Nur sibuk membancuh air di pantri. Tekaknya yang terasa haus perlu dibasahkan. Jantungnya hampir gugur tadi apabila bertentang empat mata dengan Khairul. Entah bagaimana reaksi mukanya tadi.
"Nur, kau okay tak?" tanya Aishah. Nur terus mengangkat mukanya dan memandang tepat ke wajah Aishah.
"Nur tak tahu Nur okay ke tak sekarang ni," jawab Nur. Fikirannya buntu seketika. Hatinya suka tetapi akalnya bersungguh-sungguh menolak perasaan itu.
'Ya Allah, macam mana nak berdepan dengan dia ni' monolog Nur di dalam hati. Dia jadi tidak karuan. Dipicit kepalanya yang tidak sakit.
Di rumah pun apabila Nur balik, Khairul sudah bersiap-siap untuk keluar. Untuk makan satu meja pun susah inikan pula hendak bekerja bersama. Itulah rutin harian mereka sejak tiga bulan yang lalu.
Bukan dia tak cuba untuk memikat hati suami seperti drama Projek Memikat Hati Suami, tetapi batang hidung Khairul pun tak ada bagaimana dia mahu mulakan misi.
Nur sudah mula memikir nasibnya memandangkan kini mereka bekerja di bawah satu bumbung.
"Aku yakin, apa yang berlaku ni semua ada hikmahnya. Kalau ada apa-apa, kau jangan segan-segan kongsi dengan aku, kalau dia sakitkan hati kau tahulah aku nak buat macam mana, lagi senang aku nak cuci dia tu, memandangkan sekarang dia kerja satu pejabat," kata Aishah cuba menenangkan hati Nur. Nur hanya tersenyum tipis.
"Assalamualaikum, berbincang pasal apa ni? Serius saja muka tu," tegur Arif, rakan sekerja mereka. Matanya senpat menjeling ke arah Nur. Namun, Nur hanya tunduk.
"Waalaikumussalam, hal perempuan. Kau tak payah sibuklah nak ambil tahu," jawab Aishah. Nur hanya diam.
"Tanya saja. Kau tak payahlah nak marah," kata Arif.
"Nur minta diri dulu sebab ada kerja lagi yang tak siap ni," Nur cepat-cepat mahu beredar. Entah kenapa terasa seperti ada mata yang memandang.
"Aku pun nak minta diri dulu. Tak manis pula tinggal berdua dekat pantri ni," kata Aishah pula.
"Ya lah, tinggalkan aku seorang dekat pantri ni," kata Arif yang konon-konon merajuk.
"Ada tu orang temankan, kau saja yang tak tahu," sengaja Aishah menakut-nakutkan Arif.
"Kurang asam punya kawan,".
Reaksi Nur tadi membuatkan Arif tersenyum. Susah betul gadis itu hendak dia dekati. Selain dari berbincang mengenai kerja, jarang sekali dia berbual. Bunga yang sukar untuk si kumbang hinggap.
______________________________________Nur membuka pintu perlahan-lahan. Kereta Khairul sudah ada di garaj. Dia pasti Khairul akan mencarinya.
"Nur, sini sekejap," Nur tersentak apabila mendengar suara Khairul memanggilnya. Inilah kali kedua namanya dipanggil selepas mereka berdua berkahwin.
"Ya Allah, kuatkanlah hatiku," bisik Nur perlahan.
Nur melangkah perlahan-lahan ke ruang makan. Khairul pula seperti sedang menantinya pulang.
"Awak nak saya buatkan air?" tanya Nur sekadar menghilangkan rasa janggal antara mereka berdua.
"Tak payah, sekejap lagi pun aku nak keluar," jawab Khairul tegas. Nur terus diam.
"Duduk," arah Khairul. Nur perlahan-lahan menarik kerusi dan terus duduk di hadapannya. Pandangan mata Khairul hanya tertumpu padanya.
"Biar aku terus terang sajalah, memandangkan kita satu pejabat, aku tak nak orang-orang dekat pejabat tu tahu yang kita berdua ni dah kahwin, faham,"
"Apa salahnya kalau dia orang tahu?" Nur akhirnya memberanikan diri untuk bertanya sambil memandang tepat ke wajah Khairul."Kau jangan banyak soal boleh tak? Bila aku cakap, kau ikut sajalah, dah aku nak keluar," mendengarkan jawapan itu, Nur terus tunduk. Khairul terus bangun dari kerusi.
Setelah beberapa langkah Khairul melangkah dia berhenti, dia menolah semula ke arah Nur.
"Lagi satu, aku tak nak tengok kau sibuk berdua dengan mana-mana lelaki dekat pejabat tu," kata Khairul sebelum dia terus melangkah keluar dari rumah. Teringat pula dia melihat Nur bersama dengan lelaki lain di pantri. Kemudian, bunyi kereta menderum kedengaran.
Nur mengeluh namun dia hatinya rasa berbunga-bunga. Gara-gara mereka berada satu tempat kerja yang sama, Khairul menegurnya dahulu.
"Ingatkan awak tak kisah," kata Nur sambil tersenyum sendiri.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan segala yang kau kurniakan padaku,".
_____________________________________"Kau ni rajin sangat ajak aku makan dekat luar tiap-tiap hari ni kenapa? Bini kau dekat rumahkan ada, boleh tolong masakkan, jimat sikit duit aku kalau kau ajak makan dekat rumah kau," panjang lebar Khairul dibebel oleh Fairuz.
"Selama ni kau tak pernah bising pun, sekarang baru nak bising?".
"Aku bukannya bising, tapi aku kesian dengan Nur tu, kalau ya pun kau tak suka dia janganlah kau gantung dia tak bertali,".
"Aku awal-awal lagi dah bagi amaran dekat dia, dia nak ikutkan juga kata ayah dia tu,".
"She just being a good daughter,".
"By being one, she ruins my life," Fairuz hanya tergelak mendengar jawapan Khairul.
"Kau pernah dengar orang cakap, kalau tak kenal maka tak cinta? You just need to get to know her better. Mana tahu terus jatuh hati. Belum cuba belum tahu," Khairul tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fairuz.
"Kau cakap senang, cuba kena batang hidung kau sendiri,".
"Kalau kena dekat aku, aku akan rasa bersyukur sangat dapat isteri macam tu, she is perfect. Aku tak tahu kenapa kau tak suka sangat dengan dia,".
"Kalau kau tak berkenan sangat dengan bini kau tu, baik kau bagi aku," sambung Fairuz lagi.
"Kau ingat bini aku tu barang ke nak bagi macam tu jek," marah Khairul.
"Tahu pula dia tu bini kau, ingat kau tak nak mengaku dia tu bini kau," Khairul terus memandang tajam ke arah Fairuz
"Aku ni nak jumpa jodoh separuh daripada Nur tu pun payah tau. Kau dah dapat, biarkan dia macam tu pula,"
Serentak itu juga, makanan yang mereka pesan sampai.
"Terima kasih,".
"Sama-sama," jawab pelayan itu sambil tersenyum.
"Makanan dah sampai, jadi kau dah boleh berhenti membebel," sindir Khairul.
"Aku ni cakap benda yang betul, Khai. Perempuan pun sabar ada hadnya, kau jangan berteka-teki macam ni, kalau suka cakap, kalau tak lepaskan dia bagi dekat aku," pesan Fairuz sambil dia cuba bergurau.
"Kau cakap macam tu lagi, aku tinggal kau dekat tepi jalan," ugut Khairul.
"Ya lah, aku tak cakap lagi,".
Kata-kata Fairuz diakui ada benarnya. Namun, hatinya masih lagi berteka-teki tentang perasaan sebenarnya dirinya terhadap Nur. Ah! Buat sakit kepala kalau aku fikir.
YOU ARE READING
❤ Cinta untuk Nur
RomantikSetuju NUR HUMAIRAH untuk berkahwin hanyalah untuk menunaikan permintaan terakhir ayahnya. Padanya, pilihan ayahnya pasti pilihan yang terbaik untuknya. Bagi MUHAMMAD KHAIRUL pula, hatinya memberontak tetapi menerima kerana dia harus patuh pada perm...