'Eh tidur dah.' Diana yang masih berkemban terpempan dengan sekujur tubuh suaminya yang nyenyak di alam mimpi. Dia berkira kira mahu mengejutkan suaminya atau tidak. Akhirnya dia memilih untuk menutup tubuhnya dahulu sebelum membangunkan Ifkar.
"Awak !" Diana tolak bahu Ifkar dengan dua jari. Tak berganjak. "Awak, bangunnn..." Dia cuba lagi. "Unfghh ung faiv menet", Ifkar yang masih separa sedar menjawab. Dah memang kebiasaan Ifkar kalau dikejut dari tidur, dia mintak diskaun lima minit lagi. Susah betul nak bangun kalau dah tidur.
Diana kuis kuis bahu Ifkar dengan satu jari. "Bangun awak bangun ! Nak tidur ke apa gi mandi dulu. Badan awak tu dah melekit peluh", Diana picit hidung acah acah tak tahan bau si suami. Ifkar dengan mata separuh terbuka senyum melihat keletah Diana.
"Ye lah ye lah.", Ifkar akhirnya berlalu ke tandas untuk memukul pancuran air. Sempat dia cubit pipi gebu Diana. Comel sungguh, bisik hati Ifkar. Diana pula hanya menepis dan menunjukkan reaksi kurang senang. Pipinya memang sejak azali menjadi mangsa tangan tangan nakal.
Diana bersedia untuk tidur. Selimut checked. Eye patch checked. Bantal.. Diana tepuk bantal tiga kali. Nak make sure betul betul empuk. Diana letak kepala atas bantal, tutup mata then terus tidur. Semua berjalan dengan lancar, Diana berkira kira. Rancangannya mahu mengelak Ifkar menjadi. Dia mahu tidur awal supaya tak perlu melayan Ifkar.
Si Ifkar selepas mandi, melihat isteri yang sudah lena tidur turut ikut tidur di sebelah. Dia agak terkilan tak dapat ucap selamat malam. Ini malam pertama mereka sebagai suami isteri tapi Diana dah tidur dulu. 'Hmm apa apa je lah.' Ifkar tarik selimut mengibas kecewa pergi.
Pagi keesokannya bermula dengan Diana yang terjaga dengan tangan Ifkar mengular di pinggangnya. 'Eh eh ambik kesempatan pulak dia', Diana melirih pada wajah Ifkar yang masih lena. Dia cuba alihkan tangan Ifkar. Tapi makin kuat rangkulannya.
Diana tampar lengan Ifkar. "Excuse me mister. Tangan tu alih ke tepi please.", suara lunaknya memecah keheningan Subuh. Si Ifkar yang tersedar kerana lengannya ditampar cuma menjawab 'hmm' pastu sambung peluk lagi. 'Bestnya kalau dapat sleep in all day macam ni', Ifkar berharap.
"Hei. Hei. Subuh bro Subuh." Diana tolak tangan Ifkar lagi. "Takkan nak tunggu matahari naik baru nak Subuh."
"Hmm kay." Ifkar bangun dulu. Masuk tandas mandi. Kalau bagi Diana mandi dulu alamak lama lagi lah jawabnya. Selesai mandi dia menunggu Diana pula mandi. Dan kemudian mereka solat Subuh berjemaah. Pertama kali mereka solat berjemaah. Dan kedua kali Diana tak menepis tangannya sebaliknya dia cium tangan itu usai bersalaman.
Hari itu berlalu dengan breakfast bersama Mama dan Papa dan kembali ke rumah Papa dia Damansara. Sepanjang perjalanan, Diana hanya melihat keluar tingkap. Kekadang ikut menyanyi lagu lagu yang bersiaran di radio. Ifkar mahu berbual tapi Diana buat tak endah. Akhirnya dia biarkan saja isterinya itu.
Ifkar masih punya cuti beberapa hari sebelum kembali bekerja. Diana juga turut bercuti. Ifkar bercadang mahu membawa Diana tinggal di rumahnya di Shah Alam sebelum cuti mereka habis tetapi dia sedikit risau kalau Diana enggan.
"Awak, kita tak sempat bincang. Semalam awak terus tidur. Saya nak bagitahu hujung minggu ni kita pindah rumah saya kat Shah Alam. Okay ?", Ifkar dengan penuh debaran tunggu jawapan Diana. Diana dengan selamba terus jawab okay. Dia memang tak nak tinggal di rumah Papa lama lama. Tak bebas.
"Kalau macam tu nanti kat rumah saya bagitahu Mama and Papa.", Ifkar berkata dengan nada ceria. Perjalanan mereka kembali sunyi.
Sampai di rumah Papa, Diana terus ke bilik. Unpack apa yang perlu. Baju yang sudah dipakai diletak dalam laundry basket. Baju Ifkar turut dikemasnya sekali. Diana bukan nak jadi obedient wife tapi sebab si Ifkar dah hulur baju yang dah pakai dengan muka kesian tak tahu nak letak mana.
Petang itu, mereka bersantai di luar rumah. Mama ada goreng pisang and air teh. Ifkar dan Papa berbual bual kosong. Mama pula sibuk meninjau keadaan orkid orkidnya yang baru tiga hari diabaikan. Diana tak tahu nak buat apa akhirnya mendengar perbualan Ifkar dan Papa sambil mulutnya laju mengunyah goreng pisang.
Malam itu, selepas makan malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu menonton berita. Ifkar akhirnya memberitahu rancangan mereka untuk berpindah. Mama dan Papa hanya berpandangan sesama sendiri dan ketawa selepas mendengar pemberitahuan Ifkar. Rupa rupanya mereka memang berharap Ifkar dan Diana cepat cepat mempunyai kehidupan sendiri.
Entah bagaimana lah agaknya pengantin baru ni menyesuaikan diri. Rumah baru, suami baru. Harapnya azam baru jugak untuk kedua mereka saling mengenali diri masing masing.
Author's note:
Hello my dear readers,
The reason behind this author note is I would like to inform you that this story is going nowhere anytime soon.
As I mentioned in my profile, I'm juggling medical school and I have some other project going on as well so if you would be so kind to forgive this poor writer for her tardiness.
If you'd really want to read the next chapter, do comment. So that I know there are people waiting for more of Diana and Ifkar.
Btw, my Bahasa Melayu is pitifully rotten. Do you mind if I continue in English ? Would you still read them ? Or you're okay with broken English ? Do tell me. Till then.
Your writer wannabe,
Aina.
YOU ARE READING
The Doctor & Me
General Fiction#16 in General Fiction If you've read Doktor Muda yang Kecewa, then this one is for you. The continuation of Diana Adam and Ifkar Zulkarnain. High school sweethearts turning husband and wife, this is the journey of Diana loving Ifkar again. To love...