BAB 4

394 40 3
                                    

Sementara Jinhoo membersihkan diri selepas bangun dari tidurnya,Wooshin menyiapkan diri dengan memakai uniform yang dibelinya semalam.Wooshin masih lagi teringatkan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut mendiang yeoja chingunya.

Sepuluh minit kemudian,Jinhoo keluar dari bilik air dengan rambutnya yang masih basah.Jinhoo juga menyiapkan diri untuk pergi ke sekolah baharu mereka sebentar lagi. Wooshin turun ke bawah untuk mangambil sarapan.

Di meja makan tersebut,pelbagai jenis sarapan sudah terhidang dan tersusun dengan kemas.Di situ,semua penghuni rumah sudah berkumpul kecuali Jinhoo dan Wooshin.Wooshin mengambil tempat di sebelah Xiao yang sedang menikmati sekeping roti.

"Hari ni our first day.Jadi,kita kena bersedialah."Kata Wei sebagai pembuka perbicaraan.
Yang lain hanya mengangguk tanda mengiakan kata-kata Wei. Terlalu jarang mereka mendengar adik-beradik mereka bercakap dalam bahasa inggeris kecuali Wei.Semasa kecil,Wei pernah mengikut appa mereka berhijrah ke United States of America(USA).Kerana itulah Wei sangat pandai bahasa inggeris di antara adik-beradiknya yang lain.

Jinhoo menuruni anak tangga untuk pergi ke meja makan.Sesampai sahaja di meja makan,Jinhoo mengambil tempat disebelah Wooshin yang sedang menikmati teh panas yang dihidangkan oleh Hwanhee.Jinhoo pula sama seperti Wooshin,mengambil secawan teh panas dan mengirupnya dengan perlahan.

Tiba-tiba Jinhoo mengangkat tangannya tanda memerlukan perhatian daripada adik-adiknya.

"Attention please!"Semua memandang ke arah Jinhoo. "Today is our first day.Hyung nak kamu semua jaga kelakuan masing-masing.Kuhn,jangan mahu tunjuk gangster sangat.Kogyeol,jangan mahu tunjuk perangai kamu yang seperti yeoja.Wei,jangan selalu bercakap dalam bahasa inggeris.Bitto,jangan tunjuk comel sangat sebab nanti mungkin kamu akan dikepung.Wooshin..."

Jinhoo terhenti sebaik sahaja memikirkan masalah yang dihadapi oleh Wooshin.Wooshin hanya mengunci mulutnya supaya memberi peluang untuk Jinhoo mengatakan semuanya.Jinhoo menyambung,"Wooshin,jangan selalu tunjuk muka yang masam."Kata Jinhoo seraya menepuk bahu Wooshin.

"Sunyoul,jangan merendah diri. Gyujin,jangan selalu mahu mengorat yeoja-yeoja.Hwanhee,althought you are small,jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain.Xiao,jaga adab kamu.Kamulah yang paling nakal sekali."Jinhoo mengakhiri kata-katanya dengan memberi nasihat yang dtekankan kepada Xiao.Xiao hanya mengangguk sambil tersenyum malu.Mereka menyambung menikmati sarapan pagi.

《《《SKIP》》》
Di kelas yang sudah ditetapkan,kelihatan seorang guru sedang masuk ke dalam kelas dengan membimbit sebuah beg tangan dan membawa beberapa buah buku di tangannya.Semua barang-barang itu diletakkan di atas meja sebelum mengorak langkah ke hadapan kelas.

"Okay,hari ini kita semua ada sepuluh orang pelajar baru yang berpindah dari Gyeongju Highschool."Kata guru tersebut atau dikenali sebagai Mrs. Park. "Sila masuk."Mrs. Park berdiri di sebelah mejanya untuk memberi ruang kepada sepuluh beradik itu.Gerangan yang pertama masuk ialah Wei dan diakhiri dengan Kuhn.

"Annyeonghaseyo,kami adik-beradik dari Gyeongju Highshool.Jinhoo imnida."Jinhoo memulakan perkenalan dirinya dan mula menunjuk ke arah setiap adik-adiknya satu persatu. "Yang dihujung sana ialah Kuhn,Kogyeol,Bitto,Wooshin,Xiao,Hwanhee,Sunyoul,Gyujin dan Wei."Setiap kali nama mereka disebut,pasti menunduk tanda hormat kepada pelajar kelas itu. "Annyeonghaseyo!"Mereka memberikan ucapan serentak sambil tersenyum.

Mrs. Park mula membuka langkah sedikit demi sedikit."Baiklah,kamu semua boleh mengambil tempat yang kosong.Memang cukup-cukup untuk kamu semua."Kata Mrs. Park seraya menunjuk ke arah tempat kosong yang berada di sudut belakang.

Jinhoo dan Wooshin duduk bersama,begitu juga dengan yang lain.Kuhn dengan Kogyeol,teman sebilik yang sangat rapat.Wei dan Gyujin,teman sebilik yang selalu merayau entah kemana.Sunyoul dan Bitto,adik-beradik yang sentiasa bergaduh. Namun Hwanhee dan Xiao tidak dapat duduk bersama kerana ada dua tempat kosong yang berlainan kedudukan.

My Secret Feeling (Malay FF)Where stories live. Discover now