EPISOD 3 : KUNCI HATI AWAK

180 8 0
                                    

"Kenapa abah hantar Khai bekerja satu tempat kerja dengan Nur?".

"Salah ke apa yang ayah buat? Nur tu isteri kamu. Kalau kamu satu tempat kerjakan lagi senang," jawab ayah Khairul, Tuan Haji Ramli.

"Kenapa abah tak letak Khairul bekerja di bawah syarikat abah saja?" hatinya benar-benar tidak boleh terima tindakan yang dilakukan oleh ayahnya.

"Khairul, bukan Khairul sendiri ke yang cakap Khairul tak kisah ayah letak Khairul dekat mana. You said that you need experience, jadi abah letak kamu di syarikat Tuan Anas Mikail," kata Tuan Haji Ramli.

"Abah tak rasa abah salah buat keputusan," sambung Tuan Haji Ismail lagi.

"Ikut suka hati abahlah," kata Khairul sebelum terus berlalu keluar dari pejabat.

"Khairul," panggilan ayahnya tidak dihiraukan oleh Khairul. Tuan Haji Ramli hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa Khairul tiba-tiba jadi macam ni, perkahwinan mereka berdua tu ada masalah ke?" tanda tanya yang tiada jawapan.
_____________________________________

"Nur, jom makan. Aku laparlah," ajak Aishah.

"Sekejap ya, Nur kemas fail-fail ni dulu," jawab Nur lembut.

Segera kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya disusun. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Nama 'abah' tertera di skrin telefonnya.

'Kenapa tiba-tiba abah telefon ni?' monolog Nur. Terus dijawab panggilan telefon itu.

"Assalamualaikum, abah," lembut saja suara Nur menjawab telefon.

"Waalaikumussalam, Nur dah makan?"

"Belum lagi, baru nak keluar makan,"

"Baguslah. Abah ingat nak makan dengan Nur hari ni, ada benda sikit abah nak bincang dengan Nur,"

"Nak bincang pasal apa abah?" rasa tidak sedap hati sudah mula menular ke dalam hatinya.

"Lagi senang kalau berbincang depan-depan, kita makan dekat tempat biasa,"

"Ya lah kalau macam tu, assalamualaikum, abah," talian telefon dimatikan.

"Kenapa Nur?" tanya Aishah.

"Abah ajak makan, jadi hari ni Nur tak boleh lunch dengan Aishah. Sorry,"

"Tak apalah kalau macam tu, nanti aku makan sekali jek dengan Kak Aida. Seronok juga kan dah kahwin, ada bapa mertua ajak makan sekali,"

"Ada-ada saja Aishah ni,"

"Kalau macam tu, aku pun nak kahwin cepatlah," usik Aishah lagi.

"Baguslah kalau macam tu. Nanti jangan lupa jemput Nur. Okaylah, Nur pergi dulu,"

"Bawa kereta tu elok-elok,"
______________________________________

Nur sibuk menguis-guis makanan yang ada di depannya. Tuan Haji Ramli pula sepertinya sibuk menikmati makanan yang ada di hadapannya. Nur jadi semakin runsing dengan apa yang mahu dibincangkan dengan bapa mertuanya.

"Kenapa Nur tak makan makanan tu? Nur tak suka ke makan dekat sini?"Nur tersentak. Rupanya Tuan Haji Ramli memang memerhatikan gerak gerinya.

"Suka. Lagi-lagi kalau abah belanja. Bertambah sedap jadinya," jawab Nur.

❤ Cinta untuk NurWhere stories live. Discover now