Part 20

149 5 0
                                    

"Hani, aku dah tak sanggup lagi tengok muka dia." Diana yang tiba tiba sahaja datang menerpa lalu memeluk nya membuat Hani kaget. Telinganya menangkap esakan gadis itu dalam pelukannya.

"Wei wei kau pehal ni ?" Hani meleraikan rangkulan Diana cuba mencari jawapan di wajah hiba Diana. Diana mengelak cuba menyembunyikan wajah hodohnya menangis. Malu dilihat berwajah sembap seperti ikan buruk.

"Dia... Dia cuba buat benda tak elok kat aku." Diana menjelaskan dalam esak tangisnya. Air matanya mencurah curah.

"Dia buat apa kat kau ?" Hani cemas. Dina tidak menjawab. Dalam rangkulannya Hani dapat merasakan Diana menggeletar menahan tangis. "Diana ! Dia buat apa kat kau ?" Hani bertanya lagi. Kerisauannya memuncak tinggi. Diana hanya menggeleng. Bibirnya diketap sambil menggeleng kepala. Tidak mampu mengucapkan kata.

Dibiarkan bahunya lencun dibasahi air mata. Selepas dilihatnya Diana lebih bertenang, baru dia memulakan bicara sekali lagi. "Babe apa jadi sebenarnya ? Dia buat apa kat kau ? Kau tengah pregnant lagi. Dia buat apa ?"

Kedengaran suara Hani berunsur risau disulam hairan. Masalah rumah tangga kawan memang suatu hal yang cukup aneh untuk dicampuri. Tapi jika Ifkar berkasar terhadap Diana, ini tidak boleh dibiarkan.

"Dia... Dia..." Kata Diana mati disitu ditenggelami tangisnya.

Hani mendengus. Nak cerita tapi tergagap gagap. Amende Diana ni. "Dia apa ?" Bahu Diana digoncang.

"Dia cuba rogol aku semalam, Hani." Hambur Diana sekali nafas. Hani terkesima. Hatinya tiba tiba baran seperti disimbah petrol. Kurang ajar Ifkar ! Isteri mengandung diperlakukan sebegini.

"Diana, cerita kat aku apa jadi. A to Z." Hani menggoncang bahunya lagi. Esakannya dikawal. Dia menarik nafas dalam dalam.

"Semalam, Amir hantar aku balik sebab kereta aku rosak. Lepas tu tiba tiba dia marah aku." Diana menjelaskan berselang seli tangis.

"Kau buat apa dengan Amir sampai dia marah ?" Hani mengambil tempat berhadapan Diana di meja makan. Tangan nya lancar menikam penkek dilimpahi sirap maple.

"Aku tak buat apa pun." Diana mempertahankan diri.

"Kalau kau tak buat apa apa takkan dia cemburu marah marah sampai macam tu ?" Hani cuba mencari logik disebalik perbuatan Ifkar.

"Kitorang sebenarnya dah seminggu lebih tak bertegur sapa. Tapi tak pernah pulak dia berkasar dengan aku. Semalam tiba tiba dia buat aku macam tu."

"Korang bergaduh pasal apa sebelum tu ?" Hani tak puas hati. Takkan sebab Amir hantar balik je. Ifkar bukan macam tu.

"Pasal dinner yang aku masak haritu tu." Diana menghela nafas. Mengah bercerita dalam keadaan hidungnya tersumbat dan kepalanya berdenyut. Hani pulak tepuk dahi. Tak boleh nak percaya punca perang dingin diorang.

"So korang gaduh pasal tu sampai seminggu ?" Hani nak marah. Benda kecil pun nak dipanjang panjangkan.

"Aku kecik hati laa." Diana merengek. Ni sah sebab pregnant bisik hati Hani. Kalau tak mengada ngada si Diana ni tak teruk sampai macam ni.

"Dia janji takkan lukakan hati aku dah. Tapi... Semalam.." Kata Diana tidak habis diucap.

"Hani, aku rasa aku nak bercerai. Tak guna aku jadi bini dia kalau dia dah tak sayang aku." Diana buat keputusan.

"Kau gila ke ?" Hani hentak gelas yang dipegangnya ke meja. Dia tidak berniat mahu berbuat begitu tapi ini dah jadi serious.

"Diana, kau jangan cakap sesedap mulut je. Fikir dulu sebelum cakap apa apa. Kahwin cerai bukan mainan." Hani memberi nasihat keras. Diana kalau dibiarkan kekadang boleh lupa diri. Diana menyesali keceluparan mulutnya. Betul kata Hani. Namun dia masih kecewa dengan tindakan Ifkar semalam.

"Semalam aku merayu supaya dia tak apa apakan aku. Tapi langsung dia tak dengar. Aku tak nak tinggal dengan orang yang tak respect aku Hani. Aku nak balik rumah Papa." Giliran Diana memujuk Hani untuk berpihak kepadanya.

"Parents kau tahu ke ?" Soalan Hani menjentik rasional ke dalam diri Diana. "Diorang tahu kau dengan Ifkar macam ni ?"

"Tak. Diorang tak tahu." Suaranya kecil menutur jawapan itu. Diana kecewa. Dia tidak boleh pulang ke rumah Papa dan Mama. Dia Aku tak boleh buat Papa dan Mama risau bisik hati nya. Dalam kepala Diana, muncul satu idea bernas.

"Hani, aku nak tumpang rumah kau beberapa hari boleh tak ? Aku memang tak boleh tengok muka dia sekarang." Diana merayu.

"Okay. Datang je. Aku tak kesah." Hani membenarkan. Dia kira Diana perlu dinasihati beberapa hari ni dan setelah okay, dia sendiri akan menghantar Diana pulang.

Diana kembali ke biliknya mahu mengemas pakaian untuk menumpang di rumah Hani buat beberapa ketika.

Hani mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Ifkar. Beberapa saat kemudian kedengaran suara Ifkar di hujung talian.

"Kau buat apa kat dia Ifkar ?" Suara Hani keras. Senyap. Ifkar tak bersuara. Bisu Ifkar menjadi jawapan buat Hani bahawa Ifkar memang sudah melakukan kesalahan. "Kau gila ke Ifkar ? Bini kau tengah mengandung kau tahu tak ?"

"Apa kena dengan kau ni Ifkar ?" Hani menghamburkan kemarahannya. Hani kecewa. Dia juga mengenali Ifkar sekian lama. Tapi Ifkar bukanlah tidak bertanggungjawab dan pendek akal seperti ini. Ifkar tidak mungkin sengaja memporak perandakan emosi Diana yang sedang mengandung.

"Aku lost control. Semalam aku nampak dia bergelak ketawa dengan Amir, rasional aku hilang. Seminggu dia bersikap dingin terhadap aku tapi depan mata aku sendiri aku nampak dia bermesra dengan orang lain. Lagi lagi dengan lelaki yang pernah melamar dia. Kau ingat apa perasaan aku ?" Giliran Ifkar meluah.

"Okay macam ni lah. Beberapa hari ni, biar Diana tinggal kat rumah aku. Nanti dia dah okay baru aku hantar dia balik okay." Hani memaklumkan. "Dia datang. Papehal aku call balik." Hani segera mematikan talian dilihatnya Diana keluar ulang alik diantara dua bilik mengumpul barang barangnya.

"Kau pack apa wei ? Kau jangan nak bermastautin tetap pulak kat rumah aku." Hani berseloroh. Dia mengeluh selepas Diana hilang dari pandangan. Boleh tahan plot twist hari ini.

Pagi ini sewaktu Diana tiba tiba sahaja menelefon menyuruh dia datang ke rumahnya, dia tidak menduga ini yang bakal dihadapi. Hani berfikiran Diana mahu mengajak dia keluar shopping. Memandangkan kedua mereka cuti hari ini, Hani bersetuju dan memunculkan diri di rumah Diana pada jam 9 pagi berserta sarapan.

Selepas siap mengemas pakaian, Diana kembali dengan dua luggage berisi pakaian. Hani menggeleng kepala. Ni jangan sampai dia tumpang rumah aku tak nak balik balik sudah. Kalau tak sampai bila bila Ifkar dan Diana takkan berbaik.

"Ini je ?" Hani memerli. Diana sengih dan mengangguk. Ditarik kedua beg itu dan keduanya menuju ke kereta Hani yang diparkir berhadapan lobi.

Petang itu Ifkar pulang hanya untuk melihat pakaian Diana sudah tiada di almari. Kosong. Dan luggage pink Hello Kitty juga sudah tiada disimpanan. Diana sudah pergi. Namun dia bersyukur Hani memaklumkannya yang Diana menumpang di rumah Hani. Jikalau tidak, pasti sasau dia mahu mencari Diana dimana.

Hatinya mengeluh. Kusut dengan masalah yang melanda rumah tangganya. Masalah yang bermula kerana dia tidak yakin akan cinta Diana terhadap dirinya. Dan kerana kesilapannya mahu memaksa Diana sedangkan dia tahu Diana tidak suka dikawal. Mahu meleraikan kekusutan kepalanya, petang itu Ifkar ke gym untuk bersenam dan melupakan masalah rumah tangganya.

The Doctor & MeWhere stories live. Discover now