EPISOD 1: KEJUTAN TAK DIDUGA

194 11 0
                                    

   "Nur, nak makan tengah hari dekat mana? Nak makan dekat Warisan Noor ke dekat kedai Western sebelah dia tu?" tanya Aisyah dengan panjang lebar. Nur hanya tersenyum.

   "Nur tak kisah, Nur ikut saja," jawab Nur lembut. Aisyah mengeluh keras.

   "Orang ni tanya dia nak minta pendapat, dia pula suruh kita yang pilih," rajuk Aishah.

   "Ya lah, jom kita makan nasi ayam penyet, tu kan makanan kegemaran Aishahkan?" jawab Nur yang cuba memujuk.

   "Nak pujuk akulah tu,"

   "Nak pergi ke tak nak ni?" kata Nur sambil memandang ke arah Aishah.

   "Ya lah, jom pergi makan," jawab Aisyah sambil tersenyum lebar.

   Mereka berdua terus keluar daripada perut kereta setelah membuat keputusan.
_____________________________________

   "Nak order apa?" tanya pekerja perempuan di situ.

   "Bagi nasi ayam penyet dua, air jus epal dua," jawab Aishah.

   "Terima kasih," kata Nur kepada pelayan itu.

   "Jadi kau dengan Khai macam mana? Ada apa-apa perubahan tak?" soalan yang diajukan oleh Aishah membuatkan Nur terdiam.

   "Nur, kalau kau ada masalah, cerita sajalah dekat aku, aku ni dah macam kembar kau dah, cubit peha kiri peha kanan rasa sakitnya," sambung Aishah lagi.

   "Alhamdulillah, semuanya okay. Janganlah risau, Aishah" jawab Nur ringkas.

   "Okay kau ni bukannya aku boleh percaya, cuba jujur dengan aku," kata Aishah sambil memandang tepat ke arah Nur. Nur cuba lari dari pandangan Aishah.

   "Air jus epal dua, nasi ayam penyet dua," tepat pada masanya makanan dan air yang dipesan sampai.

   "Terima kasih,"

   "Sama-sama," jawab pelayan wanita itu sambil tersenyum.

   "Sedapnya air ni, hilang rasa dahaga tadi," kata Nur. Bersyukur dia kepada Illahi.

   "Air jus epal dia memang perfect," puji Aishah. Nur hanya tersenyum melihat reaksi Aishah. Berjaya juga dia mengubah topik perbualan mereka.

   "Lupa pula aku...,"Nur terus tunduk. Cuba mengelak untuk bertentang mata dengan Aishah.

   'Ya Allah, janganlah sampai Aishah teringat' doa Nur di dalam hati.

   "Aku dengar bos baru kita akan mula kerja hari ni," kata-kata Aishah membuatkan Nur menghembuskan nafas lega.

   "Dari mana Aishah tahu?" tanya Nur.

   "Siapa lagi, dari Kak Ipahlah, dia tu kan wartawan tak bergaji dekat pejabat tu, kau ni baik sangatlah Nur," kata Aishah membuatkan Nur tertawa kecil.

   "Malaslah Nur nak ambil tahu, kalau waktu tu TERmengumpat, tiba-tiba nanti dapat dosa percuma," nada suara yang keluar dari mulut Nur lembut saja namun ayatnya berbisa.

   "Ya lah, insaf sekejap aku ni, sesuai kau ni jadi ustazah tahu tak,"

   "Kita nak tak perlu nak jadi ustazah untuk nasihat orang lain," sambung Nur.

   "Sentap kuasa dua, kau ni kan cakap saja lemah lembut, tapi ayat pedas macam cili padi, ke ada lagi benda yang lagi pedas?" sengaja Aishah mengusik. Nur hanya tergelak kecil.

   "Ada-ada saja Aishah ni,"
_____________________________________

   "Sebelum saya habiskan mesyuarat kita pada hari ini, saya nak perkenalkan Head of Deparment yang baru, tapi dia belum sampai pula," kata Encik Roslan.

   Tiba-tiba, pintu bilik mesyuarat di buka. Semua mata memandang ke arah lelaki yang baru memunculkan diri. Nur pula terlalu sibuk mengemas kertas-kertas yang ada dihadapannya.
 
 

  "Maafkan saya sebab lambat, jalan memang sesak teruk tadi sebab ada kemalangan," suara itu membuatkan Nur tersentak seketika. Kerjanya terhenti disitu. Kaku.

   "It's okay, we can't predict the future," seloroh Encik Roslan.

   "Perkenalkan Encik Muhammad Khairul, HOD yang baru menggantikan saya," kata Encik Roslan.

   Pandangan Nur dan Khairul bertaut seketika sebelum Nur menundukkan wajahnya dan menyambung kerja yang ada.

   'Ya Allah, sabarkanlah aku dengan dugaan ini' bisik hati Nur.

   Kejutan yang tak terduga untuk dirinya.

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now