Nur duduk di hadapan meja solek sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Kata-kata Arisya berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.
"Sayang tapi tak nak tunjuk ya?"
Benarkah Khairul sudah sayang pada dia? Atau itu cuma sekadar andaian Kak Sya saja?
Saat itu dia teringat wajah Khairul memandangnya ketika dia menuruni tangga tempoh hari. Tidak lupa juga kejadian petang tadi. Khairul sanggup menjadi penghadang agar bola itu tidak terkena dirinya. Hatinya masih lagi berdebar apabila teringat apa yang terjadi petang tadi.
"Atau dia nak main tarik tali?" Nur pula berperang dengan perasaannya.
"Saya terima permintaan ayah saya sebab saya tahu dia akan buat keputusan yang terbaik untuk saya, saya tak minta duit dan harta dari awak tapi saya cuma harap awak boleh jadi teman untuk saya waktu saya suka dan duka, saya redha walau apa pun yang jadi lepas tu," kata Nur.
"Okay, kalau itu yang kau minta kau jangan menyesal kalau apa-apa jadi lepas kita kahwin nanti,".
"Dari awal lagi dia dah cakap jangan berharap tapi tak kan nak macam ni jek?" soalan itu diajukan kepada dirinya sendiri. Apabila terkenangkan perbualan pertama mereka, Nur jadi keliru. Hatinya sudah sayang tetapi mampukah dia menyayangi dengan kasihnya yang bertepuk sebelah tangan?
Nur mengeluh kuat. Dia terus menyangkut tuala mandinya dan terus baring di atas katil. Fikirannya merawang-rawang memikirkan masa depannya dengan Khairul. Sampai bila dia harus menipu semua orang?
Khairul pula seperti mengelak dari bertemu dari dirinya sejak pulang dari taman permainan petang tadi. Seperti Khairul tidak mahu bertentang mata dengannya.
______________________________________
Fahim keluar dari bilik untuk membasahkan tekaknya yang kering. Baru sahaja dia mahu turun, dia terlihat Khairul yang sedang termenung di beranda. Dia terus berjalan ke beranda.
"Apa yang dimenungkan tu?" kata Fahim menyergah Khairul.
"Eh! Abang tak tidur lagi?" tanya Khairul.
"Tanya abang. Khairul tu kenapa tak tidur lagi?".
"Entahlah abang. Tak boleh tidur, banyak berfikir agaknya," jawab Khairul.
"Muda-muda dah banyak berfikir. Fikir pasal apa ni? Kalau ada masalah Khai boleh kongsi dengan abang. Mana yang abang boleh tolong, abang tolong," kata Fahim.
"Entahlah bang," Khairul mengeluh.
"Macam mana abang boleh jatuh hati dengan Kak Sya?" tanya Khairul tiba-tiba.
"Eh! Kak Sya ada deal dengan Khai ke nak prank abang ni?" Fahim terus menoleh ke arah pintu biliknya. Mana tahu tiba-tiba Arisya muncul.
"Bukan macam tu lah abang. Khai cuma nak tahu waktu tu apa perasaan abang bila abang dengan Kak Sya dijodohkan atas pilihan keluarga?" mendengar soalan yang keluar dari mulut Khairul, Fahim tergelak kecil.
"Soalan ni nak perangkap abang ke apa ni?".
"Mana ada abang. Saja Khai nak dengar pengalaman abang," jawab Khairul.
"Abang dari dulu memang jenis yang tak pandai nak mengayat perempuan. Sejak ayah sakit, abang sibuk uruskan perniagaan keluarga. Tiba-tiba, ibu usulkan untuk abang berkenalan dengan Kak Sya. Waktu tu abang tak fikir apa-apa pun dan abang tak tolak pun idea tu sebab abang tahu ibu abang akan pilih yang terbaik untuk abang,".
YOU ARE READING
❤ Cinta untuk Nur
RomanceSetuju NUR HUMAIRAH untuk berkahwin hanyalah untuk menunaikan permintaan terakhir ayahnya. Padanya, pilihan ayahnya pasti pilihan yang terbaik untuknya. Bagi MUHAMMAD KHAIRUL pula, hatinya memberontak tetapi menerima kerana dia harus patuh pada perm...