"Baru balik ?" Ifkar yang baru sampai terkejut disapa sebegitu rupa. Dia hanya mengangguk. Diana mengerling ke arah jam di dinding. 11.07 malam. "Lambatnya balik." Diana cuba lagi mahu mendengar suara Ifkar. "Ada patient collapse tadi. I tak sedap hati nak tinggalkan macam tu je."
"Dah makan ?" Diana sedikit kecil hati.
"Dah." Ifkar meninggalkan Diana yang sedang menonton drama sendirian di ruang tamu. Diana mendengus. Matanya terasa panas dan lembap.
Ifkar yang kepenatan mandi terlebih dahulu sebelum tersadai di atas katil. "Sayang. Jom tidur." Dia menjerit memanggil Diana di ruang tamu. Tiada jawapan. "Sayang..?" Senyap.
Dia turun dari katil mencari isterinya. Di atas sofa dihadapan TV kelihatan isterinya sudah tertidur. Ada kelembapan di hujung matanya. Tidak mahu mengejutkan Diana yang sudah tidur, dia dukung tubuh kecil Diana dan memeluk tubuh itu sehingga tidur.
Keesokan paginya, Diana masih tidur sewaktu dia bangun. Dikejutkan isterinya untuk solat Subuh berjemaah. Selepas solat, Diana mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Ifkar pula cuti jadi dia mahu membuatkan sarapan untuk isterinya. Khuatir isterinya itu tidak makan lagi.
Di dapur dia melihat lauk yang tidak bersentuh di atas meja. Sudah basi. "Sayang, you masak ke semalam ?" Dia bertanya sewaktu Diana ke dapur untuk minum air. Senyap.
"Sayang..." Dia menarik tangan Diana perlahan. Diana masih membisu dan mengelak memandang wajahnya.
"I'm sorry. You tak cakap pun you masak." Ifkar rasa bersalah.
"Check your phone." Diana membalas pendek sebelum menghabiskan plain water dan terus berlalu meninggalkan Ifkar. Sebelum keluar, sempat dia bersalaman namun sebaik Ifkar membuka mulut mahu meminta maaf, Diana angkat kaki.
Pagi itu, teman se-elevator Diana tak lain tak bukan Hani. "Senyap je kau hari ni. Pahal ?" Hani terus menangkap perubahan karakter Diana. "Takde pape." Diana mengelak. Air matanya yang dari semalam ditahan tumpah sedikit. Dia cuba melupakan kekecewaan itu dengan menyibukkan diri membuat kerja.
Selepas habis ward round, Hani kembali lagi. "Kau kenapa ni ?"
"Kenapa apa ?" Diana berpura pura tidak faham.
"Yang kau pergi makan di Baim tu kenapa ?" Hani merujuk kepada outburst aku memarahi doktor houseman yang terlupa mengambil darah pesakit di waktu pagi. Aku sudah berpesan yang aku mahu Fasting Blood Sugar (FBS) pesakit di ambil sebelum pesakit bersarapan.
"Aku dah order dah semalam aku nak FBS. Dia yang tak buat kerja betul betul. Datang lambat pulak tu. Mestilah kelam kabut buat kerja." Marah aku masih bersisa.
"Ye lah salah dia. Tapi kan pesakit tu tak makan lagi. Sempat je kan dia ambil. Tak sampai sejam nanti dah datang result kau nak. Tak perlu lah marah dia sampai macam tu sekali." Hani mempertahankan Baim.
"Kau kawan aku ke kawan dia ?" Diana naik marah.
"Weh jap. Kau ni kenapa ? Ce cerita sikit. Ifkar buat apa apa ke ?" Hani bernada tegas. Kesabaran Hani sedikit teruji. Namun soalan Hani kena tepat pada tempatnya. Diana terdiam tidak tahu bagaimana harus dia menjawab. Hanya air mata yang deras tidak ditahan tahan menjadi jawapan.
"Wei wei jangan laa nangis." Hani seret Diana ke pantri. Matanya melilau kiri dan kanan jika ada staf atau pesakit yang melihat.
"Cerita kat aku apa jadi." Hani mengambil tempat berhadapan Diana di meja makan.
"Aku.. Aku rasa dia langsung tak sayang aku." Suara putus putus Diana diselang seli tangisan. "Semalam aku balik penat penat masak untuk dia. Pukul 11 baru dia balik. Balik balik aku tanya dia tak hiraukan aku pulak." Diana menghembus hidungnya menggunakan tisu yang dihulur Hani.
"Aku tak tahu sampai bila aku dengan dia macam ni. Dia langsung tak menghargai aku. Alu cuba maafkan dia. Betapa susah aku nak terima dia balik dalam hidup aku. Tapi kalau dia tak sayang aku, tak guna aku jadi isteri dia." Tangisannya melebat mengalahkan hujan.
"Aku penat Hani. Aku penat jadi mainan dia. Dia buat aku macam sampah. Dia janji macam macam, bila aku sayang dia, dia buat aku macam ni." Hani mengusap belakang Diana cuba menenangkannya.
"Aku tak tahu berapa banyak lagi peluang yang aku kena bagi kat dia. Aku.."
"Sabar Diana." Hani mencelah. "Kau tak rasional ni. Bawak mengucap. Jangan cepat melatah. Cuba nanti kau cakap dengan dia."
"Tapi Hani, aku dah tak sanggup Hani. Bila aku bagi dia peluang, lagi sakit hati aku bila dia permainkan."
Hani memeluk Diana. Bahu bajunya lencun dibasahi air mata Diana. "Macam ni lah. Kau balik je lah rehat. Aku boleh cover cubicle kau."
"Aku tak nak balik. Aku tak nak tengok muka dia." Diana bertegas.
"Okay. Okay. Dah lah tu. Jangan nangis. Namo cedih cedih okay ?" Hani mencebik. Diana ketawa melihat Hani mencebik. Bukan senang nak tengok Hani manja manja kalau bukan dengan tunang dia. Diana hanya mengangguk. Petang itu, mujur ada sahabat yang memahami menemaninya.
Jam lima petang sewaktu Diana mahu pulang, dia bertemu lagi Dr Amir di lobi. "Hi." Amir menegur pendek.
Diana hanya tersenyum. "Hi."
"Suara you kenapa ?" Amir perasan suara Diana sedikit serak. Dan hidungnya kemerahan. "Tak sihat ?"
Diana menggeleng. "No no I'm okay."
"Are you sure ? Sister Nura told me you pengsan haritu in the ward." Dia teringat khabar angin yang melanda kaunter nurse di wadnya.
"Oh yeah ? Wow news travel fast nowadays. Haha." Diana kagum dengan kepantasan nurse bergosip. "I'm okay actually. Was a bit hypotensive." Dia berkira kira mahu meneruskan ayat tapi ah bagitahu je lah. "I'm pregnant actually."
Wajah doktor Amir light up for a moment. "Serious ? Oh my god congratulations !" Hampir dia mahu memberi Diana a handshake. "POG ?" (read: Period of gestation)
"7 weeks." Diana senyum.
"Wow that's good. You okay ke kerja ? Takde morning sickness ?" Amir concerned.
"No no not yet kot. I'm eating well je. Lagi berselera adalah. Haha." Keduanya ketawa kecil.
"Here. My car. Bye." Diana melambai sebelum menghilang dalam Suzuki Swiftnya.
Mengingatkan di rumah dia bakal bertemu Ifkar lagi. Hatinya sedikit reluctant mahu pulang.
YOU ARE READING
The Doctor & Me
General Fiction#16 in General Fiction If you've read Doktor Muda yang Kecewa, then this one is for you. The continuation of Diana Adam and Ifkar Zulkarnain. High school sweethearts turning husband and wife, this is the journey of Diana loving Ifkar again. To love...