EPISOD 5 : CUCU?

150 8 1
                                    

Kepada pembaca,
Maaf sebab lambat sangat update cerita ni. Disebabkan terlalu sibuk dengan exam week. Terpaksalah tunda untuk menulis cerita.

Sekarang exam week dah selesai dan cerita  dah di update. Selamat membaca 😊.

Jangan lupa berikan bintang dan komen.

NFatinAzma 😻

------------------------------------

"Khairul, mana Nur?" tanya Puan Suriati. Hairan apabila melihat hanya Khairul yang turun dari tangga.

"Ada dekat atas, sekejap lagi siaplah tu," jawab Khairul. Dia terus duduk di meja makan. Puan Suriati sibuk meletakkan nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Banyaknya ummi masak," tegur Khairul.

"Kamu ni Khai macam tak kenal dengan ummi kamu ni, kalau boleh nak buat kenduri kalau kamu berdua balik," kata Tuan Haji Ramli.

"Amboi, abang! Kalau bab mengata saya ni laju saja ya,".

"Saya bukan mengata, saya ni bercakap benda yang betul," kata Tuan Haji Ramli yang cuba untuk mempertahankan dirinya.

Meriah suara mereka anak beranak. Terasa bahagia apabila dia dapat menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Nur yang hanya mendengar dari atas tersenyum. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga.

"Nur, mari sini duduk sebelah Khairul," kata Puan Suriati. Khairul juga menoleh.

Terpegun sebentar dia melihat isterinya itu. Rambutnya yang panjang melepasi bahunya. Hitam dan lurus sekali. Nur yang perasan Khairul memandangnya cuba mengawal reaksi mukanya. Tetapi siapa saja yang wajahnya tidak merona merah jika dipandang begitu.

Nur terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Khairul.

"Khairul, mata tu pandang macam nak telan orang," tegur Puan Suriati. Khairul pula yang jadi segan kerana kelakuannya tertangkap oleh ibunya.

"Awak ni, Su. Biarlah dia, Nur tu kan isteri dia, saya pun boleh pandang awak macam tu,".

"Eh, ke situ pula dia!".

Disebabkan usikan Tuan Haji Ramli, kejanggalan antara mereka berdua hilang seketika. Tetapi debaran yang ada di hati masih belum reda. Kenapa Khairul bersikap begitu?

'Kau dah kenapa Khairul, macam tak pernah nampak dia tak bertudung saja' bisik hati Khairul.

Tidak dinafikan dia tidak dapat melarikan matanya daripada memandang wajah Nur. Seperti kisah dogeng Cindarella, seorang putera yang terpegun melihat Cindarella menuruni tangga dan menantinya di bawah.

"Khairul, ambilkan nasi untuk Nur tu," arah Puan Suriati. Khairul hanya menurut kata ibunya.

"Terima kasih," kata Nur lembut. Khairul hanya menjawab dengan anggukan saja.

"Nur kenapa makan sedikit saja? Penat ummi masak ni. Khairul, cedukkan lauk untuk Nur tu,"

Nur dan Khairul saling berpandangan sesaat sebelum Nur melarikan matanya. Janggal sungguh rasanya.

"Tersipu-sipu pula kamu berdua ni, macam pengantin baru," usik Puan Suriati.

"Betullah tu pengantin baru, awak dulu masa mula-mula dengan saya macam tu juga, makan sedikit sebab malu,"

"Eh, abang ni! Ke situ pula dia,". Mereka masing-masing tergelak kecil. Cemburu pula Nur melihat gelagat kedua mertuanya. Masih suka usik mengusik sesama sendiri.

"Nur, tambahlah lagi. Lauk banyak ni," sambung Puan Suriati.

"Ya, ummi. Nanti Nur tambah," kata Nur sambil tersenyum.

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now