Part 21

137 5 0
                                    

"Diana.. Kau tidur dah ?" Senyap. Takde jawapan.

Hani menjenguk wajah Diana yang jelas kepenatan. Dalam tidur, kerut di dahi itu masih ada. Pernafasan nya perlahan dalam tidur yang lena. Hani kembali merebahkan badan di pembaringan.

Apa lah nak buat dengan suami isteri ni. Bergaduh je kerja. Sorang keanak-anakan seorang lagi tak faham. Aduh.

Tangannya yang di letakkan di atas dahi menunjukkan keseriusan Hani memikirkan masalah baitulmuslim yang satu ini. Merenung siling yang putih kosong. Apa nak buat nak pulangkan isteri orang di sebelah ni ke tempatnya.

Handphone di tepi bantal di capai. Silau sewaktu skrin bernyala hampir membutakan Hani. What ? Dah pukul 1.30 pagi ? Hish aku pulak yang tak dapat tidur. Segera di Whatsapp Nubhan yang malam itu on-call.

Sayang. Buat apa tu ? Send.

Tak sampai seminit. Phone Hani chirp. She read the awaited reply. Tak tidur lagi ? Esok tak kerja ke ?

Kerja tapi ni haa Diana ada kat rumah. Tumpang tido sini.

Apahal tido kat rumah you ? Ifkar mana ? Nubhan tak dengar cerita lagi lah ni.

You tanya lah bestfriend you tu. Tetiba dia pun terasa ingin merajuk dengan kaum Adam.

Alang alang you dah bagitahu ni, cerita lah sampai habis. Dihujung ayat satu emotikon mata leper menanti.

Tak tahulah diorang gaduh pasal apa. Tapi dia merajuk teruk ni. Hani terasa tidak sopan dia membuka cerita. Tujuan dia memaklumkan Encik Tunang hanyalah supaya Encik Tunang boleh membantu mendamaikan pergaduhan ini.

Nanti you cakap dengan Ifkar eh ? I slowtalk Diana lepas dia cool nanti okay. Mata terasa pedih mohon direhatkan. Hani tidak sabar mahu segera lelap.

Okay. Papehal I bagitahu. Hanya itu reply Nubhan.

K goodnight. Nak tidur. Assalamualaikum. Phone dicampak jauh jauh. Setel recruit bantuan. Malam ni tidur dulu. Apa apa boleh setel esok je.

***

"Diana, nanti dinner makan luar jom." Hani mengajak sewaktu Diana sedang gigih menaip di hadapan komputer, merekod perkembangan pesakitnya.

"Sure."

Diana kembali menyambung kerjanya tanpa menyedari plan Hani. Jam menunjukkan 5 petang. After dah habis with the medical report, boleh balik. Just a few more to go. Diana sedikit excited. Siapa tak excited nak balik runah hui. Lagi lagi malam Khamis, ada drama Korea kesukaannya ditayangkan.

Nak tengok imaginary ex-boyfriend berlakon, Lee Hyun Woo. Nasib baiklah dah kahwin, merasa lah jugak nak bermanja dengan suami. Kalau tak, gigit sudu je lah sambil tengok drama dengki dengan scene scene romantik melampau diorang tu.

"Dah siap belum ?" Hani muncul sekali lagi.

Diana bingkas bangun. "Dah. Jom." Tangannya mencapai handbag yang disangkut di bucu kerusi.

Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Di lobby hospital, kelihatan Dr Amir bersendirian makan waffle sambil sengih sengih tengok phone. Lantas ditegur doktor kacak itu.

"Hoi, sengih sorang sorang kat sini pulak. Nak kena refer PSY tak ni ?" (PSY: psychiatric)
Hani mula menegur.

"Haha taklah. Ni haa. Chichi hantar gambar honeymoon kat group Whatsapp family." Amir menghulur phonennya untuk ditatap Hani dan Diana.

"Weh kat mana ni ? Cantik gila okay view." Diana curious. Jiwa backpacker nya meronta ingin terbang merantau.

"Sekarang in Krabi. Tapi nanti pergi Vietnam sekali kot. Backpacking." Amir mengambil kembali phone yang dihulur Diana.

"Whaaaat ? Hani..." Diana dah buat muka kesian. Hani mengangguk faham. Hatinya turut menangis kepingin cuti. Kalau bab bab backpacking ni, dia dan Hani memang sekepala. Dua dua suka travel.

Mereka merangkul satu sama lain. Menangisi nasib diri yang dihambat kesibukan hospital. Takde masa weii nak travel bagai ni. Cuti pun nak lulus punya lah susah. Adei.

"Kann. I pun macam erh bila lah nak vacation jugak." Amir sengih.

"Kahwin lah. Pastu pergi honeymoon. Tu pun nak kena ajar ke ?" Hani menjeling. Nasib baik tak diketuknya kepala geliga Dr Amir.

"Haha. Okaylah. Got to go. Nak gi makan. You makan ni je ke ?" Diana merujuk kepada waffle wrapper yang sudah habis dikerjakan Amir.

"Naah. Malam nanti I dinner. On call."

"Okok. Gerak lu. Pape roger." Hani melambai sambil berlalu pergi. Diana membontoti Hani.

"Makan mana ?" Diana tanya soalan paling susah nak jawab sewaktu mereka berdua di dalam kereta. Hani membetulkan seatbeltnya. "Rejab ?" Hani mencadangkan restoran tomyam kegemaran mereka. Diana mengangguk.

Perjalanan mereka tenang diselangseli dengan nyanyian sumbang Diana sesekali mengikuti lagu Inggeris yang diputarkan FlyFM.

Sewaktu mereka berdua tiba di Rejab, hampir meninggal Hani digoncang Diana. Meronta Diana tidak mahu terus melangkah. Manakan tidak, tersedia dua makhluk menanti mereka berdua di satu meja. Nubhan dan Ifkar. Dia ingat seronok ke double date kalau satu lagi tu tengah bergaduh merajuk.

Disebabkan pujukan Hani, Diana akhirnya duduk semeja dengan Ifkar. Namun beberapa minit awal, Diana langsung tidak acknowledge kewujudan Ifkar disisinya. Keempat mereka menghirup air dalam kesunyian tanpa kata.

"Sayang, I'm sorry." Ifkar berbicara namun hanya Hani dan Nubhan yang kelihatan mendengar. Diana langsung tidak mengalihkan pandangannya dari phone. Scroll Twitter. Namun satu jelingan maut dari Hani berjaya membuat Diana meletakkan telefonnya ketepi. Kedua tangannya digenggam diriba tanda insaf.

"Ifkar, kitorang nak chow dulu tau. Bak kunci kereta, aku nak transfer luggage dia ni." Hani mengerling Diana. Bulat mata Diana tidak menyangka dirinya dikhianati. Dia memandang Hani sambil mencebik bibir mahu meminta simpati.

"Tak payah buat muka kat aku. Dah besar. Setel sendiri masalah rumah tangga." Hani segera mematahkan serangan simpati Diana.

"Kau. Kau jangan macam macam eh." Jari telunjuk nya dilayang ke depan muka Ifkar sebagai warning. Protective jugak Hani eh.

Ifkar angkat dua dua tangan tanda surrender. Tak berani ingkar cakap Hani.

Hani dan Nubhan berlalu untuk memindahkan luggage Diana. Memang dia nak ditch Diana kat situ cecepat sebab diorang berdua nak pergi dinner date berdua je hehe.

Diana dan Ifkar yang ditinggalkan berdua di Rejab kembali diselubungi silence. Diana menyilangkan tangannya tanda tidak mahu diganggu dan tidak mahu mendengar apa pun yang bakal dibicarakan Ifkar.

"Sayang. I'm sorry. I... I was jealous. Of you and Amir. I guess I overthink too much. I don't like it. You and him being close." Ifkar meluahkan rasa.

"Your jealousy is irrelevant." Diana said it matter of factly. "Doesn't makes sense at all."

"I know. I should've trusted you. Tapi I saw that picture you kept in your room-"

"What picture ?" Diana perplexed.

"The one dalam frame. You and him in a car kot." Ifkar menjelaskan.

"Jap. I tak ingat pun ada pict- Aah okay okay. Now I remember." Diana dah lupa perasaan marah dan merajuknya. Now all she feels is curious. "Gambar lepas wedding tak silap I. Kenapa dengan gambar tu ?"

The Doctor & MeWhere stories live. Discover now