak.

"Apa yang hyung mahu tahu?"Tanya Xiao.Betul lagi sahih.Ini memang perkara penting yang ingin dikatakan kepadanya."Ermm...Hyung mahu tahu...Apa hubungan kamu dengan Sayoon?"Apa yang terbuku di dalam hati Wooshin akhirnya terluah juga.Xiao memandang Wooshin agak lama sekali.Itu yang ditanyakan kepadanya?

"Kenapa hyung tanya?"Xiao sengaja tidak membalas pertanyaan Wooshin.Ingin mengetahui sebab mengapa soalan itu ditanya."Hyung mahu tahu sahaja.Salah?"Wooshin menyembunyikan niat sebenarnya.Tidak mahu diketahui Xiao."Entah-entah hyung suka dia?"Xiao mula mengusik.Memang perangainya yang suka mengusik terkenal sejak kecil lagi.Bukan sahaja mengusik,malah nakal dan tidak mendengar kata!

Wooshin terdiam.Dia mahu menjawab 'Ya' atau 'Tidak'? Soalan Xiao bagaikan soalan yang amat susah dalam hidupnya.Xiao tersenyum sumbing memandang Wooshin.Puas rasanya mengenakan abangnya itu."Hyung,kenapa senyap?"Xiao bertanya lagi.Bagaikan tidak berhenti menanyakan soalan.

Setelah berfikir,Wooshin membuat keputusan untuk berkongsi rahsia peribadi dan isi hatinya kepada Xiao."Actually,I like her very much." Wooshin meluahkan perasaannya betul-betul di hadapan adiknya sendiri! Pada mulanya,dia berfikir rahsia itu akan dikongsikan bersama Jinhoo.Sebaliknya,Xiao orang yang pertama menjadi pendengarnya.

"Okay.Hyung suka dia?Tapi hyung dah terlambat.Kami dah menjalinkan hubungan.Lebih daripada kawan."Kata-kata Xiao membuatkan hati Wooshin pecah serta-merta.Tidak sangka pula Xiao terlebih dahulu sudah merebut tempatnya untuk menjadi namja chingu Sayoon! "Jeongmalyo?Oh,hyung dah terlambat rupanya.Kwenchana,kalau dia sudah ada kamu hyung tidak boleh menghalang."Suara Wooshin kedengaran sedikit mendatar.

"Mianhae,hyung...Kalau saya tahu dari awal,saya tidak akan buat begitu."Wajah Xiao kelihatan penuh rasa serba salah.Tidak sangka juga abangnya menyimpan perasaan terhadap Sayoon.Wooshin memaksa bibirnya untuk mengukir senyuman."Kwenchana.Okaylah,hyung nak masuk bilik dulu.Mahu tidur."Wooshin mula bangun dari kedudukan dan menolak kerusi kayu itu ke bawah meja.

"Nae,hyung."Xiao ditinggalkan keseorangan.Memikirkan perasaan abangnya yang mungkin kecewa dengan tindakannya.Xiao mula bangun dan berlalu meninggalkan halaman rumah yang penuh dengan tanaman hijau itu.

Wooshin masuk ke biliknya,kelihatan Jinhoo sudah duduk di atas katil.Mesti nyenyak tidurnya.Semasa Wooshin berjalan untuk ke katilnya,air matanya mula bertakung dan tunggu masa untuk tumpah sahaja.Berjalan pula dengan perlahan.Jinhoo yang sedang mengelap mukanya denga tuala itu menyedari perlakuan pelik sedikit di matanya.

"Wooshiniya,kenapa ni?"Jinhoo mendapatkan Wooshin.Kelihatan air mata Wooshin sudah tumpah mengalir ke pipinya."Wooshin."Jinhoo mendudukkan Wooshin di atas katil sambil tangannya berada di bahu Wooshin.Wooshin kelihatan sebak menahan tangisan.

My Secret Feeling (Malay FF)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang