Nur tergamam apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khairul. Khairul pula masih belum melepaskan tangan Nur.
"Kau tak tinggalkan aku kan?" tanya Khairul lagi.
"Saya balik bilik sekejap. Kemas barang-barang saya sikit, lepas tu saya datang sini balik. Boleh?" jawab Nur. Hanya tuhan saja yang tahu betapa laju jantungnya berdegup saat itu. Khairul pula hanya mengangguk lemah.
Nur terus bangun dan berjalan ke arah pintu. Dia menutup pintu bilik Khairul perlahan-lahan. Diurut dadanya untuk menghilangkan debaran di hati. Nur terus berlari ke biliknya.
"Mimo, saya rasakan Khairul betul-betul tak sihat,". Nur terus melabuhkan punggungnya di atas katil untuk mendapatkan Mimo.
"Meow" jawab Mimo.
"Mimo setujukan dengan apa yang kita cakap?" kata Nur sambil tergelak kecil. Mahu saja dia duduk diam-diam di dalam bilik itu. Tidak mahu dia duduk di dalam bilik Khairul.
Namun di sudut hatinya, dia risau dengan keadaan Khairul. Takut-takut kalau Khairul mencarinya nanti. Nur terus meletakkan baki bajunya yang belum berlipat ke dalam bakul.
"Mimo malam ni tidur dalam sangkar ya. Kita kena temankan orang sakit. Malam esok kita tidur dengan Mimo," kata Nur sambil meletakkan Mimo ke dalam sangkar.
Mimo pula seperti dia tidak mahu masuk ke dalam sangkar. Kucing itu mengiau dengan nada sedih sambil memandang ke arah Nur. Serba salah pula jadinya. Sejak bila pula dia menjadi rebutan antara Khairul dan Mimo? Nur hanya menggelengkan kepalanya.
"Esok kita tidur dengan Mimo ya," kata Nur sambil tersenyum memandang Mimo. Mimo pula seperti memahami apa yang diperkatakan oleh Nur.
Nur terus mengambil bantal dan selimutnya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik Khairul. Dia terus meletakkan barang-barangnya di atas sofa.
"Kenapa tak tidur dekat sebelah ni? Tak sakit badan ke?" tanya Khairul dengan matanya yang separuh terbuka. Nur pula menyangka Khairul sudah lama lena.
"Tak apa, awak. Saya tidur dekat sofa jek. Lagipun pertahanan badan saya ni lemah sikit. Kalau saya tidur sebelah awak takut berjangkit demam. Kalau kita berdua sakit kan susah nanti," jawab Nur. Laju pula otaknya memikirkan alasan agar dia tidak tidur di sebelah Khairul.
'Terima kasih cikgu biologi' bisik hati Nur. Otaknya laju saja untuk mencari alasan.
"Maafkan aku kalau aku susahkan kau," kata Khairul. Mendengar kata-kata Khairul, lidah Nur menjadi kelu. Kali pertama Khairul mengucapkan maaf kepadanya.
"Tak susah pun. Saya kan isteri awak. Dah tugas isteri jaga suami," jawab Nur. Kali ini Khairul pula yang terdiam. Keadaan menjadi sunyi seketika seperti malaikat lalu.
"Kalau awak nak apa-apa, panggil jek saya ada dekat sini," kata Nur sebelum dia berbaring di atas sofa.
Malam itu, hampir sejam sekali Nur terjaga. Dia menjelum kepala Khairul dengan kain basah. Dicelup dan diperah kain itu dengan air yang ada di dalam mangkuk apabila kelembapan kain itu berkurang. Sesekali dia memandang ke wajah Khairul yang sedang nyenyak.
Nur mengusap kepala Khairul perlahan-lahan supaya Khairul tidak terjaga. Seterusnya, dia meletakkan belakang tangannya di leher Khairul. Suhu badan Khairul sudah berkurangan.
"Alhamdulillah," ucap Nur. Dia tersenyum sendiri. Hatinya terasa lega. Nur terus berbaring semula di sofa. Matanya pula sudah terasa berat. Laju saja dia lena.
______________________________________
Khairul terjaga apabila mendengar bunyi jam berdering dari telefonnya. Kain yang ada di kepalanya dialihkan dan dia terus duduk. Dia terpandang Nur masih lagi lena di atas sofa. Bermakna malam tadi bukannya mimpi.
YOU ARE READING
❤ Cinta untuk Nur
RomanceSetuju NUR HUMAIRAH untuk berkahwin hanyalah untuk menunaikan permintaan terakhir ayahnya. Padanya, pilihan ayahnya pasti pilihan yang terbaik untuknya. Bagi MUHAMMAD KHAIRUL pula, hatinya memberontak tetapi menerima kerana dia harus patuh pada perm...