Hwanhee menyapa namja itu dengan lembut."Mianhae.Boleh saya duduk sini?"Tanya Hwanhee sambil tangannya sedang menyentuh kerusi plastik itu.Namja itu mengangguk dan tersenyum."Boleh.Duduk sahaja."Katanya.Tanpa berlengah,Hwanhee terus duduk di situ.Takut-takut jika Xiao mendapat tempat itu dahulu.
Hanya tinggal satu tempat kosong sahaja lagi iaitu di sebelah seorang yeoja.Xiao mengambil keputusan untuk mengambil tempat sebelahnya.Seperti Hwanhee,Xiao turut menyapa yeoja itu dengan lembut."Ahh...Mian.Boleh saya duduk sini?"Tanya Xiao sambil memandang ke arah yeoja yang berambut panjang dan lurus itu. "Nae.Duduklah."Kata yeoja itu sambil tersenyum.Xiao menarik kerusi plastik itu lantas duduk di atasnya.
Setelah mendapat tempat duduk masing-masing,mereka mula mengeluarkan buku yang telah dibeli semalam.Siapa lagi jika bukan Kuhn yang membayar semua bil buku itu?Mungkin beribu-ribu won juga!
《《《SKIP》》》
Pada waktu rehat,Xiao mula bangun dari tempat duduknya dan mengemas barang-barangnya serta dimasukkan ke dalam beg.Setelah itu,dia meminta diri kepada yeoja itu untuk keluar bersama abang-abangnya."Sayoon,saya pergi dulu okay." Xiao mula menolak kerusinya dan memasukkan ke bawah meja."Xiao."Tiba-tiba yeoja yang dikenali dengan nama Sayoon itu menegur dan membuatkan Xiao memberhentikan langkahnya."Nae?"
"Boleh saya ikut kamu semua dan rehat sama-sama?"Tanpa segan silu,Sayoon menanyakan kepada Xiao.Xiao tidak membantah malah tersenyum tanda sangat mengalu-alukan kehadiran Sayoon."Boleh.Kajja." Xiao keluar dari kelas itu dan diikuti oleh Sayoon di belakangnya.
Di kantin,Sayoon hanya duduk sahaja di sudut paling tepi sekali.Mungkin kerana segan.Mana tidaknya,dia dikelilingi dengan namja-namja yang baru sahaja dikenali."Jadi,nama awak siapa ya?"Tanya Gyujin.Jelas.Gyujin mahu memulakan perangai lamanya.Iaitu cuba untuk mengambil hati Sayoon.
"Oh.Lupa pula mahu perkenalkan diri.Lee Sa Yoon imnida.Boleh panggil saya Sayoon.Saya dari Gwangju."Kata Sayoon sambil tersenyum.Ketika itu,Wooshin tersentap.Setahunya,Gwangju ialah tempat kegemaran Wooshin untuk dikunjungi.Sejak kecil lagi,apabila appa atau ommanya ada urusan kerja di Gwangju,tidak sah jika Wooshin tidak ikut sama.Tiba-tiba khayalannya diganggu oleh si adik.
"Awak ada nombor telefon?" Tanya Gyujin.Sebelum sempat Sayoon menjawab pertanyaan itu,Wei terlebih dahulu memulas cuping telinga milik Gyujin.Gyujin mengerang kesakitan akibat apa yang dilakukan oleh teman sebiliknya itu."Arghh!!Sakit,hyung!"Gyujin mengerang lagi.Wei mula melepaskan pulasannya kerana rasa kesiannya pada adik kesayangan.
Walaupun perasaannya begitu,Wei tetap marah dengan sikap adiknya itu."Can you stop it? Buanglah perangai lama itu." Kata Wei dengan geram."I'mm just kidding." Kata Gyujin sambil mengusap telinganya yang naik merah itu."Mianhae,Sayoon-ssi." Gyujin memandang Sayoon dengan rasa bersalah."Kwenchana."Sayoon tersenyum.
Ketika itu,Xiao datang membawa air yang dipesan oleh Sayoon.Diletaknya air itu betul-betul di hadapan mata Sayoon."Gomawo."Sayoon menghirup air itu menggunakan straw.Ketika Wooshin leka memandang Sayoon.Jinhoo memandang pula Wooshin dan bersilih ganti memandang Wooshin dan Sayoon."Wooshin,kenapa pandang Sayoon begitu?" Pertanyaan Jinhoo membuatkan Wooshin tersedar dari pandangannya.
"Aniya."Wooshin menafikan supaya tidak diketahui Jinhoo.Mungkin suatu perasaan sudah dirasai oleh Wooshin ketika itu...
YOU ARE READING
My Secret Feeling (Malay FF)
FanfictionCast: Kim Woo Seok as Wooshin OC as Lee Sa Yoon Lee Dong Yeol as Xiao UP10TION as Wooshin's siblings Sinopsis: Wooshin seorang namja yang baik tetapi sejak kehilangan teman wanitanya,hidupnya jadi tidak terurus.Sehinggalah suatu hari,ketika pertama...