Part 1

1.2K 17 0
                                    

'Ewah ewah kemain lagi mamat ni. Dia ingat suara dia sedap. Dia ingat dia boleh lawan Shinhwa nyanyi lagu tu. Rasa nak baling kasut pun ada tapi sabar Diana. Sabar.', Diana mengomel sendirian tatkala Ifkar Zulkarnain menyanyikan I Gave You versi akustik. Nasib baik tu lagu tu memang sedap. Boleh jugak sing along walaupun tengah menyampah tengok Ifkar tersengih sengih macam kerang busuk.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. And she's kinda amazed dia masih berdiri. Penat wei jadi pengantin. Dah lah baju ni panas pastu rimas pulak kena tempek mekap situ touch up mekap sini. Nak kena control ayu pulak tu. Adeh leceh betul. Nasib baik dah habis. Boleh balik bilik dah.

"Ma, Pa. Diana balik bilik dulu boleh ? Penaaat."

Diana buat muka mengada. Encik Adam cuma mampu mengangguk. Bibirnya terulas senyum. Dah kahwin pun manja lagi. Macam mana lah anak aku ni. "Jangan lupa suami awak tu.", Mama dah sibuk panggil Ifkar suruh balik sekali. Ye lah. Dah namanya suami isteri. Kalau tak sepasang, tak boleh jadi.

Ifkar datang menonong dipanggil ibu mertuanya. "Kenapa, Ma ?" Sambil mata berkelip kelip, riak mukanya jelas kelihatan penat. "Diana nak balik bilik. Ifkar pergi sekali. Kat sini biar Mama dengan Papa handle." Mama dah tolak tolak mereka berdua ke arah pintu. Diana buat muka toya. Kena mengadap mamat ni lagi. Heiii.

"Okay Ma thanks !" Ifkar dah tarik tangan Diana. Suite pengantin dengan hall takdelah jauh mana. Keluar hall pergi kanan then ikut je trail sampai lah dekat rumah kecik kecik comel sekampung macam kat oversea tu. 'Cantik betul tempat ni.', detik hati Diana.

Resort tu milik kawan Papa, Doktor Sulaiman. Resort yang takdelah besar mana tapi jadi pilihan kalau nak buat family day or wedding or event event yang melibatkan outdoor activity sebab resort ni ala ala eco-dusun. Untuk wedding, ada satu hall yang boleh memuatkan 400 tetamu pada satu masa and boleh pilih nak tema apa then untuk pengantin disediakan satu suite dan boleh tambah bilik for families yang stay.

Catering semua disediakan. Basically just datang bawak baju pengantin and mak andam, pakai cantik cantik then masuk hall bersanding lepas tu layan tetamu, sharp pukul 11 malam boleh balik. Biasanya boleh pilih nak sewa hall either pukul 12 sampai 5 or pukul 6 sampai 11.

Sebab Mama yang plan everything, Diana cuma perlu bawak badan dan senyum. Senyum. Senyum. Senyum. Berjuta kali jugak Mama ingatkan suruh senyum. Sebab awal awal tadi Diana tengah bad mood sebab leceh tapi lepas jumpa kawan kawan Diana happy lah jugak. Dah lama betul tak sembang dengan diorang. Segan lah jugak sebab kena usik tapi Diana okay.

Cuma agak penat sebab ramai tetamu. Tapi Diana tak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kawan Papa dan Mama. Dia tidak mahu ada yang berfikiran anak Encik Adam tidak punya budi bahasa. Diana sedar dia harus melayan mereka dengan baik kerana tetamu yang datang itu mendoakan kesejahteraan rumah tangganya dengan Ifkar. Yang dia sendiri tidak pasti, bahagia atau tidak.

Leka Diana melayan fikirannya sendiri. Hampir terlupa tangannya digenggam si Ifkar. Dah lama lah jugak sebab dah nak sampai bilik ni. Eh eh suka hati mamat ni pegang pegang pulak. Aku pulak menonong je ikut dia.

"Awak. Tak payah lah pegang tangan saya." Ifkar buat buat tak dengar. "Awak ! Tak payah pegang tangan saya. Saya boleh jalan sendiri lah !" Diana meninggi suara. Pergelangan tangannya yang merah direntap lepas dari pegangan Ifkar digosok gosok. Ifkar pandang Diana terus ke anak mata. Seolah dia tak faham kenapa.

Diana hanya merengus sebelum meneruskan langkah. Tinggal Ifkar terkulat kulat mengikut di belakang. Namun dia cuba memahami. Mungkin Diana penat. Dia teruskan langkah sambil memerhati susuk tubuh isterinya dari belakang. Berharap dapat jawapan entah kenapa isterinya begitu marah.

Sampai di suite pengantin, Diana speechless. 'Siapa pulak pandai pandai pi tabur bunga kat sini. Dah lah aku dengan mamat ni. Jangan dia macam macam sudah.' Diana terus duduk depan meja solek. Nak bukak tudung, bukak baju, mandi pastu tidur.

Ifkar terkial kial tutup pintu. Kunci. Princess betul dia ni. Masuk masuk terus menonong ke dalam bilik. Duduk depan meja solek. Ifkar tengok keliling. Almari, katil, toilet, sofa then TV. Nak duduk mana ni. Last last dia pi duduk kat bucu katil. Hiks ada kelopak ros disusun bentuk love tengah katil.

Ifkar sengih sorang sorang. Diana buat muka pelik 'seriously' dengan kening berkerut tu pandang dia. Terus tak jadi sengih buat muka Stone Cold. Bad mood lagi lah tu. Fine. Tiba tiba Diana pandang lagi. Mata dibulatkan, kening diangkat. Ifkar tak faham. Dia angkat kening double jerk balas.

"Saya nak bukak baju. Pusing belakang pandang sana." Diana bagi arahan.
"Loh, bukak je lah. Bukan aurat pun." Ifkar menjawab. Amende tah pompuan ni. Nak kena pusing pusing pulak. Aku dah lah penat nak macam macam pulak dia.

Diana malas nak lawan. Kalau ikut hati nak bagi pelempang pantas dan garang se-das tapi kang bergusti pulak mereka berdua malam malam ni. Malas nak ambik port, Diana membelakangkan Ifkar then tanggalkan baju. Pastu pakai tuala, berkemban, baru tanggal kain. Diana flip hair dulu depan Ifkar baru masuk toilet.

'Tadi malu sangat suruh pusing pusing. Ni rilek je salin baju depan aku. Hmm dia pakai bra putih. Hihiks !' Suis nakal ter'flick' kejap tadi masa Diana bukak baju then dia nampak bare skin Diana. Ni kalau slide jari ni smooth macam iklan Enchanteur tu ke Ifkar berfikir sendirian.

Tak lama kemudian, Ifkar dengan air pancuran. Diana dah mandi. Dia pun nak mandi after japgi. Dia baring dulu mengadap siling. Tapi fikiran dah jauh menerawang. Apasal lah perempuan ni bad mood memanjang.

'Tak payah lah garang garang, sayang. Abang tak tahu nak buat apa dengan awak ni.' Kedua tangan dikibaskan. Seolah olah dia tengah terbang. Berharap mampu terbang tinggal masalah bini garang.

Makin lama badan rasa makin berat. And bunyi air menderu deru buat mata dia makin kuyu. Satu kuapan terlahir dari mulutnya. 'Ya Allah penatnya.' Dan matanya terus terpejam membawa Ifkar ke alam mimpi.

The Doctor & MeWhere stories live. Discover now