"Bogoshipeo..." Wooshin mengusap skrin telefon pintarnya lalu memejamkan matanya.Mengingat kembali memori bersama.
Gerangan itu ialah Kim Seol Hyun.Yeoja chingu yang amat disayangi.Malang sekali,Seolhyun meninggal dunia akibat penyakit barah otak.Hidup Wooshin menjadi tidak terurus apabila mengetahui Seolhyun menghidapi penyakit tersebut.Kata-kata terakhir daripada Seolhyun masih terngiang-ngiang di benak fikiran Wooshin.
"Jangan lupa memori kita bersama.Jaga diri awak baik-baik.Jangan lupakan saya.Saya harap lepas ini awak dapat yeoja yang lebih baik daripada saya.Kalau awak nak tahu,awaklah namja yang saya sangat sayang sepenuh hati saya."
Air mata Wooshin mengalir setiap kali mengingatkan kata-kata itu.Ketika itulah Wooshin berasa yang dunia ini tidak adil. Mengapa Tuhan tidak mengambil nyawa orang lain?Mengapa nyawa yeoja cingunya juga yang mahu diambil?Wooshin buntu memikirkan semua itu.
Keesokan harinya...
10 orang adik-beradik itu pergi ke butik uniform yang berada di bandar Seoul.
"Wah!!!"Mereka kagum apabila melihat baju-baju uniform yang tergantung di seluruh sudut butik itu.Pelbagai jenis,saiz dan warna.Amat cantik sekali.Mereka mula memilih baju khas yang hanya untuk Seoul Art Highschool.Kemudian dibelek dan dicuba.
Sunyoul cuba untuk memadankan saiz baju yang dipengang dengan badannya sendiri.Dirapatkan baju itu pada tubuhnya lalu berdiri di hadapan cermin.Tiba-tiba sahaja Bitto berdiri di belakangnya dan memerhatikan apa yang Sunyoul lakukan."Baju itu nampak besar." Kata Bitto.Sunyoul mula menjeling Bitto yang berdiri di belakangnya.Bitto tersenyum dan menyambung,"Badan awak tu kecil.Saiz itu besar!"
Sunyoul mula berasa rimas dengan kehadiran Bitto."Haish... Diamlah!Macamlah awak itu tinggi sangat!"Katanya.Bitto mula menjauhkan diri daripada Sunyoul.Jika tidak,habis dikoyaknya baju yang dipegang tadi.
Wooshin baru sahaja selesai menukar baju uniformnya dan berdiri di hadapan cermin.Dia membetulkan kolar bajunya. Fikirannya tiba-tiba sahaja kembali ke memori lama.
3 bulan yang lepas...
Wooshin berdiri di hadapan cermin sebaik sahaja selesai menukar baju uniformnya.Tiba -tiba pintu bilik salinan itu diketuk."Awak,dah siap atau belum?" Tanya Seolhyun yang setia menunggu di hadapan bilik salinan.Sebaik sahaja mendengar suara Seolhyun,Wooshin membuka pintu bilik kecil itu.
Seolhyun masuk ke dalam bilik salinan itu dan menutup pintu."Okay?"Wooshin cuba menggayakan dirinya di hadapan Seolhyun."Okay.Kacak sangat."Kata Seolhyun sambil membetulkan kolar baju Wooshin.Dia juga tersenyum apabila melihat Wooshin menggayakan dirinya begitu.
Wooshin mula bermasam muka.Mungkin kerana sedih."Alangkah bagusnya kalau saya dapat beli uniform ni."Kata Wooshin."Jangan risaulah. Awak akan dapat baju ni.Biar saya yang bayar."Kata Seolhyun.Wooshin terkejut bertambah rasa teruja apabila mendengar kata-kata Seolhyun."Jinjja? Biar betul awak ni.Kwenchana,menyusahkan awak saja."
Seolhyun tersenyum lagi.Bertuah kerana dia tidak mempunyai namja chingu yang mementingkan diri sendiri.Tapi dia tetap mahu menolong Wooshin."Kwenchana,Wooshin-ah.Saya belanja,okay?"Kata Seolhyun sambil tersenyum.
Tiba-tiba Wooshin memeluk Seolhyun dengan erat.Seolhyun hanya membalas pelukan Wooshin.Wooshin membisikkan ke telinga Seolhyun,"Gomawo,Seolhyun-ah.Bertuah saya dapat yeoja chingu macam awak."Kata Wooshin."Saya pun rasa bertuah dapat namja chingu macam awak,Wooshin."Kata Seolhyun sebelum mengeratkan lagi pelukannya.
Kembali semula alam realiti...
Wooshin menggelengkan kepalanya."Hajima.Boleh menangis aku nanti."kata Wooshin lalu menukar bajunya semula.
YOU ARE READING
My Secret Feeling (Malay FF)
FanfictionCast: Kim Woo Seok as Wooshin OC as Lee Sa Yoon Lee Dong Yeol as Xiao UP10TION as Wooshin's siblings Sinopsis: Wooshin seorang namja yang baik tetapi sejak kehilangan teman wanitanya,hidupnya jadi tidak terurus.Sehinggalah suatu hari,ketika pertama...