EPISOD 10 : HATI ATAU EGO

196 7 3
                                    

"Malam ni aku tak keluar makan dengan kau," Fairuz terus memandang ke wajah Khairul.

"Habis tu kau makan dengan siapa?" tanya Fairuz.

"Isteri aku," jawab Khairul. Hampir tersedak Fairuz ketika dia menyedut air epal asam boy kegemarannya.

"Kau gurau ke kau serius ni?" soal Fairuz.

"Aku seriuslah,".

"Kan aku dah cakap, tak kenal maka tak cinta. Kau degil tak nak dengar cakap aku," usik Fairuz.

"Aku ajak dia makan malam sebab dia jaga aku waktu aku demam malam tadi. Tak ada sebab lain," jawab Khairul.

"Kalau dah suka cakap sajalah," usik Fairuz.

"Jangan layankan sangat ego kau tu, Khairul. Nanti terlepas baru tahu," pesan Fairuz. Geram dengan ego tak bertempat si Khairul.

"Dia nak terlepas ke mana? Dia tu dah jadi isteri aku dah," ada saja jawapan yang diberi untuk membidas kata-kata Fairuz.

"Kepala batu betul kawan aku ni. Memang dia tu isteri kau tapi macam yang aku cakap, sabar seorang perempuan ada batasnya. Jangan sampai ada orang lain ambil dia dari kau sudah," pesan Fairuz lagi.

*************

"Mimo, kita nak pakai baju apa? Kita kena buat Khairul terpegun malam ni," kata Nur sambil tersengih dengan debaran di hatinya.

"Meow" Mimo mengiau seperti setuju.

"Nak pilih baju yang mana ni?".

Setelah semua bajunya ditapis, di hadapannya tinggal dua baju; blouse putih dan juga kemeja merah terang. Mana satu yang harus dipilih?

"Meow" Mimo yang dari tadi mengesel di kaki Nur terus melompat ke atas katil dan duduk betul-betul di tepi baju blouse putih seperti membantu Nur membuat keputusan.

"Pandai Mimo pilih. Kalau Mimo dah tolong pilihkan, kita pakai blouse putih ya," kata Nur sambil tersenyum lebar. Wajah Mimo pula seperti tersenyum sama.

Sekarang Nur sudah bersedia berdandan untuk memikat suaminya.

Khairul pula sedang menunggu Nur di ruang tamu. Saat itu kata-kata Fairuz tengah hari tadi terngiang-ngiang kembali di telinga Khairul. Mahu dibiarkan ego yang menguasai dirinya atau perasaan yang sudah bercambah di hatinya mendahului? Binggung.

"Awak, awak dekat bawah ke?" suara Nur sedikit kuat kedengaran sehingga ke bawah.

"Aku dah dekat bawah ni. Lama dah tunggu...," kata-kata Khairul terhenti di situ apabila dia terpaku apabila memandang Nur menuruni tangga. Seperti seorang putera menunggu ketibaan sang puteri. Nur yang perasan akan kelakuan Khairul hanya menundukkan pandangan. Pipinya sudah merona merah menahan malu.

'Terima kasih Mimo'. Mimo memang tak salah pilih.

"Jom awak," ajak Nur. Khairul tersendar dari lamunannya. Baru dia perasan yang dia merenung terlalu lama.

Dengan langkah laju, Khairul terus berjalan ke arah kereta. Nur pula hanya mengikutinya dari belakang. Keadaan di dalam kereta seperti biasa. Senyap.

*************

Memandang Nur yang kini ada di hadapannya membuatkan dirinya berperang sekali lagi. Perlukah dibiarkan egonya yang menang? Atau dibiarkan hati yang sudah berputik perasaan sayang itu menang?

"Kau nampak cantik hari ni," puji Khairul. Akhirnya, hatinya mendahului egonya buat kali pertama.

'Aku tak salah dengar ke?' Nur hanya berkelip tanpa sebarang jawab balas. Mulutnya tidak dapat mengeluarkan kata-kata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now